4 badboys

Romance Series 3661

Petang itu, Quinn pulang ke rumah tepat jam 5 petang.

Tengku Heyden Evans yang berada di ruang tamu perasaan akan kehadiran cucu perempuannya. Helaian surat khabar ditutup dan diletakkan diatas meja kopi.

"Aurora," panggilnya. Quinn yang baru mahu naik ke atas terhenti. Suara datuknya yang memanggil dia menoleh.

"Eh, atuk. Baru sampai?" soal Quinn. Dia mendekati lalu duduk di sini Tengku Heyden Evans.

Tengku Heyden Evans senyum segaris.

"Dah lama sampai. Kenapa Aurora lambat balik? Ada kelas tambahan?" Quinn hanya mengangguk.

"Haah. Miss Ema tiba-tiba adakan extra class tadi. Tu yang baru sekarang sampai rumah," Tengku Heyden Evans mengangguk.

"So, how was your new school?" Quinn tersenyum kelat.

"Okay je," balasnya. Tengku Heyden Evans mengeluh. Bukan dia tidak tahu, cucunya itu dibuli oleh sekumpulan pelajar semasa di kafeteria.

Dia yang hampir hilang sabar apabila cucunya diperlakukan sebegitu. Namun, Quinn mengingatkan dia supaya tidak masuk campur. Takut identiti cucunya terbongkar.

"Em, dah. Pergi naik atas. Mandi. Busuk sungguh cucu atuk ni," Quinn ketawa geli hati.

"Amboi, atuk. Menghalau" Tengku Heyden Evans hanya ketawa.

Sebelum Quinn naik atas, sempat dia cium pipi datuknya. Kemudian, naik ke atas. Bilik dituju.

Badan dihempas ke katil.

Ting!

Bunyi itu datang dari telefonnya. Quinn menyeluk poket skirtnya. Message dari Harley ditekan.

Harley??
Babe, sorry. Malam ni tak dapat datanglah. Family arrangement ??

Ouh. Okey takpe. Lain kali boleh lepak lagi.

Sorry tau.

Quinn segera menutup smartphone nya. Dia bangun lalu tuala dia ambil. Kaki melangkah ke kamar mandi.

•••

Raven menghentikan keretanya di depan rumah banglo bertingkat dua itu.

Segera dia menghumban kunci kepada pembantu rumah mereka. Kalut saja dia menyambut. Raven tersengih.

Dia masuk ke dalam rumah dan biliknya dituju. Beg dihumban di atas sofa.

Segera kakinya menuju ke kamar mandi.

Selang berapa minit, dia keluar dari situ dengan tuala pada pinggang. Dapat dilihat ketak-ketak pada perutnya yang mampu melumpuhkan mata wanita saat itu. Sungguh tegap.

Smartphone yang berdering minta diangkat diambil. Punat hijau diseret ke tepi.

"Pe?" soal Raven malas.

"Apa pe-pe hah? Woi mangkuk, kau lambatlah babi. Kitorang dah tunggu sini ni!" jerit suara yang berada di dalam smartphonenya.

Raven menjauhkan iPhone itu dari telinganya. Fuh kalau Steve menjerit mengalahkan nenek aku yang tengah tidur.

"Sabarlah bodo. Aku on the way ni," Raven berlalu ke almari pakaian. Dia hanya memilih secara rawak baju yang hendak dikenakan sebelum keluar lepak.

"Kepala lutut kau on the way. Macam kitorang taktau kau masih pilih pakaian lagi," kedengaran suara Leo memerli. Raven mengangkat kening.

"Tahu pula kau. Intip aku eh,"

"Woi mangkuk. Cepatlah!"

"Hah, yela-yela. Aku datang ni. Chau"

"Weh kau--" segera Raven mematikan panggilan. Tidak sanggup mendengar bebelan daripada kawan-kawannya.

Setelah merapikan diri. Dia keluar dari bilik.

Port biasa dia tuju.

•••

Quinn keluar dari kereta. Cermin mata diturunkan. Dia sedar penampilan ringkasnya itu berjaya membuat para lelaki yang berada di pusat membeli belah itu menoleh.

Dia hanya mengabaikan pandangan-pandangan itu dan mula menonton wayang sendirian.

Selang beberapa minit, sebuah kereta mewah berwarna hitam terparkir di depan kereta milik Quinn.

Raven pula keluar dari kereta. Dia membuka langkah mencari kawan-kawannya. Matanya terhenti pada cafe kecil. Dia berjalan dengan penuh santai.

Beberapa pandangan teruja perempuan dalam pusat itu cuba diabaikan. Aku tahulah aku hensem.

Aku tepuk meja kuat membuatkan mereka bertida berhenti main game.

"Dah sampai dah anak tengku ni," Steve tersenyum sinis. Raven membalas.

"Tengah buat anak tadi," balasnya selamba.

Noah dan Leo ketawa.

"Pandai"

"So, kita nak buat apa kat sini?" soal Raven. Dia lihat kawan-kawannya berhenti main game. Game entah apa pun tidak tahu. Pubglah tu.

"Aku taktau. Wayang jum? Ada cerita tengah trend sekarang ni," cadang Steve. Raven, Noah dan Leo mengangguk setuju. Mereka berdiri dan berjalan penuh santai mencari panggung wayang.

Selepas membeli tiket, mereka masuk ke dalam panggung dan wayang pun bermula.

•••

Selepas saja wayang tamat, Quinn orang pertama yang melarikan diri.

Sebab apa? Sebab Badboys pun berada di situ.

Mengingatkan kejadian dimana dia terpeluk tangan Raven membuatkan dia malu. Dalam banyak-banyak tempat duduk, Raven yang duduk di sebelah dia. Nasib dia baik sebab dorang tak cam muka Quinn.

Quinn menarik nafas lega. Perut yang berbunyi dipegang. Sudahlah makan malam tadi dia tak sempat jamah. Alih-alih terus keluar tanpa pandang belakang.

Quinn mula jalan mencari tempat makan. Matanya terhenti pada Lovely's Restaurant. Bibir mengoyak senyum. Kedai makan itu dia tuju.

Dia masuk ke dalam dan disambut mesra oleh mereka.

"Selamat datang, cik muda," kata penyambut tetamu itu. Quinn tersenyum sambil balas.

"Terima kasih," kaki melangkah mencari tempat untuk menjamah makanan. Dia mengambil meja yang bersebelahan dengan tingkap kaca. Menu di atas meja itu dia tilik sebentar sebelum memanggil pelayan.

"I want Mashed Potato Casserole with Crispy Chicken, please," pelayan itu mengangguk.

"Your drink?"

"Ouh. Just give me an orange juice. Thank you,"

Sementara chef dalam restoran itu menyiapkan hidangan malam untuk Quinn, dia sempat mengeluarkan iPhone. Tujuan adalah suka-suka. Takde yang best pun.

Di luar pula kelihatan empat jejaka sedang membuat bulatan kecil. Mereka terdiri daripada Raven, Steve, Noah dan Leo.

"Korang nak makan kat mana ni?" dengus Raven. Penat mereka berdiri di tengah pusat membeli belah semata-mata ingin mencari kedai makan.

"Entah ni. Baik balik terus," Noah bersuara pula. Steve dan Leo yang bergaduh tadi berhenti.

"Eh tu macam budak baru tu kan. Apa nama dia tu Quinn? Hah Quinn Aurora," Steve bersuara tiba-tiba. Raven, Noah dan Leo memandang. Seorang figura perempuan sedang bermain telefon tanpa memandang sekeliling.

Pakaian gadis itu simple tetapi memukau mata mereka berempat.

"Lepak sana jum," tanpa mendapat balasan dari kawan-kawan, Raven terlebih dahulu melangkah masuk ke kedai itu.

Quinn yang leka tidak menyedari kehadiran Raven.

Raven duduk tanpa dipinta. Begitu juga dengan Steve, Noah dan Leo.

Quinn mengangkat muka dan mukanya terkejut beruk. Apasal boleh jumpa dorang ni.

"Kitorang nak duduk sini," Quinn menggulingkan mata. Raven dipandang tajam begitu juga ahli badboys yang lain.

"Takde tempat lain ke nak duduk makan. Ataupun pergilah cari tempat lain untuk makan. Menyibuk je dekat sini," ayat terakhir diperlahankan.

"Tempat lain dah penuh. Aku boleh dengar okey" jeling Raven. Gadis itu hanya selamba.

Hidangan yang dipesan sampai. Dia makan tanpa banyak bunyi. Keempat-empat pasang mata itu pula memandang Quinn.

"Yes?"

"Spaghetti bolognese, two,"

"Chicken bacon ranch wraps,"

"Creamy beef and shells,"

"Your drink?"

"Same with her,"

Pelayan itu berlalu pergi.

"So, kau buat apa kat sini? Takde kawan ke?" Steve memulakan perbualan. Quinn menjeling dia.

"Ada je," balas Quinn tanpa pandang mereka.

"Mana?"

"Korang," masing-masing buat muka. Raven terleka memerhati Quinn.

"Dah-dah lah tu tenung muka aku. Buat malu je," Raven tersentak begitu juga yang lain.

Quinn yang habis siap makan itu mencicip sedikit jus oren yang dia pesan sebelum kembali makan.

"Kau buat apa kat sini?" soal Steve lagi. Soalannya itu Quinn tidak jawab.

"Makan."

"Aku tahulah makan. Tapi, sini? Lovely's Restaurant?" terhenti suapan Quinn.

"Kenapa? Tak boleh ke?" Quinn balas balik dengan soalan. Steve dipandang tidak puas hati.

"Yelah. Restoran ni kan ada class. Makanan dia semua mahal-mahal. Kau mampu ke bayar. Dahlah makanan yang kau makan ni mahal," Raven berkata. Dia tersenyum senget melihat muka Quinn.

"Pardon? Jadi kau nak kata aku ni miskinlah. Aku kaya okey," selamba Quinn bersuara. Badan disandar pada kerusi sambil tangan di atas dada.

"Ouh really? Aku tengok kau ni bukannya mampu sangat. Pangkat pun takde. Macam ma--"

"Ada pangkat tak semestinya kaya. Takde pangkat tak semestinya miskin. Kau tak boleh nilai orang sesuka hati kau tanpa asal usul periksa," dingin Quinn. Badboys tergamam. Apa yang gadis itu cakap betul.

"Jangan bangga sangat bila kau kaya. Ada masa kita di atas, ada masa kita boleh terhumban ke bawah balik. Tak payah nak riak pasal pangkat kekayaan kalau semua tu hasil dari mak bapak," Quinn berdiri. Dia mengambil begnya dan berlalu ke kaunter.

Duit dikeluarkan dan diberi pada chasier itu.

"Thank you," segera dia keluar meninggalkan tempat itu. Penumbuk digepal.

Jadi, badboys pun fikir begitu. Berkawan dengan orang yang mempunyai pangkat. Sungguh dia tidak percaya. Sangat heh.

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience