“Intan Ruhaini.” Masuk ini sudah berapa kali Datuk ni asyik sebut nama penuh aku. Naik rimas la pula.
“Panggil Ruhaini saja Datuk.” Balasnya dengan sopan. Walaupun tak suka. Tapi imej diri sendiri kena jaga. Mana tahu, untung tak dapat jadi bini, boleh dia ambil aku buat menantu. Sedap sikit aku mendengarnya. Angan-angan buah berangan la Ruhaini … Datuk ni ada anak lelaki ke? Kalau ada… baguslah. Boleh aku lepaskan nafas lega.
“Okay Ruhaini … I’m sure you already know why you are here.” Ruhaini mengangguk. Dalam kepala tak henti-henti berfikir. Apa ke susah sangat Datuk ni nak berbahasa Melayu. Ke dia dah lama tak tinggal di Malaysia.
“Anything to ask before I proceed to my speech?” Ruhaini ternganga sedikit. Speech apa pula dah? Mahu tertidur aku dekat sini.
“Datuk… err… maaflah kalau saya nak bertanya, Datuk ni… tak boleh cakap BM ke?” sebaik saja mengajukan soalan, laju juga Ruhaini mengetap bibirnya. Sebenarnya soalan itu terlintas dalam hati saja, tapi tak sangka boleh terluah dengan jayanya.
Mujur saja Datuk hanya tersenyum. Manis pula aku tengok senyuman dia, terimbau kenangan dengan tok wan aku dulu. Ruhaini tersenyum dalam hati.
“Ruhaini tak selesa ke kalau saya cakap English?” sekali lagi Ruhaini terlopong. Patutlah dia cakap English, sebab BM dia pun slanga English juga.
“Err… mana-mana pun boleh Datuk. Ikut keselesaan lidah Datuk.”
Datuk tersenyum lagi. Dan lagi sekali… Ruhaini rasa macam tengah tengok tok wan dia juga. Alahai… ini ke Datuk yang nak dibuat suami? Asal tengok muka dia, nampak muka tok wan… memang sah lah aku takkan approve dia jadi calon suami aku.
“Pandai Ruhaini bergurau… sebab tu Datuk suka.”
Erk! Hampir saja tercekik Ruhaini mendengarnya. Datuk suka saya… oh Datuk… saya tak berapa nak suka la dengar statement itu. Harap maaf!
Share this novel