“Kereta dah menunggu. Datuk Kahar dah tak sabar rasanya nak tengok bakal isteri dia yang comel ni.” Adesss… dia cakap aku comel. Nasib baik dah ada blusher dekat muka.
Keluar saja dari butik, matanya sudah menangkap kelibat Datuk Kahar bersandar pada kereta. Matanya terpaku pada wajah lelaki itu. Kenapalah perlu ada orang sekacak ini. Tak boleh ke, rupa dia biasa-biasa saja… sekurang-kurangnya tak adalah berdebar sangat aku nak pandang.
Pandangan mereka berlaga dan Datuk Kahar sudah tersenyum. Aduh!!! Ruhaini … control yourself. Jangan nak over tak kena gaya.
Lambat-lambat saja dia melangkah mendekati kereta. Datuk Kahar siap bukakan pintu untuk dia. Ah! Semua hero pun akan buat benda tu untuk heroin. Jadi… tolong wahai Intan Ruhaini, berhenti terbang di awangan.
“Dah nak masuk waktu Maghrib… saya booking table pukul lapan. Kita singgah beribadat dulu ya… ambil berkat.” Tenang saja kata-kata itu menyapa telinga Ruhaini. Mujur, dia awal-awal dah ambil wuduk, sebab fikirkan hal inilah. Maghrib singkat. Takkan untuk tujuan dunia, nak tinggalkan tuntutan akhirat pula kan? Satu markah untuk Datuk Kahar.
Usai menunaikan solat, mereka terus saja bergerak ke destinasi seterusnya.
“Jom!” panggil Datuk Kahar apabila mereka tiba di sebuah restoran yang sungguh unik gayanya. Terpegun Ruhaini. Tak sangka langsung dia akan berpeluang menjejakkan kaki ke tempat eksklusif begini. Nak harapkan duit poket dia sendiri, dalam mimpi sajalah dia datang menjenguk.
Makanan yang terhidang dipandang dengan mata yang bulat. Banyaknya!!! Ini perut tong ke?
“Sebelum kita makan… saya ada something untuk awak.” Lembut saja Datuk Kahar bersuara. Ruhaini … cair! Makin cair.
Datuk Kahar memetik ibu jarinya. Serentak itu lampu menjadi malap. Ruhaini tergamam apabila skrin LCD di depan matanya mula melayarkan wajahnya. Bermula dari sesi temuduga hinggalah ke hari pertemuan mereka secara bersemuka. Bukan setakat gambar saja, siap setiap satunya dicoretkan kata-kata yang indah. Bertambah-tambah terbuai hati Ruhaini apabila gesekan biola mula memenuhi ruang itu. Indah sekali bunyinya. Dan apabila melihat gerangan yang memainkan biola itu… dia tergamam. Datuk Kahar.
Share this novel