Sepanjang perjalanan aku dan Afiq pulang ke rumah aku lebih selesa diam kerana Afiq sudah lena dibuai mimpi. Angah pulak tak ikut kami balik sebab dia ada hal nak bincang dengan kawan dia so aku dalam ni melayan jiwa sambil memandu.
Tepat jam lima petang barulah aku sampai kerumah agam milik keluargaku. Setibanya aku disana aku dapat lihat dengan jelas susuk tubuh mak Mah yang sudah berdiri dimuka pintu sambi dengan senyuman.
Setelah kereta berhenti dan memakir kereta Afiq yang baru sedar dari mimpi terus berlari keluar dari kereta lalu memeluk mak Mah. Membuatkan aku tersenyum melihat kemesraan Afiq dengan mak Mah.
"Assalamualaikum mak Mah."-sapaku sebelum tunduk mencium jari tua mak Mah.
"Waalaikumussalam,mana Hariz?"-soal mak Mah kepadaku.
"Oh angah kata dia balik lewat sikit ada benda dia nak bincang dengan kawan dia."-jelasku panjang lebar.
"Hem yalah, Alia dah solat asar belum?"-soal mak Mah selepas memberi respon terhadap jawapan aku.
"Belum mak Mah saya ingat kat rumah baru nak solat sebab dalam perjalanan balik tadi Afiq tidur tak berani saya nak menyinggah. Mak Mah mana pak Ayob?"-soalku setelah melihat motorsikal yang diberikan oleh daddy tiada.
"Mana lagi menyinggahlah lepas balik dari masjid apa lagi lia oi!,dah-dah pergi masuk mandi lepastu solat."-kata Makkah membuatkan aku tertawa sebelum membalas dengan anggukan. Sikap mak Mah sebiji macam arwah mummy patutlah boleh jadi bestfriend.
Kami bersama-sama masuk ke dalam rumah sebelum aku dan mak mah bertukar haluan. Aku naik keatas dan mak Mah masuk ke dapur untuk menyediakan minum petang sambil melayan kerenah Afiq.
..........
"Weh Faris terima kasih."-ujar Hariz menyebabkan aku terkejut.
"Buat apa nak berterima kasih kat aku? Sebab aku jaga Afiq tedi ke?"-balasku tidak faham.
"Nope."-ujar Hariz ringkas menyebabkan aku geram.
"Kau ni tak payahlah nak berkias-kias dengan aku macam ni stress lah. Baik kau cakap je kan senang."-ujarku tidak puas hati membuatkan Hariz ketawa.
"Thanks sebab hidupkan balik adik aku yang lama terkubur."-kata Hariz sambil memusingkan strw dalam gelas.
"Tak payahlah. Aku pon tak sangka dia boleh ceria macam tu bila dengan aku. Good improve lah"-balasku ikhlas.
"And tak sangka kau boleh jumpa crush kau dulu kan."-mood sedih-sedih terharu Hariz dah mula terpadam sekarang mulalah perang sengal dia pulak muncul.
"Perlu ke cakap macam tu. Kebetulan je kan."-bidas aku balik.
"Aku rasa bukan kebetulan itu fitrah. Lama kot kau simpan perasaan kau kat adik aku and dia pon takde sape-sape."-balasan Hariz menyebabkan aku terpaku.
"Takan dia takde date dengan someone?"-soalku balik.
"Kau tahukan sejak sebelum mummy daddy and along pergi lagi dia macam tu,lagi-lagi sejak dia jaga Afiq memang peratus aku tengok dia keluar date memang sifar peratus lah Faris oi."-jelas Hariz. Aku yang mendengar bait-bait kata dari mulut celoteh Hariz tu membuatkan aku ketawa.
"Pahal kau ketawa?"-soal Hariz blur.
"Kau lah dah serupa makcik-makcik dah kau cakap macam tu."-balasku sebelum sambung ketawa.
Mulanya aku agak Hariz nak marah tapi sangkaan aku meleset kerana Hariz pun turut ketawa. Senak perut aku ketawa dan aku dapat lihat Hariz mengelap tubir mata yang berair. Terus Hariz membuka mulut bila masing-masing sudah reda.
"Kau try lah ambil hati dia. Jaga dia. Aku ni pon tak tahu sampai bila Allah nak bagi pinjam nyawa so bila aku dah tak ada kau jagakan dia untuk aku tau. Ini permintaan aku."-kata-kata Hariz membuatkan aku terkaku seraya cuba menghadam kata-kata Hariz satu per satu.
"Aku tak pastilah. Aku bukan rapat dengan dia pon."-bidasku kembali enggan untuk memberi jawapan.
"Eleh klau tak rapat takdanya anak sedara aku sorang tu cerita uncel Faris dia peluk mama dia kat depan lift ye tak?"-balas Hariz sambil mengukir senyum yang tidak dapat ditafsirkan. Muka aku yang mula merah mengundang tawa Hariz.
"Aku tolong dia je. Takkanlah aku nak tengok dia jatuh kan?kesian dia."-balasku mempertahankan diri.
"Eleh. Habis tu kenapa muka kau merah macam buah delima?"-soal Hariz lagi tak mahu kalah.
"Ma..mana ada aku okey lah cuma panas je."-bidas aku balik masih tiada tanda-tanda nak mengaku kalah.
"Eleh panas konon kan kedai ni ade aircone,habis tu kenapa kau gagap pulak?"-bidas Hariz kembali tak nak kalah.
"Hah itu......."-otak aku mula membina ayat tapi tak boleh. Apa pasal pulak jem ni.
"Hah tak boleh jawab kan. Kalau kau nak aku boleh cakap kat lia."-pelawa Hariz.
"Takpelah Riz. Sampai masanya aku cakaplah."-balasku balik. Mendapat pandangan sinaran dari Hariz. Kemudian masing-masing diam seketika melayan jiwa sebelum Hariz buka mulut mengejut.
"Riz boleh tak kau tolong aku?"-soal Hariz tiba-tiba dengan muka berharap.
"Boleh. Tolong apa?"-soalku ingin tahu.
"Tolong jagakan lia dengan Afiq untuk aku kalau ada apa-apa yang berlaku kat aku. Boleh?"-soal Hariz sekali lagi bila aku hanya diam dia pandang aku. Aku pandang dia dalam-dalam sebelum membalas.
"Okey aku akan jaga dia. Tapi kau kena ingat sekarang aku hanya boleh jaga dari jauh je dan aku tak boleh nak jaga dia sepenuhnya."-balasanku menarik senyum syukur Hariz. Aku pun turut tersenyum melihat kegembiraan kawan yang sorang ni.
"Kau janji kan?"-soal Hariz lagi.
"Ya aku janji."-kata ringkas aku mendapat pandangan sinaran yang kian cerah diwajah suci Hariz. Tak lama lepastu aku terus buka mulut. Apa lagi ubah topik lah.
"Riz malam ni kau on duty ke?"-soalku setelah beberapa ketika kami mendiamkan diri.
"On je macam biasa cuma aku dengan Alia je tak turun padang. Kau boleh uruskan untuk malam ni?"-soal Hariz kepada aku dan aku hanya membalas dengan anggukan. Kami bersalaman sebelum meminta diri.
......
Setelah aku selesai membersihkan diri dan solat aku terus turun kebawah tengok apa yang Afiq sedang buat dan boleh jugak aku kacau mak Mah hihihi. Setelah selesai memakai tudung aku terus turun ke bawah.
Setelah anak tangga terakhir aku pijak aku dapat dengar deruman bunyi kereta baru masuk ke kawasan parkir rumah terus aku memandang sekilas jam yang terletak cantik di dinding."hemmm awal pulak angah ni balik biasanya lepas maghrib baru balik.". sedang syok-syok aku mengelamun terkejut aku bila di sergah kuat.
"Hah berangan"-sergah angah.
"Mana ada. Dia ni yaya pon bagi lah salam dulu. Ni tak."-balas aku setelah diam buat seketika.
"Orang dah bagi salam okey.die je yang sebok berangan kat tangga.Tah-tah kau tengah fikir pasal Faris tak tu lah pasal boleh berdiri kat sini."-balas angah terus membuka langkah berlari ke atas.
"ANGAH!!!"-panggilku geram. Aku dapat dengar tawa angah dari atas. Ish sabar je lah dapat abang sengal macam ni kecik beso kecik beso je aku tengok.
Tak lama lepastu aku nampak tubuh tua mak Mah keluar dari dapur dan memandang ku dengan pelik.
"Kenapa lia mak Mah nengok muka lia macam nak makan orang je ni?"-soal mak Mah.
"Tak ada apa lah mak Mah."-balasku sambil tersenyum.
"Ya lah suka hati kamulah lia. Mak Mah nak sambung masak untuk makan malam ni."-kata mak Mah sambil membuka langkah masuk ke dapur.
"Mak Mah nak lia tolong?"-pelawa aku.
"Takpalah lia pergi tengok-tengokkan Afiq kat sana lah."-kata mak Mah seraya menolak pelawaan aku dan menyuruh aku lihat Afiq kat depan. Aku hanya menurut takkan nak gaduh pulak dengan mak Mah.
Aku melihat mak Mah yang mula menapak ke dapur dan hilang di sebalik dinding. Aku pula menapak ke tempat Afiq lalu melabuhkan punggung di sebelah Afiq.
"Anak mama tengok cerita apa ni?"-soalku sebaik berada di sebelah Afiq.
"Afiq tengok cerita Didi and friend."-jawab Afiq polos.
"Best ke Afiq?"-soalku. Saja ajak Afiq berbual.
"Best mama kena teman Afiq tengok ya."-pelawa Afiq dan aku balas dengan anggukan sambil tersenyum. Afiq memeluk ku kegemaran.
"Thank you mama. Love you mama."-kata Afiq setelah memeluk dan mencium pipi aku.
"Most welcome sayang,love you to."-balasku sambil memeluk dan mengusap kepala si kecil. Afiq terus menerus mengukir senyuman. Suka apabila dibuat sedemikian.
Aku makin leka mengusap kepala Afiq sampaikan fikiran aku melayang. Afiq ke mana Didi ke mana friend ke mana pon aku tak tahu. Kepala aku penuh dengan memori pagi tadi saat aku tersenyum memandang tepat ke wajah Faris yang sedang mendodoikan Afiq. Saat dia berbual mesra dengan aku. "Haih kenapa aku fikir pasal Faris ni. Tahu-tahu dah berpunya. Sedihnya crush dah berpunya." no wonder lah dah berpunya orangnya mempunyai kriteria yang di idamkan oleh semua orang kalu dia dah berpunya aku doakan akan yang baik-baik untuk pasangan. Aku yang kian tenggelam dalam dunia aku sendiri mula lost keadaan di sekeliling aku.
"Lia. Hey..."-panggil angah. Tiba-tiba ting!. Mentol idea terus menala."siap ko dek berangan kan" dengan senyuman jahat angah mula buat operasi prank dia.
"Lia Afiq...Afiq..."-panggil angah.
Aku yang sedar dari mimpi di petang hari disebabkan suara panic angah memanggil aku sambil menyebut nama Afiq berselang-seli. Aku terus memandang ke arah sekeliling mencari Afiq. Aku pandang wajah angah yang tahu bila ada kat sebelah aku dengan wajah panic.
"Kenapa dengan Afiq?"-soalku melulu tanpa lihat ke sebelah aku.
"Lia, Afiq tengah ketawa."-balas angah membuatkan aku tergamam seketika sampailah aku dapat tangkap apa yang dia buat kat aku.
Aku pandang angah dengan wajah "sampai hati angah tipu adik" kat dia menyebabkan tawa angah pecah. Aku yang kegeramman ni terus pandang arah lain sebelum bangkit dari duduk lalu membuka langkah ke kerusi batu di luar. Terasa juga dengan apa yang angah buat tapi aku diam. Angah yang tidak perasan perubahan aku hanya ketawa.
Setelah semua penghuni rumah menunaikan solat Isyak semua berkumpul di meja makan. Macam biasa mak Mah dan pak Ayob akan berada di hadapan aku dan Afiq dan angah sebagai ketua keluarga berada di hujung meja. Suasana makan seperti biasa sehingga pak Ayob membuka mulut.
"Alia,lia okey tak ni?"-soal pak Ayob.
"Okey je cuma penat."-balasku cuba mengaburi mata pak Ayob, mak Mah ,angah dan Afiq.
Aku dapat lihat pak Ayob hanya mengangguk. Mak Mah tengok angah macam nak bunuh orang. Angah aku pun tak dapat tafsir.
"Hariz dan alia kerja ke malam ni?"-solalan pak Ayob mematikan sesi tenung merenung angah.
"Tak,pak Ayob."-angah menjawab soalan pak Ayob sebelum sambung menjamu makan dihadapan mata.
Pak Ayob hanya mengangguk. Dia sudah laili perangai anak-anak arwah majikannya yang bermacam-macam karenah dan dia tahu sebenarnya Alia senyap bukan sebab penat tapi kecil hati dan abangnya yang sorang ni sibuk cari jawapan kenapa Alia senyap. Pak Ayob pandang isterinya mak Mah sambil menggeleng. Mak Mah hanya mengangkat bahu "malas masuk campur diaorang dah besar boleh baik-baik sendiri" pak Ayob yang memahami maksud isterinya hanya mampu mengangguk.
Selepas makan aku membantu mak Mah kemas meja dan membasuh pinggan mangkuk dan alatan memasak yang digunakan tanpa suara aku selesa mak Mah pun senyap aje. Setelah selesai aku terus meminta diri naik ke atas hendak berehat. Pak Ayob dan mak mah hanya mengangguk. Angah pandang aku tapi aku buat tak endah dan cepat-cepat menaiki anak tangga satu per satu.
Aku tutup pintu bilik sambil Sandakan tubuh aku di belakang pintu. Aku pandang gambar yang terletak kemas diatas rak barang aku. Aku tersenyum sayu sambil menapak ke arah rak barang berwarna hitam putih itu. Gambar mummy dan daddy, di bingkai berasingan ada gambar aku,angah dan along,dibingkai seterusnya ada gambar aku dan Afiq. Satu per satu bingkai aku pegang dan mengenang kembali memori yang hampir terkubur bersama-sama mereka yang telah pergi. Kemudian aku terus meletakkan semula bingkai gambar sebelum menapak ke bilik air.
Aku tak perasan pun yang ada mata sedang memerhati. Angah terkedu melihat perubahan aku.
"Lia angah tak sangka Alia rapuh macam ni selama ni Alia hanya memasang topeng"-gumam angah sendiri sambil menutup kembali pintu bilik lalu menyandar di bahagian luar pintu. "Kalau angah tahu sampai macam ni lia cuba merawat hati lia angah akan cuba cari penawar"-tekad angah memasang niat dalam kepala dah tau dah apa penawar dia. Lamunan angah terhenti apabila ada suara kecil memanggil.
"Pak ngah Afiq tidur dengan mama hari ni."-cerita Afiq dengan wajah ceria.
"Ya,baru pak ngah nak tidurkan Afiq tadi."-balas angah sambil buat muka saja mengusik.
"Alah pak ngah jangan merajuk. Okey esok pak ngah tidurkan Afiq ya."-umpan Afiq cuba memujuk.
"Betul ni Afiq janji ya dengan pak ngah."-balas angah lagi.
"Ya Afiq janji."-balas Afiq sambil menyalami tangan angah sebelum membuka pintu baru berura-ura Afiq nak masuk angah terus bersuara.
"Afiq dah salam nek Mah dengan atok Ayob?"-solalan angah dibalas dengan anggukan si kecil dari memek muka dah nampak ngantuk sangat. Angah hanya memandang tingkah laku Afiq sambil menggeleng."Along,Along anak kau sebiji perangai macam kau" omel angah dalam hati sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.
...........
"Mama."-panggil Afiq.
"Ya sayang."-jawab aku sambil membetulkan gebar yang membaluti tubuh aku dan Afiq sebelum mendodoikan Afiq.
"Mama marah pak ngah ke?"-soal Afiq polos.
"Takadalah,mama penat je."-dalaih aku.
"Oh kalau macam tu mama kena rehat lah."-jawapan polos Afiq membuat aku ketawa.
"Ni anak mama taknak tidur esok nak sekolah. Kalau Afiq taknak tidur mana taknak hantar suruh pak ngah.'-ugutku menyebabkan Afiq menggeleng laju taknak.
"Okey kita tidur ya. Baca doa dulu."-pintaku sebelum Afiq mengangguk kepala dan menurunkan apa yang aku suruh sebelum memejamkan mata.
Setelah aku yakin Afiq sudah di buai mimpi baru aku mematikan lampu utama dan menghidupkan lampu tidur. Itu pun dengan cahaya paling malap lalu aku menepuk-nepuk lembut peha Afiq sampai aku sendiri hanyut dalam mimpi. "Semoga esok aku masih mampu jadi mama kepada Afiq" doa aku sebelum hanyut bersama Afiq.
Share this novel