-BAB 44-

Romance Completed 18623

Tepat jam 1 baru kami sampai ke LUNA HOLDING balik. Uih riuh kereta aku dengan suara diaorang je.

"Okelah bos kami naik dulu ye."-kata Hasif.

Aku hanya mengangguk kemudian hasid mula membuka langkah diikuti oleh Lisa and Ikmal. Baru aku nak menapak ke arah lif aku perasan ada dua satff aku sedang menenagkan seorang wanita separuh abad. Terus aku menapak ke arah mereka.

"Puan maaf ye kalau tak buat temu janji tak boleh jumpa boss kami."-kata satff aku yang berbangsa cina itu.

"Ish aku peduli apa."-marahnya.

"Maaf ya puan kenapa ni?"-soalku.

Dia pandang aku atas bawah sebelum tersenyum sinis. Aku pandang dua staff aku yang mahu buka mulut tapi aku suruh diam.

"Mana boss kau?"-soalnya.

"Ada dalam pejabat dia puan. Puan dah buat appointment ke?"-soalku lembut.

"Ahh itu tak penting now aku nak jumpe boss kau and stop call me puan I'm datin. Datin Ani."-katanya lagi.

"Atas urusan apa Datin nak jumpa boss?"-soalku.

"Sebab bos tak guna kau tu dah pecat anak aku."-balasnya.

Aku tersenyum bila teringat insiden masa mula-mula masuk. Aku tersenyum sinis sebelum membalas.

"Dia yang buat salah so dia dapatlah habuan."-balasku.

"Tapi dia black list nama anak aku, bos kau ingat dia siapa. Laki aku ada pegang saham kat sini tau, Ku tak teragak-agak suruh dia tarik."-balasnya angkuh.

"So tarik je lah, sebab ramai lagi yang berbaris nak masuk shere syarikat ni."-balasku.

"Kau memang kurang ajar."-katanya sambil menghayunkan tangan.

Ni lah modal orang kaya. Geram tampar, marah tampar, sakit hari tampar, tak tampar saman. Adoi sedihlah gini. Yeye pon nak tampar, tamparlah meja tu ni tak muka aku. Sian pipi aku asik jadi modal untuk ditampar je. Nasib tak kuat.

"Datin Ani, sabar datin."-kata seorang lelaki berkod hitam itu.

"Cik..."-panggilnya.

Tapi aku terus buat isyarat suruh diam. Dia hanya akur.

"Okey fine kalau DATIN nak jumpa sangat naik lah atas. Ming bawak DATIN ni tau."-sindirku sambil menekankan perkataan Datin.

Kemudian aku terus naik atas. Sampai je atas masing-masing tengok aku semacam. Ah lantak janji aku dapat jatuhkan Datin tu.

"Adam."-panggilku.

"Yes."-sahutnya.

"Nanti Datin Ani naik atas kau suruh dia masuk dulu aku nak pergi toilet jap."-autaku

"Okey bos settle."-balasnya.

Kemudian aku terus bergerak, lalu bersembunyi di balik dinding. Aku perhati je datin tu. Aku tersenyum bila aku nampak Adam cakap something.

...........

"Datin duduk dulu ya, sekejap lagi miss Alia datang."-kataku.

"Yelah, by the way takpayahlah panggil datin panggil i Ani je."-katanya sambil memandang aku.

Ya Allah, Alia kau datanglah cepat. Aku dah tak sangup nak layan Datin diva ni.

"Tape datin saya panggil datin, datin je."-kataku sambil tersenyum "TERPAKSA YE ANAK-ANAK".

"Ikut you lah, by the way u single?"-soalnya lagi.

Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk melayan datin ni.

"Eh tak saya dah ada wife."-pintasku laju.

"Lah ye ke, kalau tak dah lama i tangkap you tapi boleh je kalau you nak."-katanya sambil tersenyum.

Aku yang dah tak boleh bertahan terus meminta diri. Tanpa mendengar sebarang balasan aku terus cau. Aku menggonggongkan badan aku.

"Ha kau pahal?"-soal Alia yang baru sampai.

"Kau ambik datin tu aku tak sanggup, kalau nenek kebayan tu datang lagi suruh ila."-kataku sambil berjalan ke meja aku.

"Nenek kebayan? Wah nice name aku suka."-balasnya.

"Ah tak payah suka sangat gi sana."-kataku tegas.

Dia hanya ketawa, kemudian masuk ke dalam biliknya. Aky hanya hantar dengan pandangan mata.

"Abang okey tak?"-soal Ila.

"Abang tengah mual ni."-balasku.

"Hah mual abamg okey tak? Perut masuk angin?"-soal Ila.

"No lah sayang datin kat dalam tu geletis noh kalau boleh abang nak pijak-pijak je."-kataku geram.

"Ish datin tu, ada kang yang kena tetak dengan sayang."-kata Ila.

"Hubby."-panggil Ila.

"Yes wife."-balasku melayan.

"Saya tahu macam mana cara nak buang pasal datin tu dari kepala hubby."-katanya sambil tersenyum.

"Ha apa dia?"-soalku ingin tahu.

Dia tengok kiri kanan dulu.

"Rapat sikit."-katanya.

"Ye lah jap abang bagun. Ha ni okey."-kataku.

"Okey-okey."-balasnya.

Baru aku nak soal pipi kiri aku dikucup seketika.

"Okey dah hilangkan bye."-katanya kemudain terus beredar.

Aku pegang pipi aku. Ya Allah wife aku ni kat pejabat pon menjadi. Ni belum masuk geng dia and betul cakap dia hilang dah pasal nenek tu now ada dia je. Aduhai tak jalanlah kerja aku.

..........

Aku masuk je nenek kenayan a.k.a datin Ani tu pandang aku dengan tersenyum sinis.

"Eh kena panggil dengan bos ke?"-soalnya sinis.

Aku tersenyum sinis sambil menapak ke arah kerusi empuk aku. Lalu melabuhkan punggung di situ.

"Wah berani kau belagak macam big boss."-sindirnya lagi.

Aku hanya tersenyum senyum memusingkan kerusi ke kiri dan kekanan.

"Miss Alia Dato Asraf dah sampai."

Kata Adam dari intercom.

"Suruh dia masuk"-balasku.

"Ada apa cik Alia panggil saya."-soal Dato Asraf .

"Dato duduk lah dulu."-balasku.

"Ish cik Alia ni berapa kali uncel nak cakap panggil je uncel."-balasnya.

"Ha dato pon sama, kan saya kata panggil alia je takpayah pon cik-cik bagai. Kalau Dato guna cik saya pon kena guna bahasa fomallah."-balasku tak mahu kalah.

"Ye lah, uncel panggil Alia."-katanya.

"Okey, so baru boleh saya panggil uncel."-balasku

Kata-kataku membuatkan lelaki separuh abad itu ketawa. Mungkin kalau daddy and mummy ada lagi mesti sebaya dengan pasangan di sepan aku. Kebetupan uncel Asraf ni memang close friend arwah daddy, nama pon sama. Kebetulankan.

"Ha kenapa Alia panggil uncel datang sini ni?"-soalnya

"Saya dengar uncel nak tarik balik shere betul ke?"-soalku.

"Hah? Bila masa pulak uncel nak batalkan."-soalnya kembali.

"Lah tadi, datin Ani cakap uncel nak tarik balik. Tulah sebab saya tanya."-terangku.

"Ani betul ke?"-soal uncel Asraf tegas.

"Haah Ani memang nak macam tu, nak tahu sebab apa? Mesti budak berlagak boss ni magadu kat boss dia pasal Ann."-balas Datin Ani.

Owh nama minah tu Ann ke. Sirius aku tak pernah ambik tahu pasal dia.

"Datin nak tahu tak sebab apa saya buang intan payung DATIN tu?"-soalku terus.

"Ha kenapa?"-balasnya kembali.

"Sebab dia suka mengular tu first. Sebab ke dua dia cuba nak cederakan anak buah saya and yang ketiga dia kutuk opps bukan kutuk but cuba untuk mengitnah saya."-kataku kemudian berdiri.

Dia pandang aku tajam.

"Untuk pengetahuan datin, saya bos mens i'm the CEO and saya boleh buang siapa yang tak ada komitmen."-kataku sambil tersenyum.

"Miss lia, miss ada tetamu."

Kata adam dari intercom.

"Okey Adam saya settlekan yang kat sini dulu suruh dia tunggu kat ruang menunggu ye."-kataku.

"Baik miss."-balasnya.

Aku pandang nenek kebayan a.k.a Datin Ani sinis kemudian Aku pandang uncel Asraf manis.

"Maaf ye uncel kalau saya ada tertinggikan suara."-kataku sambil tersenyum.

"Takpe uncel pon nak mintak maaf kalau aunty Ani ni ada buat apa-apa."-balasnya.

Aku hanya tersenyum.

"Kalau macam tu uncel dengan aunty mintak diri dululah."-kata uncel Asraf kemudian menarik nenek tu keluar.

Aku hanya mengangguk kemudian hantar mereka melalui pandangan mata. Setelah pasangan separuh abad itu hilang di balik dinding.

"Haihh macam-macam."-keluhku.

TOK!  TOK! 

"Masuk"-kataku.

Aku angkat muka.

"Owh kau Hadi duduklah."-kataku setelah melihat kelibat Hadi.

Dia duduk. Kemudian diam. Aku diam. Aku malas nak buka mulut so aku terskan dengan kerja aku.

"Lia aku setuju."-katanya.

Aku teus berhenti dari mencoret sesuatu dalam buku. Aku angkat muka.

"Aku terima tawaran kau."-katanya.

"Thanks."-balasku sambil tersenyum.

"Kenapa kau cakap thanks kat aku."-soalnya pelik.

"Tak ada apa-apalah."-balasku.

"Ha by the way, aku nak kau deko satu bilik kat penthouse aku boleh?"-soalnya.

"Mestilah boleh, bilik apa?"-soalku.

"Bilik bacaan."-katanya ringkas.

"Okey nanti aku tetapkan date."-kataku.

"Thaks."-balasnya.

"Welcome."-balasku.

"Okeylah Lia aku balik dulu"-katanya

"Yelah save drive, nanti apa-apa aku update."-kataku dia hanya mengangguk kemudian meminta diri. Aku mengagguk kemudain tersenyum.

Wah bermulalah kerja aku di bantu oleh Ila yang kebetulan duduk melepak kat meja si laki dia, so aku tarik je dan semestinya dengan laki dia sekali aku heret macam biasa. Kisah apa aku dia orang nak dating sekali sekala kacau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience