BAB 5

Romance Completed 7323

Dikerling sekilas pada mereka yang hadir untuk temuduga itu. Matanya jatuh pada satu-satu pakaian mereka. MasyaAllah… mewah habislah. Aku ni… setakat suit hitam ala-ala bini Man In Black. Ada pun satu suit ni saja nak buat pakai interview. Nak buang duit beli banyak-banyak… buang tabiat. Kerja pun tak ada jadi tak perlu nak berangan tinggi sangat.

“Kerja apa ya cik?” soalnya sekali lagi.

“Err… jawatan, untuk jadi bini Datuk.”

WHAT!!! Matanya terbuka luas. Ini bukan mimpi kan? Mujur saja tiada jeritan yang lahir dari bibirnya. Kalau tak, mahu kecoh satu pejabat.

“Bini Datuk???” soalnya tidak percaya. Gadis itu mengangguk.

Dia sudah terpana. Biar betul…

“Kalau lulus temuduga?”

“Kena jadi bini datuklah.” Tenang saja gadis itu menjawab. Sedangkan dia… terkelu lidah. Memanglah tengah desperate nak cari kerja. Tapi tak adalah desperate nak kena kahwin dengan datuk.

“Err… cik, tak jadilah.” Tolaknya. Takut pula. Mahu betul kena kahwin dengan Datuk. Kalau muda tak apalah juga, tapi kalau tua kerepot ala datuknya yang sudah masuk ke dalam tanah, kirim salam sajalah.

Dia baru saja nak berpaling, tiba-tiba saja sudah ada dua orang lelaki berbadan sasa menghalang jalannya. Ah sudah! Ini babak dalam drama mana pula. Sudahlah keduanya lengkap berbaju hitam, tinggi, berkaca mata hitam. Bibir tu… langsung tak reti nak senyum. Bodyguard ke?

“Cik takkan dapat keluar dari sini selagi cik tak ditemuduga.” Gadis tadi bersuara kembali.

“Tapi saya tak nak.” Itulah kau Ruhaini … tak ada kerja, menempah bahana pula.

“Tadi saya boleh lepaskan, tapi cik berdegil. Sekarang, kalau cik meraung menangis sekalipun, cik takkan terlepas dari sini. Datuk kami pun macam dah berkenan dengan cik.” Berpeluh-peluh dahi Ruhaini apabila mendengar ayat yang terakhir. Datuk? Oh tidak… saya tak nak kahwin dengan datuk. Saya cuma nak cari kerja saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience