Arlam dari fone aku mengejutkan aku dari tidur dan alhamdulillah aku masih lagi bernafas untuk menjaga Afiq. Aku menoleh ke arah Afiq yang masih lena aku mengusap rambut lebatnya sebelum menapak turun dari katil untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk ke pejabat. First day tak tahulah macam mana harini hope be a nice day dan aku terus masuk ke bilik air.
Setelah 30 minit aku keluar dan menuju ke arah Afiq untuk mengejut bangun seraya menyiapkan Afiq ke sekolah. Nasib baiklah Afiq jenis yang senang bangun pagi kalau tak jenuh nak mengejut. Setelah aku menyiapkan Afiq aku memimpin tangan Afiq turun ke ruang solat di tingkat bawah.
Macam biasa penghuni rumah ini setiap subuh akan solat berjemaah di rumah sejak arwah daddy ada lagi. Seperti biasa angah akan menjadi imam memandangkan lutut pak Ayob sering sakit. Maklumlah pak Ayob dengan mak Mah dah kerja dengan arwah daddy dan mummy sejak sebelum dia berkahwin lagi. Mungkin itu agaknya sebab mak Mah dan pak Ayob faham akan bahasa tubuh kami walaupun kami tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi. The best lah pak Ayob dengan mak Mah.hahaha.
Okey-okey back to the story dah lari pulak. Okey-okey mood sirius...
Jam telah menunjukkan pukul 6:50pagi aku terus memanggil Afiq untuk bersarapan bersama.
"Afiq mari sarapan."-panggilku sambil menunggu si kecil keluar dari bilik tidurnya.
"Sekejap mama. Afiq nak masukkan buku dulu."-balas Afiq dan pada masa yang sama matanya melilau melihat setiap pelusuk almari bukunya. Aku yang perasan keadaan Afiq terus bertanya.
"Afiq cari buku log kehadiran ke?"-soalku. Aku yang melihat Afiq menangguk dengan mata berkaca-kaca.
Afiq memang macam ni dia akan masukkan buku log kehadiran dia sendiri lepastu aku akan semak buku apa yang dia bawa. Tu lah pasal dia boleh kemas buku sendiri dalam usia sebegini. Aku pandang Afiq sambil tersenyum sebelum membuka mulut.
"Mama dah masukkan buku log Afiq semalam. Sorry mama tak cakap ya."-balasku sambil menghampiri Afiq yang masih ada di rak buku.
"Huh,nasib baik tak hilang."-balas Afiq kelegaan. Aku terus ketawa lalu mula mengusik.
"Afiq tak check beg ye."-usikku. Afiq hanya mengangguk sambil menayang sengih.
Aku tengok jam di dinding bilik Afiq terus menarik tangan Afiq untuk turun ke bawah. Afiq yang faham tingkah laku aku terus mencapai beg sekolahnya sambil dipimpin aku ke meja makan.
Setibanya kami di meja makan kami terus ambil tempat duduk. Mak Mah yang mahu menyedokkan makanan dihalang aku. Mak Mah hanya mengangguk lalu berlalu ke dapur. Sekarang hanya aku,Afiq dan angah sahaja yang berada di meja makan. Aku terus mengambil dua keping roti dan sapukan sedikit jem dan letakkan dalam pinggan Afiq. pak Ayob pulak dah keluar tengok ladang yang telah berpindah milik kepadanya.
Walaupun pada mulanya dia menolak tetapi disebabkan itu adalah hadiah sebelum pemergian arwah daddy, akhirnya dia menerima walaupun berat hati.
Keadaan meja makan sekarang ni sangat sunyi kalah gost town. Aku masih tidak berbual dengan angah sejak malam semalam dan Afiq hanya fokus untuk habiskan makanan dia. Aku?. Aku hanya minum segelas susu kurma aje, malas nak makan. Tengah aku menikmati susu yang hampir habis angah membuka mulut.
"Alia...emm Alia nak pergi kerja dengan abang ke?"-soalnya teragak-agak.
Aku pandang kearah angah seketika sebelum menjawab.
"Tak kot Alia nak hantar Afiq harini lepastu petang nanti nak balik rumah sana . Lama dah tinggal."-balasku senada.
"Emm...ye lah kalau macam tu."-balas angah.
Aku malas nak teruskan keadaan dingin macam ni. Cepat-cepat aku habiskan susu yang tinggal suku dalam cawan sebelum menegur Afiq.
"Afiq cepat makan mama tunggu kat kereta. Lagi satu sebelum keluar salam pak ngah dengan nek Mah okey."-balasku kemudian bangun pergi ke arah angah.
Aku akan bersalaman dengan angah dan mak mah sebelum pergi kerja atau kemana-mana. Dah jadi rutin walaupun aku masih senyap sahaja dengan angah hormat aku kepada dia still ada.
Lepas aku salam semua warga dalam rumah agam aku terus berlalu ke pintu. Menyarungkan kasut sarung bertumit satu inci berwarna hitam sebelum menapak ke dalam kereta. Dalam kereta aku nampak angah berjalan ke arah kereta miliknya dan Afiq masuk ke dalam kereta aku. Aku pakaikan tali pinggang keselamatan untuk Afiq sebelum membaca doa naik kenderaan bersama Afiq.
.........
Sepanjang perjalanan ke sekolah Afiq aku hanya diam Afiq pun sama mungkin sebab masih pagi. Aku toleh Afiq sekilas sebelum fokus kepada pemanduan dan hanya lagu dari pendrive yang aku pasang sahaja yang meriuhkan suasana pagi itu.
15 minit berlalu dan keadaan masih sama aku diam,Afiq diam. Kalau korang nak tahu perjalanan ke sekolah Afiq dari rumah family aku hanya 20 minit baru sampai.Tapi kalau dari rumah aku dalam 15 minit sahaja maklumlah dekat.hahahaha.
"Mama."-panggil Afiq.
Panggilan Afiq membawa aku ke dunia nyata aku pandang Afiq sekilas sebelum kembali fokus kepada pemanduan. Barulah aku jawab panggilan Afiq.
"Ye sayang."-balasku.
"Boleh tak Afiq..."-tanya Afiq. Tetapi soalan yang hanya separuh itu membuatkan aku berasa pelik. Sebab jarang Afiq macam ni.
"Kenapa Afiq tak nak pergi sekolah ke?tak sihat?nak mama belikan apa-apa ke?"-semua pertanyaan aku hanya dibalas dengan gelengan membuatkan aku bertambah risau.
"Afiq ada orang buli Afiq ke?"-solalan aku entah yang keberapa ni pon hanya dibalas dengan gelengan. Bertambahlah risau aku ni.
"Tengku Afiq bin Mohd Rafiq Hariz jawab soalan mama please."-rayu aku sambil memasuki kawasan sekolah Afiq.
Korang mesti tahukan dari mana datangnya "Tengku" tukan. Mestilah dari umi Afiq sebab family aku yang lain mana ada gelaran Tengku tu. Okey back to story balik.
Aku berhentikan kereta lalu aku pusing menghadap Afiq yang masih tertunduk.
Aku buka tali pinggang keselamatan Afiq lalu aku yang tersedia bebas dari cengkaman tali pinggang keselamatan, aku still pakai tau walaupun rimas.haha. Dan sekali lagi aku panggil nama penuh Afiq.
"Tengku Afiq bin Mohd Rafiq Hariz ni tak nak cakap kat mama takut mama marahkan?"-sah apa yang aku fikir bila Afiq mengangguk takut. Aku tersenyum sebelum memandang mata si kecil.
"Alah Afiq cakap je mama tak marah. Mama janji."-janji aku membuatkan Afiq membuka mulut kecilnya walaupun takut.
"Bo..leh tak Afiq n..ak ikut mama pergi pejabat bila dah habis...sekolah hari ni?"-solalan yang dari tadi menjadi persoalan kini sudah lengkap. Aku pandang Afiq. Sebelum berpura-pura berfikir sebenarnya aku bagi je dia je takut nak cakap.
"Emmm mama fikir kejap ye."-aku masih dengan kepura-puraan aku. Afiq pandang aku dengan wajah berharap. Aku jeling jam atas dash bord mata aku terus membulat dah 5 minit aku masih kat sini dan bergurau lagi 5 minit Afiq masuk class aku nak pergi pejabat lagi adoi Alia buat hal lah dan aku terus mematikan drama tukar mood terus baru aku perasan guru kelas Afiq dah sedia menunggu Afiq. Nampak tak bertapa lamanya Afiq dan aku kat sini. Aku yang nampak guru kelas Afiq mula berjalan ke arah kami terus aku buka mulut.
"Mestilah boleh hari-hari pon boleh nanti mama ambil ya."-balasku membuat kan kegemaran Afiq mula terpamir pada wajah polosnya. Dia pandang aku, aku mengangguk kemudian Afiq terus menyalami tangan aku sebelum melangkah keluar dari kereta.
Aku bernasib balik kerana Afiq keluar dari kereta memang perfect timeing lah. Cikgu tu dah berada di kawasan Afiq berdiri. Aku terus menurunkan tingkap.
Lalu memohon maaf atas kelewatan Afiq dan nasib dia ingat Afiq tak mahu pergi sekolah. Selamat aku. Aku mengiyakan je. Sorry Afiq mama tipu ye lah takkan nak cakap Afiq taknak sekolah sebab dia nak ikut aku pergi kerja ye tak. Aku berkata-kata sedikit sebelum meminta diri ye lah aku kena pergi pejabat pulak. Nasib dekat selang 3 blok dari sini je. Selamat. Aku terus meneruskan pemanduan ke pejabat.
........
Setibanya aku di pejabat tepat pukul 8:00 pagi. Bersyukur sangat aku sempat sampai. Apa lagi aku terus capai handbag dan beg leptop turun dari kereta dan melangkah masuk ke LUNA HOLDING.
Setibanya aku di tingkat 4 aku disapa mesra oleh perkerja-perkerja di situ. Aku tak kekok pon kat situ sebab ramai orang yang aku kenal. PA aku Adam. Team A ada Lin , Zarif. HR ada Fiqa dan Faiq. Maneger pulak ara dan doktor perubatan peribadi company ni pulak Amalina mana tak ingat dan bermulalah hari-hari sebagai CEO aku.
...........
Jam menunjukkan tepat 12:50 tengah hari. Sekarang dah lunch hour. "Afiq balik jam 1:00 so sempatlah aku ambil dia lepastu lunch sekali."aku dah buat mind set sendiri. Okey aku ambil Afiq dulu lunch baru solat zohor. Aku terus bangun dari takhta CEO aku dan menapak keluar dari bilik. Aku perasan Adam ada kat meja PA dia.
"Weh kau tak turun makan ke?"-tanya aku sambil lihat sekeliling.
"Nope."-balas Adam ringkas sambil mengangkat bekal ditangannya.
"Eleh mentang-mentang dah bukan solo ade je kau nak kacau aku ya."-balasku tidak puas hati. Adam ketawa sebelum balas balik.
"Eleh kau je yang solo dalam team kita yang lain dah ada tunang, nikah and ade yang ber anak bini laki lah Alia."-balas Adam sambil pandang aku. Aku? Aku tak pandang dia pon.
"Haih. Alia sampai bila kau nak macam ni kau nak happykan Afiq tapi diri kau tu pon kau tak happykan macam mana? Kalau kau sedih kau ingat Afiq tak sedih ke?"-soal adam bertubi-tubi. Aku tengok jam tangan lalu membuka mulut.
"Eh aku dah lambat ni aku nak ambil Afiq lepastu nak lunch sama-sama dengan afiq. Nanti kau kirim salam kat Ila. Dahlah aku gerak dulu.Bye"-kata aku tak jawab soalan Adam.
"Ubah topik."-balas Adam senada.aku hanya sengih malas nak layan kang aku yang sakit muka dia yang pecah dan aku yang kena kejar dengan parang dengan lia. Seram aku.
..........
Setibanya aku di sekolah Afiq nampaknya dah ramai ibu bapa menunggu. Aku matikan enjin kereta dan turun dari kereta kalau berjalan ke permulaan lorong kelas. Ramai perents yang pandang aku semacam ye lah aku masih pakai kod putih bersih pergi sekolah macam tu. Ialah aku kan dari pejabat fomal lah aku pakai macam ni. Otak aku yang mula berperang dengan mata-mata yang memerhati terus terhenti apabila aku dapat melihat Afiq berlari kearah aku.
"Mama. Miss you,nak dukung boleh?"-kata Afiq sebelum minta didukung.
Aku terus menurut.
"Miss you more. Jom Afiq mama nak lunch dulu boleh?"-solaku balik sambil berjalan ke arah kereta dan sesekali senyum kepada orang yang senyum kepada aku.
"Okey."-balas Afiq ringkas.
Aku perasan pandangan perents kat situ. Mungkin mereka ingat aku kakak Afiq tapi bila Afiq panggil aku mama, geng mak-mak kat situ terus pandang aku macam aku buat salah besar. Kenapa salah ke makcik nak bahasakan dia mama kat anak sedara dan aku dah agak sebenarnya dia orang ingat aku janda or kahwin awal. First aku nak tegaskan yang aku bukan janda berhias wahai geng mak-mak sekalian. And lagi satu muka tu tak payahlah nak tunjuk MARVEL BAWANG'S dah start pulak.
Aku nampak juga muka beberapa orang lelaki yang cuba berkenalan dengan aku tapi dipalau berubah. Lega aku, ya lah takadalah dia orang kacau aku dok ambil anak ke adik ke sape-sape udahlah. Aku berhenti berbidas denda otak dan memulakan panduan. Dengan bismillah.
...........
Tepat pukul 1:50 baru aku sampai ke company. Ialah keluar makan, solat , tukarkan baju Afiq kejap logik lah kan sampai waktu macam ni. Aku pandang Afiq disebelah aku.
"Alhamdulillah dah sampai. Jom Afiq turun."-kata aku sambil membuka pintu kereta.
Afiq mengikut aku dan sebelum kami meninggalkan tempat parking lot untuk masuk ke dalam bangunan Afiq menarik tangan aku. ku berhenti dan menoleh kearah afiq.
"Mama Afiq nak bawak toys boleh?"-soal Afiq. Aku hanya mengangguk dan seraya membuka booth kereta.
"Afiq nak bawa yang mana?"-soal aku sambil menunjuk ke arah 5 hingga 6 kotak simpan barang.
"Nak Lego tu je lah."-jawab Afiq sambil menunjuk kotak berwarna merah.
"Okey."-tanpa banyak soal aku terus ambil kotak tu dan menyerahkan kotak tu kat Afiq. Lalu menutup booth kereta.
Nasib kotak tu kecil kalau tak mesti hilang tubuh kecil Afiq tu. Korang mesti faham kan kenapa kereta aku banyak mainan tu semua kerja Afiq dah bawak masuk tak nak bawak keluar. Aku yang dah penat nak angkut terus sediakan kotak mainan kat kereta tu lah pasal banyak mainan kat kereta aku. Sebab aku tek berjalan so semua kotak aku letak kat belakang kali tak hemmm... bersepah lah seat belakang kereta aku. Nasiblah Afiq jenis yang lepas buat sepah dia kemas kalau tak mengah aku nak kutip lego kecil-kecil tu. Okaylah back to the story.hihi sorry tiba-tiba ceria pasal Afiq. Haha dah jom sambung.
Setibanya aku di tingkat empat semua staf pandang aku pelik sebab aku bawak Afiq dan Afiq banyak kali panggil aku dengan gelaran "mama". Yalah mana tak pelik kan status aku single dan orang panggil aku pun dengan gelaran"cik" mana datangnya Afiqkan. Tapi macam biasa lah aku malas nak ambil pusing. Dan aku tak perlu nak cerita dekat staf pon siapa Afiq sebab itu hal peribadi aku orang lain tak payah nak masuk.
"Afiq jom masuk bilik mama. Nanti Afiq main kat sana."-balasku sambil mempercepatkan langkah.
"Okey."-balas Afiq ringkas.
Dan akhirnya sampai lega aku tengok pintu bilik CEO tu. Dan macam biasa sikap ramah Afiq keluar bila jumpa Adam.
"Hi uncel Adam."-sapa Afiq ceria.
Adam pandang Afiq sambil tersenyum.
"Hi Afiq hensem."-balas Adam.
Aku tahu sangat bila Afiq dan Adam dah berdua uish aku terus dilupakan. sebelum aku terus dilupakan baik aku bagi pesanan penaja dulu kan.
"Nanti Afiq dah siap berbual dengan uncel Adam masuk je bilik mama lepastu main dekat kerusi panjang. Kat situ ada meja Afiq boleh susun lego-lego tu nanti."-pesan aku sambil membuka pintu bilik.
"Okey mama. Nanti dah habis Afiq masuk ya."-balas Afiq. Aku hanya mengangguk dan hilang di balik pintu. Dah malas nak ambil pusing.
Lepas betul-betul aku hilang di balik pintu Adam mulakan sesi membawanya dengan Afiq.
"Afiq mama takda jumpa lelaki lain ke selain uncel Adam, uncel Zarif dengan uncel Faiq?"-soal Adam. Adam yang lihat Afiq dengan muka berkerut mengingati itu hanya tersenyum.
"Hemmm....hah ada. Uncel hensome."-balas Afiq
"Siapa?"-soal Adam lagi
"Uncel Faris. Uncel Faris baik Afiq suka uncel Faris."-balas Afiq lagi. Adam mengangguk.
"Dah lah Afiq uncel nak buat kerja ni. Afiq pergi masuk dalam. Main"-balas Adam mematikan perbualan dan Afiq hanya mengangguk sambil melambai Adam."huh lia kau takkan dapat sorokkan dia dari semua orang" omel Adam dalam hati sambil membalas lambaian Afiq.
Sebaik Afiq masuk dalam bilik aku dia terus berlari anak ke arah kerusi yang aku cakapkan tadi. Aku pandang kearah bidai tingkap sekali lagi andam hanya sengih dan aku hanya mampu menggeleng. Kalau sebab dia dah nampak jelingan dari aku memang dia berbual lagi dengan Afiq.
"Afiq jangan kacau mama tau mama nak buat kerja kalu nak makan ke apa cakap jangan senyap pulak."-pesan aku sebelum aku hanyut dalam dunia kerja.
"Okey mama Afiq tak kacau. Nanti kalau nak apa-apa Afiq cakap ya."-balas Afiq
"Promise tak kacau mama?"-soalku lagi.
"Promise."-balasan Afiq membuatkan aku tenang.
Dan aku mula leka dengan dunia kerja dan Afiq pun dah leka dengan dunia lego dia. Sesekali aku toleh Afiq untuk pastikan dia baik-baik je. Dan aku dapat lihat dia berimaginasi. Sayang Along dengan kak Siti tak sempat tengok Afiq berimaginasi macam ni. Tanpa sedar aku mula ralit melihat Afiq bermain dan tugasan aku yang masih bersisa terus dilupakan. Aku terus ralit dan ralit sendiri.
Share this novel