THROWBACK 3 TAHUN LEPAS;
KELAB MEMANAH. Aku dan Sofea berjalan menuju tempat berkumpul sambil berbual dan mengusik.
"weh kau datang sini nak usyar Faiq eh?"-usikku.
dan dengan sepantas kilat bahu aku kena hempuk.
"Weh sengal lah kau"-kata Sofea sambil menepuk bahu aku.
"Adoiiii sakit lah"-kataku sambil menggosok lengan aku yang menjadi mangsa keganasan. Sebelum aku ketawa.
Mula-mula aku tengok Sofea macam nak marah tapi perasaan aku meleset bila Sofea turut ketawa. Terus bergema tawa kitaorang dekat lorong informasi ni.
"Weh dia ada ke?"-soal Sofea laju.
"Amboi amboi amboi gatai na...aku bagi tau pak long kang mau kau kena rembat dengan mak long...baru 15 dah gatai..."-hujahku dengan sisa tawa dan berbau ugutan.
"Weh janganlah mampus aku kalau mama tau weh..."-rengek sofea
"Ha tau takut..."-usikku lagi.
kemudian kami sama-sama ketawa.
.................
"Bro set baru ke?"-kata Kimi.
"Yup new"-jawab aku pendek.
"Nak try boleh?"-tanay Kimi
"Try lah mi"-kata aku senada sambil memeriksa setiap anak panah.
"Lek Faris"-kata Eriq.
"Haha. Hoi aku okey je ni."-balasku kembali.
Aku dengar Eriq hanya ketawa. Tapi tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati bila Kimi nak try set tu.
Lama aku fikir. Mata aku terus membulat bila ingat aku terus laung nama kimi kuat.
"KIMI JANGAN SHOOTKAT SITU. SAVE WALL BELUM PASANG."-jerit aku.
Eriq kat tepi aku terkejut. Tapi malangnya Kimi dah shoot.
"KOSONGKAN LORONG INFORMATION ARROW TERSASAR"-jerit aku dan Eriq.
Aku, Eriq dan kimi tersus berlari pergi ke lorong information. Mana ahli kelab yang dengar terus kosongkan lorong. Nasib time tu tak ramai lalu situ. Tapi hati aku tetap rasa tak sedap macam ada benda nak jadi.
.............
"Lia kau dengar tak?"-soal Sofia.
"Dengar? Dengar apa?"-soal aku pelik.
Baru Sofea nak buka mulut terus ada suara yang aku kenal memberi amaran kuat.
"ALIA SOFEA GERAK DARI SITU! JANGAN STAY SITU! ADA ARROW TERSASAR! GERAK SEKARANG!!"-jerit satu suara kuat bersama deruan tapak kaki.
Aku dengan Sofea terkejut dengan amaran itu. Sofea gerak ke belakang laju sambil menarik lengan aku. Tapi malangnya...
PANG!
Kaca pada papan kenyataan berkecai sembah bumi aku terduduk sambil memegang lengan kiri aku. Perit. Sofea terus berlari ke arah aku sama seperti Faris Eriq dan Kimi.
"Lia kau okey tak ni?"-soal Sofea risau.
"A..aku o..okey lah"-jawab aku menahan sakit.
Sofea pandang aku pelik. Dia tilik badan aku. Bulat matanya bila tengok lengan baju aku mula basah dengan cecair merah.
"Lia lengan kau..."-kata Sofea mati.
Aku hampir rebah menahan sakit. Nasib baik ada yang sambut kalau tak bercium aku dengan sepihan-sepihan kaca yang bertaburan. Aku pandang wajah hero yang sambut aku.
"Alia awak tahan ya."-kata hero aku.
"Riq kau cari Riz dengan Fiq."-arah hero aku.
"Okey"-balas Eriq pendek.
"Kimi kau ambil sapu tangan aku dalam poket and tie aku."-arah hero aku lagi.
"Okey jap aku ambil tie kau."-balas kimi sebelum berlari mengambil barang yang diminta.
"Awak Sofea cari cikgu boleh?"-tanya hero aku.
"Boleh. Awak tolong jagakan Alia tau."-pesan Sofea. Hero aku hanya mengangguk dan Sofea pun berlari pergi mencari cikgu kini tinggal aku, hero aku dengan beberapa orang team hero aku.
Tiba-tiba lengan aku berdenyut. Terus aku menggumam perlahan menahan segala sakit. Aku rasa macam nak menangis. Hero aku terus betulkan kedudukan aku sebelum bersuara.
"Alia awak tahan sikit ya."-pujuk hero aku lembut.
"S...sakit."-balasku dengan suara yang bergetar dan mata yang bergenang.
"Shhh jangan nagis saya ada saya tolong awak ye."-pujuk hero aku lagi.
Aku mengangguk. Aku dapat rasakan tekanan yang agak kuat sikit di bahagian luka aku. Mesti hero aku tekan luka tu nak hentikan pendarahan.
"Weh Faris ni sapu tangan kau dengan tie"-kata Kimi mengah. Tu lah sape suruh lari kan dah penat. Haha eh lia die nak selamatkan kau lah. Okey-okey back to the story.
Terkejut aku bila mendengar nama Faris. Ye lah Faris close friend dengan Along dan Angah mesti aku tahu nama tapi macam biasa aku jarang nak jumpa. Lamunan aku mati bila aku terdengar suara Faris.
"Bak sini"-pinta Faris.
Kimi hanya menurut apa yang di suruh.
"Awak saya nak tekan kain ni kat lengan awak untuk hentikan pendarahan. So tahan sikit tau."-kata Faris lembut.
Aku hanya mengangguk. Faris mula cuba untuk menghentikan darah yang keluar. Baju club dia pon kena darah aku. Baju aku apatahlagi. Dah lah baju club ade warna putih habislah tak hilang.
Aku pandang wajah Faris yang risau. Cool sangat. Weh Alia sempat lagi kau usar anak teruna orang time sakit macam ni. Bukan nak mengucap ke apa. Sebok tilik muka anak orang. Lelaki pulak tu. Alia, Alia apa nak jadi ni. Eh jap apa aku bebel ni. Lari cerita okey kita masuk balik Line cerita.
"A..awak..."-panggil aku lemah.
"Ye kenapa?"-sahut dia lembut.
"Sa...saya penat."-balasku pendek.
Aku perasan perubahan pada muka Faris terus dia pandang sekeliling sebelum pandang aku.
"Awak jangan pejam mata... please..."-pinta Faris.
"I will try."-balas aku sambil menahan sakit.
"Mana kau ni Hariz Rafiq...si mamat ni pon sengal lame sangat carinya."-bebel Faris.
Eh hero saya ni time tolong saya pon awak dok bebel kat member awak ye. So cute lah awak. Gumam aku sendiri.
"FARIS! KIMI!"-laung Sofea.
Aku dapat lihat bayang cikgu Ann dan ser Kamil dalam samar. Aku dapat dengar sedikit sebanyak apa yang diarah oleh kedua orang guru itu kepada rakan-rakan aku.
"Faris kamu cempung Alia cepat dia dah lemah sangat tu nak tunggu abang dia lama ni. Sofea nanti awak dengan cikgu Ann pergi dengan Hariz dan Rafiq saya gerak ke hospital dulu."-terang ser Kamil.
"Kimi awak ikut saya."-arah ser Kamil.
"Tak boleh cikgu Alia perempuan Sofea awak ikut ser Kamil so nanti saya bawak Eriq dengan dua beradik tu. Eriq anak sedara saya so okey je. Kami ada pertalian darah."-terang cikgu Ann
"Okeylah kalau macam tu Faris and Kimi jom."-kata ser Kamil.
Dan bait-bait kata mula hilang, pandangan aku juga mula kabur dan gelap. Aku pun tak tahu dengan keadaan sekeliling aku.
...........
Aku duduk di kerusi menunggu sambil meramas-ramas tangan. Aku pandang pintu yang menempatkan Alia. Aku tak sedap duduk selagi Alia tak ada depan mata aku. Aku tunduk sambil meramas lembut rambut aku. "Alia awak kena kuat" kata aku dalam hati. Doa tak putus-putus dari bibir aku.
FARIS. Aku mengangkat kepala bila terdengar nama aku dipanggil. Lalu aku memandang ke arah pemanggil.
"Faris kau okey?"-soal Hariz cemas bila lihat baju aku yang penuh dengan tompokan darah.
"Aku okey."-jawab aku lemah.
Aku dapat rasakan belakang tubuh aku digosok perlahan. Aku terus mengangkat muka.
"Faris awak tak salah. Abang berterimakasih sangat sebab tolong adik abang."-kata Rafiq.
"Tah lah abang saya rasa bersalah sangat."-kata aku sambil menundukkan kepala.
Kusut sangat bila jadi macam ni. Kalau aku cakap dengan kimi awal-awal mesti tak jadi macam ni.
Aku ramas rambut aku kasar. Stress sangat ye lah as a leader aku kena jaga team aku tapi apa yang jadi sekarang. Rambut aku yang kian kusut bertambah kusut bila aku ramas lagi.
"Bro aku nak mintak maaf sebab...."-belum habis kimi bersuara aku terus pintas.
"Tak ni bukan salah kau ni salah aku. Aku tak sesuai jadi pemimpin dalam team kita. Aku memang tak berguna. Aku yang leka dan semua ni salah aku."-kata aku dengan suara yang mula tegang dan bergetar.
"Faris..."-panggil Sofea perlahan.
"Fi aku nak mintak maaf sebab aku kawan kau sakit. Sebab aku kawan kau cedera macam tu sekali. Sorry."-potong aku lagi
kali ni aku terus bangun dari duduk dan mengubah tempat duduk yang jauh sedikit. Aku nak tenangkan fikiran aku yang serabut. Aku menunduk sambil memingkat kepala aku dan menyembamkan muka pada tapak tangan. Aku tutup muka aku. Sebab aku rasa macam aku yang salah.
Eriq, Sofea, Kimi, Hariz dan abang Rafiq pandang aku simpati. Hariz baru berura-ura untuk memujuk tapi di halang oleh Rafiq.
"Takpelah angah. Biar Along cakap dengan dia."-kata Rafiq sambil tersenyum.
"Tapiii...angah..."-Hariz mahu memberi hujah tapi terus dipotong.
"Tak ada tapi-tapi. Angah pergi call mummy and daddy. Along settel Faris."-balas Rafiq lembut tapi tegas. Menyebabkan Hariz diam dan hanya mampu menurut. Kalau tak mahu dia pulak yang masuk ICU.
"Faris"-panggil Rafiq lembut.
"Abang"-balas aku.
"Okey tak ni abang tengok awak macam kucing hilang anak dah."-balas Rafiq sambil melabuhkan punggung di sebelah aku.
Aku hanya diam. Dan kebisuan aku menarik perhatian Rafiq.
"Abang tau lah kenapa Faris diam."-katanya sambil memandang ke arah pintu di hadapan kami.
"Sorry abang."-kataku dengan suara yang kian tergelam.
"Dah lah bukan salah Faris pon. Benda nak jadikan. Dah jangan sedih-sedih adik abangkan kuat and Alia pon akan selamat doa banyak-banyak"-katanya sambil menggosok belakang aku.
"Thanks abang. Tapikan abang saya bukan adik kandung abang. Boleh ke panggil abang macam tu?"-soalku polos.
Aku nampak abang Rafiq hanya ketawa dengan soalan aku. Sebelum menjawab.
"Mestilah boleh."-jawab abang Rafiq sambil menggosok rambut aku.
Kemudian kami pun ketawa. Tanpa aku sedari ada seorang di balik dinding ada yang tersenyum sinis melihat gelagat aku dan abang Rafiq.
........
"Siapa penjaga kepada Alia?"-soal yang merawat Alia.
"Saya doc. Macam mana dengan keadaan anak saya?"-soal uncel Asraf setelah menyahut panggilan doc.
"Alhamdulillah anak dato selamat nasib luka dia tak dalam or terkena kat darah utama."-kata doc
"Bila adik saya boleh keluar?"-tanya Hariz laju.
"Hari ni dia dah boleh balik selepas ni pergi ambil ubat kat kaunter ye."-kara
"Alhamdulillah. baik doc. Terima kasih doc sebab rawat anak saya."-kata unty Zahara.
"Sama-sama datin. Datin dengan Dato' duduk dulu sekejap lagi ada nurse yang bawa anak Dato' ke sini."-terang doc peribadi keluarga Alia sebelum meminta izin untuk beredar dari situ.
Aku pandang sekeliling. Sebelum uncel Asraf panggil aku.
"Faris come."-panggil uncel Asraf.
Aku dah takut. Tapi aku still menapak ke arah uncel.
"Ya uncel"-kata aku perlahan.
"Thanks Faris tolong Alia."-kata uncel Asraf pada aku.
Aku pelik macam mana uncel boleh tahu aku yang tolong Alia.
"Kamu tak payahlah buat muka macam tu. Nak gelak uncel tengok."-balas uncel Asraf selamba.
Aku hanya tersengih malu sambil menggosok tengkuk cover malu.
"Aku yang bagi tau daddy aku. Aku tak nak kau yang tolong adik aku aku dengan Along yang dapat nama."-jawab Hariz.
"Kenapa kau buat macam tu. Cakap je lah kau yang tolong aku tak kisah."-balas aku.
"Dah tak payahlah nak bertekak penat mummy dengar."-balas uncel Asraf mematikan perbalahan.
Aku pandang Hariz sebelum tersenyum. Tengah kita orang dok ketawa ada suara tua mencelah.
"Ya Allah nak. Faris okey tak ni?" -tanya unty Zahara panic.
Unty Zahara belek tubuh aku. Mana tak unty tu panic. Ye lah baju aku penuh dengan darah kot.
"Saya okey unty. Tak sakit kat mana-mana pon."-kata aku cuba melegakan hati tua itu.
"Eh Ara datang dengan siapa tadi Ara kan kat butik?"-soal uncel Asraf.
"Dengan yam dia kat bawah jap lagi naik."-balas unty Zahara selamba.
Aku hanya tersenyum melihat family itu. Sampailah aku dengar suara umi aku.
"Ya Allah anak umi okey tak ni."-kata umi sambil menilik tubuh aku.
Adoi lupa pulak umi ade sekali. Now ready dah nak kena sport check for a two times.
"Miii orang okey lah."-jawab aku.
"Ya Allah syukur manja umi selamat."-kata umi sambil menyebut nama manja aku.
"Umiiii janganlah panggil Aris dengan nama manja tu kat sini. Malu lah."-jawab aku dengan muka merah.
"Sorry sayang."-balas umi sambil menarik lembut pipi aku.
"Umiiiii"-rengek aku.
Umi, uncel Asraf, unty Mariam, Hariz dan abang Rafiq ketawa je. Aku terus tarik muka tak puas hati. Apalah umi ni gelakkan manja umi ni. Nanti manja majok kang. Gumam aku sendiri.
"Umi abi Along dengan adik mana?"-solaku mematikan tawa umi. And ini merupakan salah satu cara untuk ubah topik. Tak sanggup weh kena gelak.
"Abi ada meeting. Along ade class. Adik patutnya ada dengan Faris lah kan."-kata umi.
"Mana ade adik dengan Faris tadi Faris datang sini dengan ser Kamil, Kimi, Sofea, cikgu Ann dengan Eriq lah umi. Kan Faris tolong Alia tadi."-balas aku.
"So adik dengan siapa?"-soal umi.
"Mana angah tahu. Jap angah try call dia."-balas aku.
"Hah call adik cepat."-kata umi sambil pukul bahu aku.
"Adoi sakit lah umi."-kata aku sambil menunggu fone di angkat.
Umi hanya ketawa tihat aku gosok lengan aku. Tak sampai tiga kali beep Nadia a.k.a adik aku nagkat.
"Ha Nadia kat mana sekarang?!"-solaku setelah talian disambung. Aku terus buka speaker. Sebab umi pon nak dengar jugak suara Intan payung die ni.
"Waalaikumussalam. Rumah kenapa."-balas Nadia acuh tak acuh sahaja.
"Balik dengan siapa?"-solaku lagi.
"Disebabkan Along ade class, angah tiba-tiba lesap and Sofea and Alia pon hilang tah ke mana. Balik naik kak Ila and the geng lah. Angah tu dah date terus lupa adik."-balas Nadia selamba.
"Nad jagalah macam ni..."-pujuk aku.
"Dah orang nak cas fone and Nad tahu umi ade kat tepi angah. Jangan ingat Nad tak tahu angah bukak speeker eh. Umi Nad dah sampai rumah. Dah makan pon. Bye angah orang letak dulu."-balas Nad laju belum sempat aku balas Nad dah matikan fone dia.
"Ish budak ni ade ke patut die off kan macam tu."-rugut aku sambil memenuhi fone.
"Padan muka manja sapa suruh lupa."-kata umi selamba sebelum menapak ke arah unty Zahara.
Aku pandang umi. Sampai hati umi cakap macam tu.
Aku pandang depan aku nampak tubuh Sofea, Eriq, Kimi, Hariz and Rafiq dengan pandangan "suka tengok aku kena marah". Semua hanya tersengih and abang Rafiq hanya menggeleng.
"Alah manja....."-kata Eriq dan Kimi serentak.
"Kalau kau nak patah riuk cakap lah mentang-mentang dah kat hospital an."-kata aku sambil menyenseng lengan baju.
Terus dua malaon tu menggeleng. Tak lama lepas tu cikgu Ann panggil Sofea untuk balik. Ye lah cikgu Ann kan jiran dia. Kemudian diikuti oleh ser Kamil, Eriq dan Kimi. Mereka meminta diri untuk pulang kerana ada hal lain.
Aku hanya duduk dan menonton babak sapa dan perpisahan antara umi, uncel Asraf dan unty Zahara.
"Nah"-kata suara yang aku kenal.
Aku angkat sebelah kening. Kemudian memandang paper bag yang dihulurkan.
"Ish kau ambik lah beg ni dalam ni ada baju,kau pergilah tukar. Tak kan kau nak pakai baju ni kan ada darah macam mana nak solat?."-bebel pakcik depan aku ni.
"Ye lah aku nak sambut lah ni. Boleh bersabar tak?"-balas aku sambil sambut beg yang dihulurkan.
Aku pandang sekeliling. Eh tak ada pon mana umi kusayang ni.
"Ha Faris dah dapat baju yang unty bagi?"-solal unty Mariam.
"Dah unty."-jawab aku sambil mengangkat beg.
Aku cari lagi bayang umi aku.
"Faris cari umi ke?"-soal unty Mariam. Dan aku hanya mengangguk.
"Nanti Faris baik dengan unty. Your umi dah balik ada hal."-kata unty Zahara ringkas.
"Okey unty."-jawab aku.
"Now Faris tukar baju dulu sekejap lagi kita gerak uncel awak tu pergi ambil ubat Alia. Unty tunggu awak kat sini. Hariz dengan Rafiq pergi iring Alia kat sana so unty yang kena teman Faris."-jawab unty Mariam dan seraya memberi arahan untuk aku pergi tukar baju. Aku hanya menurut seperti biasa.
Share this novel