BAB 20

Romance Completed 7323

“Sebab Datuk Kahar handsome sangat kot.” Jujur juga jawapan yang keluar dari bibir Ruhaini. Tanpa menunggu sesaat, tawa Datuk dan Datuk Kahar memenuhi ruang bilik itu.

“That’s why I choose her… see, each of her answer, just reflect herself.” Ruhaini tersenyum kecil. Dapat pujian daripada bakal pak mentua, takkanlah tak rasa kembang. Eh..eh…mengaku bakal pak mentua pula. Tak malu kau Ruhaini. Mentang Datuk muda, dan-dan nak suka.

“Daddy… Kahar yang pilih dia. From the first day dia datang nak interview di sini. Daddy cuma tukang uji saja.”

“Iyalah… takkan yang ini pun Kahar nak argue dengan daddy.” Ruhaini diam saja menjadi pemerhati pergaduhan manja antara bapa dan anak.

“So… Ruhaini. Sebagai bakal mentua… I would like to ask you, will you marry my son?” Ruhaini rasa panas wajahnya. Soalan Datuk… macam mana dia nak jawab. Malu!

“Daddy… role daddy, dah the end. Now, let me play the hero role… I’ll propose her on my own style.” Sanggah Datuk Kahar yang sudah tersenyum nakal memandangnya.

Makan malam Datuk Kahar. Ruhaini awal-awal lagi sudah didandan di sebuah butik tengah-tengah kota. Emak, bila tahu bakal menantu dia, Datuk… yang muda dan sudah tentu, bujang… dengan penuh hemahnya, mak jawab…

“Keputusan dia tangan Ruhaini. Tanya hati Ruhaini … tanya dengan DIA. Jangan pilih sebab dia tu berpangkat, bergaya… tapi kita kena tengok yang utama, iman. Itu yang penting untuk jadi seorang pemimpin keluarga. Mak tak halang siapa pun yang jadi pilihan Ruhaini, tapi memilih tu… biar kerana Allah. Mak akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mak.” Terharu Ruhaini dengan ucapan emaknya.

Pilih kerana Allah. Adakah ini jodoh dariNYA?

“Cik Ruhaini …” suara gadis mengandamnya menarik perhatiannya pada cermin. Terpapar refleksi dirinya yang sudah dirias. Aku ni nak pergi dinner ke… nak pergi bernikah? Confius dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience