Quinn masuk dalam kelas. Dia memandang kelas itu bagai tidak percaya. Rasanya dia tidak silap masuk kelas, right?
Dia keluar semula. Papan menunjukkan kelas 5 Vernate. Dia masuk semula.
Keadaan kelas yang tunggang langgang dengan sampah bertaburan atas lantai, meja yang tidak di susun rapi. Tingkap pula berhabuk dengan tiba tiba.
Quinn mendekati papan kenyataan yang mempaperkan nama-nama yang bertugas untuk bersihkan kelas.
Raven
Steve
Noah
Leo
Sekali lagi Quinn tidak percaya. Papan kenyataan itu dipandang lama. Biar betul cikgu kat sini nak letak nama dorang.
And
Wait
Takkan dorang tak bersihkan kelas ni langsung dan macam mana kelas yang semalamnya bersih suci tetapi awal pagi begini terlalu kotor. Seperti tapak pelupusan sampah pun ada.
Bunyi derapan tapak kaki dari belakang membuatkan kepala gadis itu berpusing bersama badan.
Muncul empat jejaka guni menghadap Quinn.
Di tangan, masing-masing memegang alat membersih.
Quinn tersenyum sikit. Heh, ingatkan tak tahu bersihkan kelas.
"Fuh, nasib baik korang ingat tanggungja-"
Raven menghulurkan batang penyapu kepada dia. Quinn angkat kening.
"Kenapa bagi kat aku?" soalnya pelik.
"Sapu kelas ni" arah Raven. Quinn tidak menyambut malah penyapu itu ditolak.
"Taknak. Kau dengan kawan-kawan kau ni yang bertugas hari ni" balas Quinn selamba.
Dia ingin keluar berlalu ke mejanya tetapi beg nya ditarik kuat dari belakang. Dia terlanggar dada bidang Raven. Quinn tersentak.
Dia kemudian dikelilingi oleh keempat-empat badboys itu. Air liur diteguk perlahan.
"A-apa yang korang nak buat ni?" soal Quinn kalut. Raven tersenyum sinis.
"Sapu or else... Kau tahu padahnya,"
Meremang bulu roma Quinn apabila Raven berkata begitu. Dia mengambil batang penyapu itu kasar. Dia menjeling Raven tajam sebelum menyapu lantai kelas.
Raven mahupun yang lain hanya duduk diam di atas meja tanpa berbuat apa-apa.
Masing-masing tersenyum melihat Quinn yang bertungkus lumus membersihkan kelas.
Quinn hanya mampu bersabar dalam hati apabila dilihatnya tangan gatal Raven, Steve, Leo dan ugh Noah pun ikut sama mengoyakkan buku entah siapa punya di atas lantai.
"Tak guna punya guni-guni," cebiknya geram.
Kertas yang habis dironyokkan itu disapu geram.
Raven mengoyakkan kertas semua menjadi cebisan-cebisan kecil. Dia tersenyum apabila riak wajah Quinn berubah. Muka gadis yang putih itu berubah warna ke merah.
Penyapu itu dijatuhkan kasar di atas lantai. Matanya tajam merenung Raven.
"Kau ni dah kenapa? Aku baru je sapu tadi!" marah Quinn lantang.
Empat guni di depannya ini dia pandang. Kalau buat punching bag elok juga ni.
Tangan disilangkan ke dada.
"Yeke? Tak nampak pula kau tengah menyapu" selamba Raven membalas. Quinn membesarkan mata.
Aku yang besar ni tak nampak.
"Kau ni kan. Saja nak kenakan aku," Raven tidak memaparkan sebarang reaksi.
"You know what? Aku dah mula suka kau sejak kau masuk sini" Quinn tergamam.
Noah pula segera pandang muka Raven. Dia menggigit bibir tanpa sedar.
"A-apa maksud kau ni? Kau dah silap makan ubat ke apa?" kata Quinn.
Raven ketawa kuat. Quinn pandang dia pelik.
"Kau fikir aku nak ke suka dengan perempuan macam kau ni? Kau bukan taste akulah," sinis saja Raven berkata. Tiba-tiba Elyn masuk bersama kawannya.
Dia tersenyum menggoda melihat Raven. Raven turut membalas. Pinggang gadis itu dipeluk.
"Ni baru taste aku"
Elyn tersenyum melihat riak Quinn.
Quinn dah buat muka sebiji minta pelempang.
"Seriously, bro? Tak kesah pun" Quinn kembali menyudahkan kerjanya.
Langsung tidak dihiraukan mereka.
•••
"Sebelum kita bersurai. Saya sebagai guru kelas kamu semua bercadang untuk menukar semula tempat duduk korang yeah! Seronok tak?"
Semua pelajar dalam kelas merungut.
"Ala, cikgu. Taknak ah tukar tempat duduk. Baru je kot buka sekolah" Faiz, selaku ketua kelas bersuara bagi pihak kawan-kawannya.
"Betul tu, cikgu. Lagipun kami dah biasa dengan tablemate kami," Nasuha selaku penolong ketua kelas bersetuju dengan Faiz.
"Boo. Kau memanglah sebab duduk sebelah pakwe!" jerit Leo disambut dengan semua pelajar di dalam kelas. Semua berbakat buat aksi mengejek pada pasangan itu.
"Boo~"
Faiz dan Nasuha menggaru kepala. Masing-masing tahan malu.
Puan Mary menggeleng. Satu kotak berwarna coklat di ambil di atas meja.
"My class, my rules. Takde bantahan.
Sekarang ni, saya nak kamu semua ikut giliran ambil kertas yang ada kat dalam ni. If you get that number, then change your table immediately. Nombor meja bermula dari tepi pintu masuk ni sehingga belakang tepi tingkap" arahnya.
Masing-masing mengambil cebisan kertas yang mengandungi nombor di dalam.
Quinn ambil selepas Harley. Masing masing tunjuk muka sedih.
"Ala aku dapat nombor paling akhirlah, gila" Quinn buat mimik sedih. Harley juga begitu.
"Aku pula nombor 14,"
"Okey dah dapat. Sila ke meja anda ya. Dan ambil peluang ni untuk kenal each other,"
"Kitorang dah kenal satu sama lainlah cikgu,"
"Then kenal hati budi masing-masing," Puan Mary tersenyum senget sebelum keluar dari kelas.
Masing-masing merungut dalam kelas.
"I partner youlah, sayang," Elyn segera menghampiri Raven. Quinn hanya pandang dengan riak menyampah.
Quinn duduk dan kepalanya ditongkat ke luar tingkap. Dia merasakan seseorang menarik kerusi di sebelah. Dia berpaling. Keluhan berat dilepaskan oleh mereka berdua.
"Kenapa kau duduk sini?" soal Quinn. Lelaki di depannya itu buat muka.
"Sebab aku dapat meja ni. Siapa je nak duduk dengan kau" balasnya angkuh.
"Fine. Just keep your distance from me, sir " kata Quinn tanpa memandang dia semula.
Steve mengetap bibir. Gadis itu direnung tajam.
Seketika kemudian dia berdecit.
Pembelajaran dimulakan.
Share this novel