5 pj

Romance Series 3661

Hari ini Quinn memakai baju yang berlainan pula seperti semalam. Hari ini dia memakai baju pj sekolah. Sungguh dia kagum dengan atuknya. Baju pj yang berjenama adidas tersarung kemas di tubuhnya.

Dia mengambil beg dan kunci keretanya. Bergegas dia menuruni anak tangga. Kasut sukan dipakai lalu dia memasuki kereta. Enjin kereta mula dihidupkan.

Evans private school dituju.

Sekolah dari rumah tidaklah begitu jauh. Lebih kurang 20 minit saja sudah sampai.

Quinn memberhentikan keretanya di depan kedai buku. Kedai buku dan sekolah tidak begitu jauh. Jadi, ia memudahkan identiti Quinn tidak terbongkar.

Dia dengan selamba melangkah masuk ke pagar.

Cerita tentang spaghetti carbonara semalam hangat diperkatakan sehingga kini.

Ramai pelajar mengerumuninya semata-mata untuk tanya soalan.

"Eh, akak dah ok?"

"Still, mata biru awak cantik,"

"Cantiknya, Quinn pakai baju sukan,"

"Macam bidadari weh,"

Quinn hanya tersenyum. Setibanya di lif. Dia menekan butang 3. Pintu lif yang hendak tertutup itu ditahan oleh satu tangan.

Badboys masuk ke dalam. Quinn yang tidak sempat keluar kerana pintu lif sudah tertutup hanya merengus.

Dia menggosok lengannya. Suasana dalam lif itu sungguh menyeramkan. Sejuk lagi. Seakan empat susuk tubuh di belakang itu seperti hantu yang menghantui dirinya di dalam lif. Meremang bulu roma.

Kenapa aku rasa lif ni lambat nak sampai ish!

Lif direnung seketika.

"Quinn," Quinn hanya senyap. Langsung tidak mahu membuka mulut.

"Quinn. Aku nak minta maaf... Pasal semalam. Aku--," Raven meminta maaf. Nada suaranya kedengaran agak kerek tetapi ikhlas. Wah, si guni minta maaf lah.

Ting!

Pintu lif terbuka akhirnya. Segera Quinn keluar dari lif dan berlari masuk dalam kelas 5 Vernate. Dia duduk. Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap tanpa memandang Badboys. Siapa saja tidak terasa dengan dorang.

Mereka hanya memperlekehkan seseorang ikut suka hati saja.

Badboys kemudian masuk.

"Quinn--"

"Sayang, awal datang hari ni"

Elyn datang memeluk lengan sasa Raven. Quinn hanya menjeling mereka. Riak menyampah ditayangkan.

"Saja nak datang awal" balas Raven sambil tersenyum nipis. Lengan Elyn dipegang.

Quinn duduk. IPhone dikeluarkan bersama iPhone Wireless EarPods berwarna biru lalu disumbatkan di telinga. Labgsung tidak menghiraukan mereka.

Elyn hanya memandang Quinn tidak puas hati. Bukan dia tak tahu Raven mengikuti perempuan itu dari tadi. Panas hatinya tanpa sebab.

Selang beberapa minit kemudian, para pelajar mula memenuhi kelas. Masing-masing duduk.

Harley yang baru sampai mengambil tempatnya di sebelah Quinn.

"Weh"

"Hrm?"

"Kau tau tak lepasni pj?"

"Tau. Kenapa?" riak pelik ditayangkan apabila melihat muka resah Harley.

"Cikgu pj kita tu garang gila" bisiknya.

"So?"

"So je? Kau tak takut ke?"

Kepala digelengkan.

"Tak. Aku tak kenal pun cikgu"

"Ok, fine. Wait and see. Kau tengoklah sendiri muka dia kau akan takut. Seram tho"

"Mende lah kau"

•••

"Kenapa kau semua lambat sampai, hah?!" suara cikgu itu kedengaran lantang. Quinn yang berdiri di sebelah Harley berkerut. Mau pecah telinga.

"Hah, kau budak baru!" sedar diri dipandang, Quinn mengangkat muka. Dipandangnya gerun wajah guru mata pelajaran pendidikan jasmani itu.

"Saya?"

"Siapa lagi kalau bukan kau! Sekarang ni aku nak kau pusing satu padang ni lima kali tanpa henti" arahnya tegas.

Bagaikan satu kayu menghempap badan, Quinn memandang dia tanpa berkelip. Rasanya dia tak salah dengar. Pusing padang? Satu padang sekolah ni? Wtf

"Tapi cikgu--"

"Sekarang!!"

Quinn yang tersentak itu mula berlari mengelilingi padang yang besar itu.

Harley terkejut. Kenapa Quinn saja yang menerima dendanya sedangkan Elyn and the gang yang lambat.

Dari belakang, dia nampak Elyn dan kawan-kawannya ketawa.

Gadis itu agak, Elyn yang melakukan perkara ini.

"Harini takde sesi pembelajaran. Kau semua boleh buat sesuka hati kau" guru lelaki itu berlalu pergi.

Terbit rasa simpati Harley pada Quinn yang mula berlari lima round.

Kakinya dibawa melangkah ke arah Elyn.

"Elyn" panggilnya. Elyn hanya menjeling sebelum kembali bersembang dengan rakan-rakannya.

Harley dengan muka bengangnya menolak Elyn kuat sehingga gadis itu terjatuh ke tanah.

Elyn terkejut.

"Kau ni kenapa?!" marahnya. Gadia berambut pendek itu menyilangkan tangannya ke dada.

"Aku yang patut tanya kau kenapa. Apa yang kau dah buat sampai cikgu tu yang denda Quinn?!"

"Dah dia yang lambat, nak salahkan aku dah kenapa" balas Elyn selamba.

"Kau tau tak yang kau dengan kawan kawankau tu yang lambat. Kitorang sampai sebelum kau lagi!" bidas Harley.

Elyn tayang sinis.

"So?"

Tangan Harley yang ingin didaratkan pada muka Elyn dihalang oleh satu tangan.

Harley memandang empunya tangan itu. Raven memandang dia tajam.

"Kau buat apa ni?"

"Aku nak tampar minah tak sedar diri ni" balas Harley. Raven menepis tangan Harley.

Badboy dari tadi hanya memerhati apabila guru pj tadi memarahi mereka dan mendenda Quinn seorang saja.

Benar apa yang Harley kata, mereka sampai dulu dan geng Elyn yang lambat sampai.

"Quinn pengsan!" jerit seseorang.

Semua mata memandang ke tengah padang. Figura Quinn terbaring tidak sedarkan diri.

Ramai lelaki mengambil peluang berebut-rebut ingin mendukung gadis itu dan membawa dia ke bilik kesihatan.

Harley segera mendapatkan Quinn. Mukanya yang merah padam akibat berlari, peluh-peluh mula mengalir turun dari dahinya. Dada gadis itu berombak cepat.

"Quinn. Kau okey tak?" Harley menepuk pipi Quinn banyak kali.

Melihat Quinn hanya menutup mata dan tidak menjawab pertanyaan Harley, Harley meminta pertolongan.

"Weh, angkat dia" arah Harley.

Josh selaku ketua kelas tersenyum. Dia mencempung badan Quinn ingin berlalu ke bilik kesihatan tetapi dihalang oleh seseorang.

Terkebil-kebil ketua kelas itu.

"Kenapa?" soalnya.

"Biar aku bawa dia" ujarnya tanpa nada. Ketua kelas itu hanya mengangguk sebelum badan gadis itu bertukar ke tangannya.

Tanpa memandang ke belakang, dia segera keluar dari kawasan padang menuju ke bilik kesihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience