2 Vernate

Romance Series 3661

//Rewrite version//

Quinn memerhati sekeliling. Seketika kepalanya menilik peta yang terlekat pada dinding itu.

Kepalanya diteleng ke kiri kemudian ke kanan.

Laluan itu mengelirukannya. Quinn mendengus.

"Takpe, guna peta tak boleh, aku guna otak je lah. Peta sekolah tak guna" Quinn menekan butang lif. Pintu lif terbuka dan dia masuk ke dalam. Butang nombor 3 ditekan.

Fuh, kalah sekolah aku dulu. Takde lif cuma tangga je. Datuk aku ni terbaiklah buat sekolah macam ni.

Tiba ditingkat 3, pintu lif terbuka. Quinn mendiamkan diri sebentar. Dia mengeluarkan seketika kepalanya memerhati sekeliling. Matanya terpukau. Luasnya. Matanya terpaku pada loker-loker berwarna biru yang berbaris secara memanjang. Dia agak ini merupakan koridor sekolah.

"Sekolah aku pun tak mampu nak beli loker untuk murid-murid"

Dia berlalu menuju ke sebuah loker berwarna silver yang terletak di hujung koridor. Kunci yang baru diserahkan padanya oleh pengetua sekolah digunakan untuk membuka loker itu.

Sekali lagi gadis itu terpukau melihat keadaan loker yang menjadi miliknya buat selamanya haha.

Timetables yang terlekat di dinding loker dipandang. Bahasa Malaysia. 7:30 pagi.

Selepas mengambil buku Bahasa Malaysia, Quinn menutup loker.

Dia berjalan sehinggalah dia tiba di hujung pintu. Kelas dipandang 5 Vernate.

Quinn mengetuk pintu kelas. Kelas yang bising terhenti kerana bunyi ketukan pintu. Seorang guru perempuan mendekati Quinn dengan senyum.

"New student?" soalnya ramah. Quinn hanya mengangguk. Guru itu terkedu. Pelajar yang berada di depannya ini sungguh cantik jika dibandingkan dengan pelajar-pelajarnya yang pernah dijumpa.

Mata gadis itu direnung. Berwarna biru laut.

"Ouh okey. Boleh masuk dan perkenalkan diri." Quinn masuk ke dalam. Pelajar-pelajar mula berbisik.

"Cantik gila dia dari I,"

"Hua, mesti fake tu!"

"Kan, dengan contact lens dia lagi. Fuh kalah you,"

Quinn hanya tersenyum senget sebelum badannya menunduk. Ala-ala gaya korea menunduk tu.

"Hai. Nama saya Quinn Aurora Asher. Korang boleh panggil saya--"

"Quinn Aurora bhai. Cantik nama!"

"Euw, perempuan kampung mana dia ni takde pangkat langsung," perempuan yang berada di barisan paling depan bersuara dengan nada jijik.

Seperti yang Quinn agak, sekolah ni takde beza pun dengan sekolah-sekolah elit yang pernah dia diami pada masa dahulu. Semua fake. Hanya menggunakan status untuk berkawan.

Quinn yang baru nak menjawab itu dipotong lagi oleh kawan sebelah gadis tadi.

"Entah macam mana pengetua bawa dia masuk sekolah ni pun tak tahu," balasnya sinis.

Kedua-dua gadis di depan itu ketawa gedik. Siap bertepuk tampar lagi. Amboi, kang aku hantukkan kepala korang kat meja. Naya je dapat dahi biru.

"Maafkan saya tapi pada pengetahuan saya, sekolah ni tidak memandang kepada pangkat or golongan bangsawan sahaja tetapi sekolah ini lebih mementingkan prestasi pelajar. Jika prestasi pelajar itu cemerlang secara langsungnya pelajar itu dibawa masuk ke dalam sekolah ini. Jadi, saya rasa cara awak memandang golongan bawah ni dah salah sebenarnya. Secara mendalam, awak telah melukai insan yang tidak mempunyai pangkat or gelaran langsung. Oh it's hurting me a lot, babe" panjang lebar Quinn bersuara membuatkan mereka diam. Suara dilunakkan sambil memandang gadis itu dengan mimik sedih. Seakan mengejek mereka.

Setahunya, sekolah kepunyaan Tengku Heyden Evans tidak begitu menitikberatkan kepada golongan bangsawan malah sekolah beliau menerima pelajar yang layak masuk sekolah itu. Bahkan, pemakaian juga turut dijaga. Tetapi gadis yang berada di depan dia mengalahkan model. Rumah aku banyak kain langsir lagi.

"Eleh, minah kampung ni," dia menjeling Quinn.

"Lagipun, sekolah ni ada peraturan sendiri. Yang aku tahu perempuan kena pakai pakaian sopan bukan menjolok mata," Quinn tersenyum apabila melihat muka gadis itu lain. Seakan marah akan Quinn.

"Hey! Mulut jaga sikit eh!" dia berdiri sambil jari runcingnya menuding ke arah aku. Guru tadi memberhentikan pergaduhan kecil kami.

"Eh dah. Jangan nak gaduh-gaduh dalam kelas saya. Behave Elyn. Minta maaf cepat" arah guru itu kepada pelajar perempuan yang bernama Elyn yang menahan marah. Dia mendengus sebelum duduk. Matanya tajam memandang Quinn. Quinn hanya beriak selamba.

"Okey. Quinn kamu boleh duduk sebelah Harley ye," Quinn mengangguk matanya melilau dan terhenti pada seorang gadis yang mengangkat tangan ke udara. Wajah gadis itu teruja dia rasa.

Dia tersenyum membalas tetapi tidak lama apabila menyedari di antara meja itu, depan dan belakang merupakan guni-guni eh badboys yang dia langgar tadi. Jadi, mereka satu kelas dengan Quinn eh. Dia membuat muka sebelum berjalan menuju ke arah mereka.

Pandangan tajam yang diberikan langsung tidak membuatkan dia gentar.

Pandangan ditumpu pada papan putih.

"Hai. Aku Harley Dato' Henderson," Quinn hanya tersenyum sedikit dan mengangguk.

"Quinn. Quinn Aurora Asher,"

"Cantik nama kau. Kacukan eh? Anak mata kau tu betul eh?" soal Harley ramah.

"Thank you. You too. Ha'ah, ayah aku orang British, mak aku pula melayu-cina. Ye, mata aku memang warna macam ni. Ikut belah ayah." terang Quinn selamba. Harley yang di sebelah sudah mengangguk-angguk teruja. Nampaknya dia ada teman berbual lepasni.

Raven dan Steve di belakang mendengar menyampah. Kacukan konon.

Kerusi Quinn ditendang-tendang tanpa rasa bersalah. Dahi gadis itu berkerut sebelum badannya dialihkan menghadap Raven.

"Pe masalah kau tendang kerusi aku?" soal Quinn geram. Raven hanya tayang sengih sinis.

"Aku bosan," budak lelaki itu dipandang dengan tidak percaya.

"Kalau bosan, janganlah kacau orang lain. Aku nak belajar ni," aku menghadap ke depan semula tanpa memperdulikan dia.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itulah Raven. Makin ditegah, makin dibuatnya.

Kerusi itu ditendang kuat menyebabkan sehinggakan memberi kejutan pada badan gadis itu lalu dahi Quinn terhentak pada belakang kepala pelajar lelaki yang berada di depannya.

Pap!

"Aduh!"

Quinn dan pelajar itu mengaduh sakit  sebelum Quinn dipandang tajam.  Semua mata dalam kelas itu memandang mereka pelik. Ada yang terkejut, ada yang tertawa kecil.

Quinn memegang dahinya. Kebal gila kepala mamat ni.

"Apa masalah kau ni, sial? Cari pasal ke?!" marahnya tiba-tiba. Terkebil-kebil Quinn dibuatnya. Eh dia salahkan aku pula. Siapa guna bahasa kesat lagi.

"Asal kau salahkan aku? Bukan salah aku pun. Ni mamat belakang aku ni yang tendang kerusi aku dulu," terangku tidak puas hati. Noah pandang aku dengan tajam. Macam mana aku tau nama dia, tu ada nametag terlekat dibaju pelajar itu.

"Noah, Quinn? What are you guys doing there?" guru perempuan tadi menyoal. Dia hanya menggeleng melihat Noah dan Quinn itu menahan kesakitan. Satu di belakang kepala, satu di dahi. Dia tahu kerja siapa ini. Semasa hendak mengajar, dia lihat Raven menendang kerusi Quinn.

Noah mengusap belakang kepalanya. Quinn di belakang itu dia lihat mengusap dahinya yang merah. Dia merengus kasar sebelum duduk. Nanti kau perempuan!

Quinn pantas pandang belakang. Raven dipandang tidak puas hati. Gabungan tawa dia dan kawan sebelahnya sungguh menjengkelkan. Aku cekik anak teruna ni kang.

"Kau okey tak ni? Macam sakit je aku dengar bunyi hentak tu?" suara Harley kedengaran. Quinn mengangguk okey. Taguna punya mamat guni. Nanti kau aku balas. Kau tunggu. Ada ubi, ada batas. Ada hari, aku balas.

Pembelajaran yang tadinya berlangsung seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience