BAB 6

Romance Completed 7323

“Untung kalau cik lulus temuduga ni… elaun bulanan saja dah lima ribu. Ditambah lagi dengan pakej pelancongan luar dan dalam negara. Kereta peribadi. Pakaian eksklusif. Semuanya akan menjadi milik cik.” Promosi yang begitu mewah sekali tidak pun berjaya mengusik hatinya. Dia memang nak cari duit. Tapi… tak nak lah dengan kaedah ni. Gaya macam mistress pula. Kalau emak tahu, kena siat-siat rasanya.

“Kamu ni Ruhaini, aku suruh keluar cari kerja… yang kamu pergi cari jawatan bini datuk tu kenapa!” Rasanya ayat ini yang bakal diucapkan emak padanya. Aduh! Menakutkan la pula.

“Cik, sila tunggu giliran di sana ya.” Senyuman manis di bibir gadis itu hanya mengusarkan hati Ruhaini. Menyesal sudah. Itulah… lain kali, jangan main redah saja. Tengok… apa dah jadi sekarang. Jawatan bini Datuk… aduh! Redha sajalah. Harap-harap ini merupakan temuduga ke-21 yang dia takkan lepas. Kali ini dia benar-benar mengharapkan perkara itu terjadi walaupun sudah muak.

BAGAIKAN dipanah kilat saja. Tersentap jantungnya. Terduduk Ruhaini di atas katil apabila membaca kiriman mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

Mesej yang berbunyi, TAHNIAH bakal DATIN. Anda antara calon sepuluh teratas terpilih untuk saringan kedua bagi. Anda diminta untuk menghadiri sebuah sesi taklimat yang akan diadakan di bilik Anggerik, Bangunan Perlima. Pada tarikh, 26 Jun, 8.30 pagi. Kehadiran adalah diwajibkan. Jika salah seorang dari anda tidak sampai di tempat yang dikehendaki, akan ada yang datang mencari anda di tempat anda sendiri. Jadi… pilihan bukan di tangan anda. Have a nice day.

Apakah yang patut aku lakukan. Gila ke apa! Saringan ke-2. Ini nak cari bini ke nak cari apa? Perlu ke sampai saringan kedua. Dan kenapa pula nama aku tersenarai dalam top ten dalam benda alah macam ni. Aduh!!! Macam mana nak cakap dengan mak. Macam mana… gila! Gila! Gila!

Ayat yang terakhir itu makin menyesakkan dada. Pilihan bukan di tangan anda. Gila ke apa datuk tu? Main paksa-paksa pula nak cari orang jadi bini dia. Adakah Intan Ruhaini memang wujud di atas muka bumi ni untuk cari masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience