TING!
Notification dari fone melarikan pandangan aku dari melihat perilaku Afiq yang sedang leka bermain di dunianya. Aku apa lagi terus tengok notification yang masuk. Bulat mata aku bila nombor yang berkemungkinan akan chat aku hanyalah satu peratus.
+Assalamualaikum.
+Alia?
+Sebok ke sorry kalau ganggu.
Aku apa lagi terus buka lock fone cari apps whatsapp. Buka. Baca. Then balas.hihihi
~Waalaikumussalam.
~Tak lh saya tak sebok pon tengah tengok Afiq ni.
Aku balas kembali kemudian tunggu si pengirim membalas kembali. Sebab dia tengah tipeing tak habis-habis. Hahaha sukahati aku je komen. TING!
+Oh Afiq tengah buat apa tu?
~mainlah apa lagi dia nak buat waktu macam ni.
+jap-jap awak kat mana ni sebenarnya?
~oh saya kat pejabat.
+Awak kat pejabatkan macam mana Afiq boleh ada kat pejabat?
~saya bawak dia.
+Patutlah.
~Faris. Awak nampak free je tak tolong abang ngah ke?
+Ada tapi macam biasalah kerja saya dah ke laut.
~Samalah kita??
+??
+Tapi awak boleh lah sebab awak miss CEO saya ni cuma assisten????????
~Awak tak payah nak mengada eh.
~Nampak ni '????' nak kena
+Ish akak CEO ni garang betul ????????
~Hah awak jangan nak mula eh.
+Eleh macamlah kita kesah. Mak Esah tepi rumah kita pon tak kisah apatahlagi kita.
Aku ketawa bila Faris balas macam tu. Anoying pon ada sebenarnya dan pada masa itulah aku mula hanyut dalam dunia aku.
Sampailah Afiq memanggil aku.
"Mama"-panggil si kecil
Aku letak fone dekat tepi abaikan sekejap kemudian menjawab panggilan Afiq.
"Ya sayang."-balasku
"Afiq haruslah nak air boleh?"-soal Afiq.
"Boleh jom kita pergi ambil air."-balasku sebelum bangun dari kerusi.
Belum sempat aku angkat punggung Afiq menghalang aku.
"Mama tak payah bangun Afiq nak ambil sendiri."-balas Afiq yakin
"Betul ni Afiq boleh pergi sendiri?"-solaku risau.
"Boleh mama Afiq tahu tempatnya. Yang ade peti ais tu kan."-balas Afiq lagi.
"Haah. Afiq nak air mineral je ke nak air bancuh? Kalau nak air bancuh mama kena ikut."-balasku lagi.
"Tak Afiq nak air mineral je"-balas Afiq lagi.
Aku diam sambil pandang wajah polos Afiq. Risau sebenarnya nak bagi dia pergi sorang-sorang.
"Please mama."-rayu Afiq lagi.
Aku yang pandang pun tak sampai hati nak tolak. Akhirnya aku membenarkan Afiq pergi tetapi dengan syarat. Afiq hanya boleh meminta tolong dengan orang yang dia kenal sahaja. Faham-fahamlah sendiri kenapa aku buat macam ni ya.
Bila aku nampak Afiq mengangguk sebelum aku memerhati Afiq berjalan keluar dari bilik melintasi meja Adam yang kosong "pergi toilet kot" sampailah dia hilang di balik dinding. Aku berhenti menghadap fone seketika menunggu Afiq masuk ke dalam bilik ni semula.
................
Setelah sampai di pateri Afiq terus buka pintu peti sejuk yang sama tinggi dengan badan comel Afiq. Afiq mengambil dua botol air mineral sebelum menutup kembali pintu peti sejuk yang terbuka. Semasa Afiq keluar dari pateri tubuh kecil Afiq dilanggar oleh salah seorang staf perempuan.
"Auch"-desis Afiq.
Si pelanggar memandang Afiq macam singa betina kelaparan. Sebelum menengking Afiq.
"Hoi budak jalan tu tengok lah orang sekeliling bukan main jalan."-sergah si pelanggar.
Kalau korang nak tahu Afiq ni bukan macam budak yang bisa kita tengok lepas kena sergah terus hujan. Bak kata orang kecil-kecil cili padi Afiq pandang ke arah si pelanggar sebelum membidas.
"Unty. Unty yang langgar saya bukan kenapa nak marah saya pula?"-balas Afiq tidak puas hati.
Apalagi si pelanggar panaslah satu badan. Dan pada masa yang sama semua staf pandang ke arah Afiq dan seorang staf yang melanggar Afiq. Tanpa membantu dan hanya menonton.
"Hey budak mak bapak kau tak ajar ke cara hormat orang lagi tua?"-jerkah si pelanggar.
"Untuk pengetahuan unty umi dengan abi orang yang terpilih untuk jumpa Allah dulu sebelum Afiq dan tiada siapa boleh samakan umi dan abi Afiq dengan apa yang unty cakap tadi."-pedas jawapan Afiq.
Jawapan Afiq membuatkan semua staf yang mendengar terkejut. Sebab budak umur sebaya Afiq mesti tengah belari mencari mak atau bapak kan Afiq bukan macam tu dia akan lawan untuk tegakkan yang betul itulah perkara yang aku ajar kepada Afiq.
"Patutlah tak ada adab mak bapak kau dah mampus rupanya."-balas si pelanggar tak mahu kalah.
"Unty tak kenal umi dan abi Afiq kenapa unty nak sibuk?"-balas Afiq sekali lagi membuatkan tangan si pelanggar naik
Baru tangan itu ingin menyentuh kulit Afiq aku yang berada di kawasan pergaduhan terus membuka suara membuatkan staf semua tertunduk.
"Mak bapak siapa yang dah mampus?"-soal aku sambil menapak ke arah Afiq dan si pelanggar.
Semua membisu membutakan senyum sinis aku makin bertambah sinis. Aku tarik tangan Afiq lembut kemudian menyorokkan Afiq di belakang tubuh aku. Aku toleh Adam yang berada berdekatan dia yang faham maksud aku terus mengangguk kemudian menarik Afiq dari situ setelah.
Aku menunggu sehingga tubuh Adam dan Afiq hilang di balik dinding. Setelah aku yakin Afiq dan Adam sudah jauh dari situ aku terus pandang ke arah semua staf yang berada di depan mata aku. Sebelum aku mengajukan soalan yang sama sekali lagi.
"Mak bapak sapa yang dah mampus?"-jerkah aku sekali lagi.
Aku pandang si pelanggar dan staf dekat situ. Aku pandang si pelanggar.
"Hah sorang pon tak boleh jawab?dah bisu ke semua?dan kau tadi masa dengan budak boleh pulak kau bukak mulut kau. Mana suara kau hah."-sergah aku sekali lagi dengan dada dah bergombak laju.
"Jawablah"-sergah aku sekali lagi sebelum.
DUM!dinding bilik pateri yang diperbuat dari kayu jati itu ditumbuk kuat oleh aku membuatkan semua staf tak kira lelaki ke perempuan ke terhenjut bahu masing-masing.
"Susah ke nak jawab ke kau orang nak aku list kan nama korang dalam black list. Biar nanti kalau kau berambus dari company aku tak ada satu company pon nak ambil korang."-balas aku lagi dengan tangan yang mula memedih. Aku tahu tangan aku dah dibaluti cecair merah tapi apa kesah aku.
Aku pandang semua staf depan mata aku.
"Yang korang dah nampak minah ni dah bertekak dengan anak buah aku still diam?"-soal aku dengan nada sinis.
Aku nampak ramai muka yang dah hilang darah. Sebelum si pelanggar membuka mulut.
"Dah budak tu kurang ajar sangat macam tak belajar"-balas si pelanggar berani.
Kawan-kawan staf dah pandang dia semacam. Sebelum sekali lagi dinding bilik pateri itu ditumbuk oleh aku kali ini agak kuat dan mematikan suara si pelanggar.
"Kau gaduh dengan budak baru umur tujuh tahun lah. Tak sedar ke umur kau dah boleh dikategorikan sebagai umur mak-mak tah-tah umur dah sesuai jadi nenek orang ada hati nak jadi dara."-balas aku sedas.
Terus tertunduk si pelanggar akibat sindiran aku dan membuatkan aku makin teruja.
"Kenapa dah kecut?tak nak lawan lagi ke?ke nak lari balik ngadu kat mak?"-sinis aku lagi.
Makin membisu semua sampailah ada suara yang aku amat kenali menegur.
"Alia kenapa ni."-soal angah pelik dengan keadaan yang sepi kalah tanah perkuburan.
"Nak tahu tanya lah staf yang tak ada guna depan mata abang ni. Kang Alia cakap ada muka yang pecah jap lagi."-balas aku kegeramman sambil memandang satu per satu wajah dihadapan aku.
Sampailah angah terpandang cecair merah yang keluar dari tangan aku. Angah terus memandang ke arah dinding pateri yang menjadi habuan tangan aku.
"Bro kau tengok-tengokkan tangn Alia ye nanti aku risau ada apa-apa jadi kat adik aku."-kata nagah kepada seorang kawannya.
Aku pandang ke arah angah. Aku nampak Faris ada kat situ dengan muka terkejut tengok aku dalam keadaan yang tidak dijangka. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Aku hanya pasang telinga dengar perbualan antara angah dan Faris.
"Boleh Bro kalau kau tak kisah aku bawak Alia pergi kat ruang menunggu kat sana kau settle kat sini.
"Aku ikut je. Alia Afiq kat mana?"-soal angah setelah bersetuju dengan cadangan Faris.
"Dengan Adam kat bilik Alia"-jawab aku senada. Angah hanya mengangguk sebelum menyuruh aku berjalan mengikut Faris ke ruang menunggu. Aku mengikut sahaja kang kalau aku duduk sini makin panas aku.
"Alia serahkan semua pekerja terbaik ini kat angah ya."-sinis aku sebelum terus membuka langkah ke ruang menunggu. Angah hanya mengangguk.
.........
Suasana di ruang menunggu ni sunyi sepi hanya pergerakan tangan Faris sahaja yang laju membuat kerjanya. Keadaan masih sunyi sepi Faris membuka mulut.
"Kenapa awak buat macam ni?"-soal Faris sambil mengemaskan balutan tangan aku.
"Buat apa?"-soalku kembali.
Faris tak menjawab cuma pandangan mata dia tepat kearah tangan aku yang baru selesai dirawat. Aku faham maksud pandangan mata dia tapi aku hanya diam. Bila aku kenangkan apa yang terjadi tadi aku rasa sakit,marah,sedih dan semua bercampur menjadi satu rencah yang tidak bernama.
"Awak. Awak boleh ceritakan kat saya saya janji ini rahsia antara kita je. No once know just us. Jagan risau saya takkan bagi tahu Hariz."-balas Faris sambil meyakinkan aku.
Aku masih berdiam. Kepala aku aku tundukkan sampailah mata yang aku tahan dari tadi mula bergenang kembali. Faris perasan perubahan ketara aku. Nafas aku mula tidak teratur seperti tadi menahan rasa. Aku dapat rasakan yang Faris sudah bangun dari tempat yang didudukinya. Sampailah aku dapat mendengar hembusan nafasnya betul-betul dihadapan aku
"Hey look at me."-seru Faris lembut.
Aku bagai dapat rasakan macam arwah Along ada dihadapan aku sambil memujuk aku. Bertambahlah sedih aku.
"Hey. Alia awak boleh cerita kat saya. Janganlah macam ni please."-balas Faris.
Aku angkat muka dengan mata yang bergenang. Aku terus pandang syiling nak hilangkan rasa yang ada. Semasa aku cuba menghilangkan segala rasa aku dapat rasa Faris telah melabuhkan punggung di tepi aku kemudian kepala aku ditarik lembut kemudian dijatuhkan di atas bahunya. Korang jangan risau ya Faris still pakai sarung tangan yang dia gunakan untuk balut tangan aku tadi.
Sekarang kedudukan aku dengan Faris agak rapat. Aku pulak takde rasa nak alihkan sebab aku rasa macam arwah Along masih ada untuk aku.
"Now tell me. Cerita balik kat saya boleh?"-soal Faris lembut. Aku hanya mengangguk.
Aku cerita semula apa yang terjadi dari awal sampai habis. Ada masanya aku menggenggam kuat baju aku dan ada masanya aku meramas tangan sendiri. Air mata jangan ceritalah dah macam hujan. Lama kami dalam posisi macam ni rasa aku rasa selesa dan tenang. Aku tak tahu pada masa yang sama Faris pun rasa benda yang sama macam aku rasa.
"Dah rasa okey?"-soal Faris lembut.
"Okey. tenang."-balas aku senada.
"Kalau awak nak cakap apa-apa cakap je. insyaallah kalau saya senang saya tolong ya."-balas Faris lagi lembut.
"Okey."-balas aku lagi.
Tengah aku dengan Faris berposisi macam ni lah angah datang.
"Oh salah masuk eh?Sorry-sorry nak aku pergi sana dulu?"-soal angah dengan nada menyakat.
"Eh tak lah dah habis. Kan Alia."-balas Faris sambil aku dan dia menjarakkan kedudukan kami. Aku hanya mengangguk.
Angah pandang aku dengan Faris macam nampak emas berjongkong-jongkong. Aku dapat rasakan muka mula rasa panas aku perasan muka Faris pula mula bertukar warna. Angah yang tengok keadaan kita orang hanya tersenyum senang. Sebelum angah membuka mulut.
"Alia angah mintak maaf pasal hal hari tu."-balas angah.
"Takpe lah Alia tak ambil hati pun kalau adapun sikit je tapi dah tak ada dah."-balas aku jujur.
"Habis tu kenapa marah angah?"-balas angah dengan muka blur dia.
Aku yang tengok hanya tahan senyum sebelum aku bangun bergerak ke arah angah. Aku duduk dekat tepi angah lalu menyauk manja lengan angah yang boleh tahan sasanya.
"Alah abang sayang Alia ni merajuk eh?"-balasku sambil mencuit manja pipi abang aku sorang ni.
"Mana ada"-balas angah nak auta.
"Angah marah adik eh?"-balas aku sambil bermain-main dengan jari si abang.
Angah yang melihat perilaku aku yang kian lama terkubur hanya tersenyum senang. Suka sebenarnya bila aku yang dulu mula bangkit dari lena.
"Angah tak marahlah sayang. Dah jom kita tengok Afiq dia okey tak."-balas angah.
Aku menunjukkan jari"okey"yang menarik senyum angah sebelum mencuit lembut pipiku. Faris yang tengok keadaan aku dengan angah juga turut senang."kau dah dapat adik kau yang dulu Hariz aku pun bersyukur dapat miss crush aku yang dulu" kata Faris dalam hati.
Aku berjalan sambil memegang erat tangan angah. Terasa macam masa aku kecil. Aku suka berpimpin tangan dengan arwah Along dan Angah bila berjalan tak kisah kat dalam rumah mahupun luar. Staf yang pandang aku dengan angah berpimpinan tangan aku buat bodoh je kau dah buat onar dengan aku memang aku tak layan kau macam member lah.
Bila aku, angah dan Faris masuk dalam bilik CEO aku jangan tanyalah kenapa banyak lego atas meja. Afiq yang perasan aku terus berlari kearah aku.
"Mama okey?"-tanya Afiq.
"Okay sayang."-jawab aku.
"No mama tak okey sebab tangan mama berbalut dan semuanya sebab Afiq."-balas Afiq makin perlahan.
"No sayang. Look at me."-balasku sambil mengangkat lembut muka comel Afiq.
"Tangan mama sakit sebab mama cuai bukan sebab Afiq, pak ngah, uncel Faris or uncel Adam okey."-balasku untuk menenangkan Afiq.
"Betul ke bukan salah Afiq?"-soal Afiq polos.
"Ya sayang tak percaya tanyalah uncel faris. Kan awak."-balasku sambil memandang Faris.
Afiq memandang wajah Faris dengan muka meminta jawapan.
"Yup Afiq sayang."-balas Faris sambil menggosok lembut kepala Afiq.
Afiq hanya tersenyum. Kemudian aku pandang Adam sebelum membuka mulut
"Weh thanks lah kau tolong aku jaga Afiq. Sorry kalau dia susahkan kau."-balas aku sambil tersenyum.
"Rileks lah aku dah biasalah dengan Afiq. Best jugak aku jaga dia dari tengok kau bunuh orang."-komen Adam selamba.
"Kau menang nak makan penumbuk weh."-balas aku balik.
Kisah apa aku dengan tangan yang sakit ni. Lagi sebelahkan ada tak pon aku sepak je si Adam ni dah lama agaknya tak makan kaki. Tengah aku sebok bayangkan apa yang aku akan buat kat Adam hancur bila ada suara memotong.
"Awak jangan nak buat hal ya. Tangan tu belum elok lagi nak sakitkan yang lain."-marah Faris tak puas hati.
"Alah awak ni sebelah je sakit tapi awak larang Mac semua sakit."-balasku tidak puas hati.
"Memanglah sebelah je sakit tapi kalau awak terus macam ni makin sakitlah nanti. Luka kat tangan awak tu nasib tak dalam. Awak Jagan cuba nak buat cubaan berani mati ya. Saya bius awak bagi awak lelap je sekejap lagi kang."-balas Faris panjang lebar.
"Tapi...."-baru ada ura-ura nak membantah terus dihalang oleh DOC sorang ni.
"Tak ada tapi-tapi. Take care of your self first Alia before someone else. Please."-kata-kata ringkas Faris membuatkan aku terdiam.
"Kan bagus tu kalau dengar cakap."-balas angah sambil berhigh five dengan Adam.
"Ada kang yang masuk ICU nanti."-kata aku dengan Faris serentak.
Aku pandang dia. Dia pandang aku sebelum dia tersenyum. aku yang faham apa yang diminta oleh Faris terus melancarkan serangan balas.
"Awak tangan sayakan sakit and awak tak bagi saya menumbuk apa-apakan?"-kataku sambil memandang angah dan Adam sebelum. Persoalan ku dibalas dengan anggukan.
"Apa kata awak je yang buat untuk saya ni untuk kita boleh? Saya tak boleh tolong awak."-balasku selamba.
"Boleh je awak nak bila?lagi cepat lagi bagus tak adalah saya stress dengan makhluk tuhan ni"-balas Faris selamba.
Akhirnya kami semua ketawa kerana tercuit hati dengan ugutan terakhir Faris. Ya ketawa lama aku tak ketawa macam ni. Thank you Faris because you i can laugh like this.
..........
Sepanjang perjalanan kami semua diam. Angah fokus pada pemanduan. Afiq dah mula leka dengan fone pak ngah dia. Aku pandang tangan aku tak lama kemudian aku senyum sendiri terfikir apa yg Faris buat kat tangan aku ni.
"Amboi adik abang ni kenapa tu senyum sorang-sorang?hemm?"-soal angah sebelum masuk ke simpang masjid.
"Nothing lah."-balasku sambil membetulkan duduk.
"Do you like him?"-soal angah.
Aku diam. Angah pula masuk ke petak parking lalu memandang aku meminta jawapan.
"M..mana ada."-jawab aku sedaya upaya tahan malu.
"Yelah tu. Dah angah nak turun ni Alia tak solatkan?"-soal angah sambil melipat legan baju hingga ke siku.
Aku mengangguk.
"Okey angah nk turun ni kunci pintu and tengokkan Afiq tu."-pesan angah sebelum turun dari kereta.
Aku hanya mengangguk faham. Setelah angah turun aku terus kunci pintu sebelum menoleh ke belakang.
"Mama perut Afiq sakit."-kata Afiq mendatar.
"Sakit sangat ke sayang?"-soalku lembut.
Afiq hanya mengangguk sambil tangan kecilnya memegang perut.
"Come to me."-balasku ringkas.
Afiq mengangguk sambil gerak sikit ke hadapan. Aku mengangkat Afiq dan dudukan dia atas riba aku.
"Mama urut ye."-pujuk aku lembut.
Afiq hanya mengangguk. Aku selak sedikit baju Afiq kemudian menggunakan tangan yang tak sakit untuk mengurut lembut perut Afiq sampai Afiq terlena.
Aku tengok Afiq yang baru pejamkan mata tak sampai hati nak kejutkan. Akhirnya aku memutuskan untuk membenarkan. Aku betulkan duduk sendiri dan posisi tidur Afiq. Tak lama kemudian aku nampak susuk tubuh angah aku terus membuka kunci kereta.
Setelah angahasuk ke dalam perut kereta angah terus memandang aku yang meriba Afiq yang sudah di buai mimpi.
"Kenapa ni?"-soal angah sambil memakai tali pinggang keledar.
"Sakit perut katanya."-ujarku sambil mengurut lembut perut Afiq.
Angah pandang Afiq kemudian menggosok lembut kepala Afiq sebelum memulakan perjalanan.
..........
Aku tetak tubuh kecil Afiq atas katil. Sebelum pergi bersiap untuk keluar. Selepas 20 minit aku bersiap. Aku menoleh ke arah Afiq sebelum berjalan mendapatkannya.
"Sian anak buah mama ni sakit."-kataku sambil mengusap lembut kepala Afiq.
Aku toleh ke belakang bila aku dengar suara angah memanggil.
"Dah siap?"-soalnya ringkas.
Aku hanya balas dengan anggukan. Setelah aku memberi respon angah terus membuat isyarat "angah tunggu kat luar"
Aku hanya mengangguk faham.Aku pandang Afiq sebelum mencium pipi gebu Afiq sebelum mengikat kaki turun ke bawah.
"Mak Mah tengokkan Afiq ya. Afiq ada kat bilik Alia."-laung aku sambil berlari keluar dari rumah. Mak Mah hanya mengangguk kemudian menggeleng kecil melihat aku yang berlari tergesa-gesa keluar.
Aku terus masuk ke dalam kereta dan angah terus memandu keluar dari perkarangan rumah agam.
Share this novel