BAB 12

Romance Completed 7233

“Kalau lulus semua test, kena jadi bini Datuk ke?” teragak-agak Ruhaini menyoal. Datuk tersenyum.

“Macam itulah kisahnya.” Erk! Kisah apa pula dah? Kisah gadis berusia 25 tahun bernikah dengan Datuk A selepas lulus temuduga dengan cemerlang, itukah kisahnya? Aduh!!! Sungguh aku tak suka kalau itulah kisahnya. Al-kisah… mohon segera tamatlah kisah ini.

“IF I ask you to choose between day and night, which one will be your choice?” Ruhaini yang sedang menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulutnya tersedak kecil. Dengan rakusnya dia meneguk fresh orange dalam gelas.

“Dua-dua kot.” Jawapan orang malas nak berfikir.

“I ask you to choose, you can’t have both of them… only one.” Tegas suara Datuk. Ruhaini menelan liur. Masuk ini sudah soalan ke berapa ribu dia ditanya oleh Datuk. Dan yang peliknya, kalau Ruhaini bagi jawapan macam tak kena gaya pun, Datuk akan balas macam ini, “I like the way you think… very intelligent.” Intelligent la sangat kan… aku ni dah la kategori otak suam-suam kuku saja. Kalau exam dekat universiti dulu, jawab pakai hentam saja. Keluar result pun… macam muka dia juga la… setakat atas pagar untuk sandang anugerah dekan.

Ruhaini diam, berfikir. Sambil-sambil itu matanya mengerling pada Datuk yang begitu berselera menjamu nasi putih tomyam di gerai makan pilihannya. Kalau ikutkan taste Datuk, asyik-asyik menyuruhnya ikut ke hotel sana-sini. Sudahlah makan tak puas. Alih-alih ditariknya Datuk untuk mengikut citarasanya. Tapi, tak tersangka… tindakan untuk membantutkan niat Datuk untuk berbinikan dirinya semakin positif. Datuk cakap… argh!!! “Bagus… Ruhaini tak teragak-agak nak ajak orang ikut cara Ruhaini. Datuk suka.”

Tapi Ruhaini tak suka!!! Entah bila dia nak luahkan kenyataan itu. Tunggu tempoh 30 hari tamat dulu ke, baru nak cakap.

“Ruhaini … what takes too long to give the answer?” soalan Datuk menyentakkan minda Ruhaini. Dia bukan fikir jawapan. Dia tengah fikir bila nak cakap yang kalau dia pandang muka Datuk, dia asyik nampak wajah tok wan saja. Cumanya, tok wan lagi comel dari Datuk. Dan Datuk pula, mungkin bergaya lagi dari tok wan lah… iyalah kan. Besar bezanya, orang yang berkain pelikat 24 jam di rumah dan orang yang bersut, berkemeja ala-ala korporat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience