-BAB 20-

Romance Completed 17858

Aku pandang sekilas jam yang berada di pergelangan tangan aku. Aku terus mempercepatkan perjalanan pergi ke lobi. Setibanya aku di lobi orang yang aku tunggu dah masam menjadi tugu negara.

"Awak!"-panggilku.

"Hemm"-jawbnya senada.

"Marah ke?"-soalku sambil mencari kunci kereta dalam beg.

Dia tak menjawab hanya diam buatkan aku sebersalah. Ye lah setengah jam aku lambat sebab meeting habis lambat.

"Dah lah jom gerak nanti lambat masuk office kan lepas lunch masing-masing ada meeting."-katanya sambil menghulurkan tangan.

Aku faham apa dia nak tapi aku tak balas, aku pulak yang diam. Dia ingat dia je ke boleh diam. Aku terus buka langkah ke parking lot, si dia? Ikut je lah yang mampu.


..........

Sepanjang perjalanan aku diam dia pon diam. Aku apalagi buka tab tengok apa yang patut.

Aku angkat muka bila rasa kereta berhenti. weh cepat dow dia bawak dah sampai.
Apalagi aku dengan dia terus turun. Dan masuk ke kedai makan. Sebaik sahaja aku duduk pelayan sudah sampai.

"Akak Alia dengan abang Faris nak makan apa?"-soal pelayan tu mesra.

"Emmm akak tak nak makan harini."-balasku sambil tersenyum.

"So plain water je lah ni kan?"-teka pelayan itu lagi.

"Haah, Siti pandai Siti teka."-kataku sambil ketawa.

"Mana tak tahunya akak selalu oder air yang sama."-balas Siti menyahut ketawa aku.

"Emmm abang Faris pon macam biasalah kan?-soal Siti lagi.

Baru Faris nak buka mulut aku terus potong.

"Haah macam biasa. Tapi tambah plain water tau."-balasku laju.

"Okeh siap! Kalau tak ada apa-apa Siti pergi dulu tau."-kata Siti.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Siti? Dia dah gerak lah tak kan nak tunggu lagi bila aku nak makan.

Suasana kat meja aku dah macam tanah perkuburan, aku dengan tab Faris dengan fone dia. Sampailah ada suara yang dikenali menegur.

"Huii adikku sayang."-panggil angah.

"Waalaikumussalam abangku sayang."-sindir aku.

Mardiah dah tahan gelak abang aku yang sorang ni dah sengih-sengih.

"Duduklah lia tahu angah datang sini nk join an? So tak payah banyak bunyi duduk je lah."-arah aku.

"Cantekkkkkk Dihah tak yah beratur."-kata angah bangga.

Dan seperti biasa Dihah hanya menggeleng perlahan, serta dengan bangga ye korang dia duduk kat sebelah aku.

"Weh Faris kau okey tak ni?"-soal angah.

Faris angkat muka kemudian barulah buka mulut.

"Okey je...pahal?"-soal Faris tanpa nada.

Baru angah nak buka mulut siti dah tayang dulang berisi makanan yang dipesan oleh aku untuk Faris dan air kosong
Tapi macam biasa muka dia macam nak telan orang.

Elok je si Siti ni gerak dari meja sambil membawa amanat kepada tukang masak untuk masakkan makanan yang di pesan oleh abang aku sorang ni. Apalagi diserang lah.

"Adik minum air kosong je?"-soal angah mendatar.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Why? Kenapa tak makan?"-soalnya lagi.

Nah aku dah cakap dah mesti lari topik punya. Dia nak tanya si Faris tu terus terpantul kat aku. Aku tak tahu nak jawab apa so dengan gemilangnya aku diam.

"Alia angah tanya ni."-tegas angah.

"Alia bangun dululah."-kataku laju dan terus bawa beg aku keluar.

And semestinya aku sempat selit duit not 100 kat bawah cawan si Faris ni. Ye lah aku yang oder aku lah bayar.

Aku terus masuk dalam kereta dan buka aircone dalam kereta dengan tingkap yang terbuka sedikit. Akibat kebosanan walaupun baru masuk aku terus cari tab aku tapi apakan daya tab tertinggal kat meja tadi hemm tengok fone lah aku.


..........

Aku pandang bayang Alia yang hilang di balik dinding dan pandang menu yang Alia pesankan dan duit tadi untuk aku. Tengah aku tengok menu dan duit tu aku perasan tab si Alia ni terus aku buka.

"Alia still sama tak pernah nak buka mulut."-ujar Hariz tiba-tiba.

"Takpelah awak mesti dia penat tu."-pujuk Mardihah.

"Ha Faris kau pahal diam je dari tadi?"-soal Hariz sambil mengunyah makanan.

Ye lah mentang-mentang dah sampai melahap lah dia.

"Okey je kenapa?"-soal aku balik.

"Kau tak payahlah nak tipu aku."-bidas Hariz lagi sambil mengacau air dalam cawan.

Aku diam. Sebenarnya aku tak paham apa dia cuba cakap.

"Ish kau ni blur pulak. Okeylah aku terus terang, ni soalan yang aku nak tuju untuk kau, kau gaduh dengan adik aku ke?"-soal Hariz memandang aku.

"Tah lah weh. Kita orang salah faham je ni aku yang prank dia and now i got it."-kataku senada kemudian menyuapkan makan ke dalam mulut.

"Ish dah agak dah. Si Alia pon sampai lupa tab kesayangan dia ni."-kata Hariz lagi.

Kemudian sambung makan. Makan je kan keje dia. Makanan yang bersisa dalam pinggan pon tinggal sikit aku tergerak hati nak buka tab Alia.

Aku tersenyum bila terpampang wajah bersih Alia dan Afiq pada lock screen. Aku masukkan password, macam mana aku tau password? nanti korang tau lah okey masuk balik dah lari. ambil mood sat okey masuk, terdiam aku pandang hiasan screen wallpaper tab tu. Gambar aku dan dia, masa dia pujuk aku. Baru aku nak tutup aku tertarik dengan satu folder yang di beri nama....

-mr.faris-

Aku buka folder tu and aku tak percaya apa aku nampak. Semua gambar aku dari sekolah sampai sekarang, video aku nyanyi masa sekolah pon ada, video aku dan Alia baru-baru ni pon ada, gambar yang kitaorang ambil kat mesen tu pon ada. Aku scroll lagi ke bawah nak tengok lagi apa yang ada. Aku tersentap apabila nampak satu gambar yang aku tak akan pernah lupa. Gambar aku runsing dengan pakaian bertompok merah.

Now aku faham kenapa dia suka bawak tab ni hulu hilir. Aku terus bangun dari duduk.

"Weh kau pahal?"-soal Faris pelik.

"Aku gerak dulu now aku ambil duit ni then bayar k bye."-ujar ku senada dan terus mempercepatkan langkah ke kereta.

Aku berhenti di tepi kereta dan tarik nafas kemudian barulah aku buka pintu kereta. Alia masih khusyuk dengan fone kat tangan. Alia yang perasan akan kehadiran aku hanya menjeling kosong kemudian kembali fokus dengan fone kat tangan. Dan aku pun tak boleh nak pujuk dia kat sini nak tak nak aku kena gerak. Dengan Bismillah aku turunkan hand break dan memandu pergi dari restoran yang kami makan tadi.

Setelah lima belas minit memandu aku terus memasuki simpang dan parking betul-betul bawah pokok berdaun lebat.

Alia angkat muka bila kereta berhenti. Tapi masih diam dan tak sampai berapa second dia alih pandangan balik ke gejet yang dipegang. Aku buka seat blade dan memusingkan sedikit badan aku ke arah Alia.

"Alia saya nak bagi ni."-Kataku perlahan sambil menghulurkan tab.

"Letak je kat atas dash bord tu nanti saya ambil."-balas Alia senada.

Aku letak tab atas dash bord. Aku faham kenapa dia diam. Marah lah tu. Aku gosok tengkuk bersalah. Lepas aku rasa macam lama sangat berfikir aku dah dapat Nur untuk pujuk buah hati aku ni.

"Hey look at me lah."-pujuk aku.

"Ye?"-soal Alia sambil memandang aku kosong.

"I'm sorry."-kataku sambil memandang wajah kosong di depan aku.

"Why do I have to apologize for not taking the heart pound, I want to prank you. I should have apologized because I was 30 minutes late."-balas Alia sambil tersenyum.

"But sebenarnya saya pon baru sampai time tu."-kataku sebersalah.

"Dah agak dah." -kata Alia kuat sambil tepuk tangan.

Terkejut aku dibuatnya. Adoi buah hati sape ni. Aku tersenyum bila tengok dia dah senyum balik.

"Nampaknya prank kita ni kena batang hidung sendiri lah."-kata Alia ceria kemudian ketawa.

Tengah dia leka ketawa aku dapat idea yang sangat bernas dengan mengeluarkan fone dan dengan bangganya aku buka aplikasi camera dan snap. Tapi apakan daya ada flash pula.

"Hah ambil gambo orang tak cakap!"-sergah Alia kemudian ketawa.

"Alahai sapelah yang bukak flash ni!!!"-bebel aku sendiri.

Ginilah manusia bila dah terang-terang salah senfiri mesti salahkan orang lain, tapi nak buat macam mana nak cover malu punya pasal.

..........

Aku hanya ketawa bila Faris mula bebel sorang-sorang sebab flash.
Tengah syok-syok aku ketawa notification dari tab aku berbunyi.

TING!TING!TING!TING!

Dengan penuh kesabaran aku bukak tab tu. Bulat mata aku bila GROUP OF EMPAYAR X LUNA terpapar pada skrin.

abang:
-Adik jangan lupa meeting kol 2.30p.m
-Jangan LAMBAT!
adam(staff)
-Oi CEO kau kat mana weh?
Ila(staff)
-Sesiapa ada nampak Faris x?
Mardhiah(staff)
-Faris x de kat EMPAYAR HOLDING.
Eriq(staff)
-Aku dah tawaf LUNA HOLDING, x de lah.
Amalina(staff)
-oiii Faiq Fiqa kau orang tau kn CEO dgn DOC ni hilang ke mana..
Faiq(staff)
-Oiiii jgn jual nama oi...
Fiqa(staff)
-Tak tahu!!!!
abang:
-kepada Alia&Faris yang sedang membaca sila balas...
Cuse meeting start kol 2.30 now already 2.10 and
-Terima kasih

Uih mampus abang aku sorang ni dah seru nama.
Aku pandang Faris yang baru buka fone mesti dia pon dapat sebab group tu memang ada dia. Aku pandang dia dan dia pandang aku.

"Awak saya drive!!!"-kataku laju.

Faris pun tak banyak tanya dia terus tukar tempat duduk dengan aku. Laju tangan aku pasang seat belt. Lepas aku yakin seat belt tu dah betul terletak di tubuh aku aku terus balas chat dalam GROUP OF EMPAYAR X LUNA.

Me:
-OTW g office!!!!
abang:
-Jangan lambat you already have 12 minit.
-Faris also to!!!
Faiq(staff)
-Faris kau jgn lambat!!!
mr.faris:
-Otw!!!

Lepas aku siap tipe apa yang patut aku sempat bagi pesanan penaja kat Faris. Nasib dia dengar je.

"Sit properly i want to drive."-kataku sambil memandu keluar dari tempat yang kami berhenti.

"Okey!"-balas Faris laju.

Aku hanya tersenyum sendiri sebelum menukar gear.


...........

Now aku tak paham kenapa si Alia ni senyum macam ni. Aku pandang Alia yang sedang memakai sun glasses. Tiba-tiba aku perasan miter kereta makin naik. Aku dah seram sejuk dah ni yang si Alia ni selamba je lajukan lagi.

Tergamam aku bila LUNA HOLDING dah cantik terpampang gah di depan mata aku.

"Jom keluar."-kata Alia sambil membawa tab dan hand beg dia.

Aku hanya mengikut tanpa sebarang bunyi. Sampailah depan bilik mesyuarat ni. Rasa sekejap je dow. Aku still diam sampai punggung aku sudah terletak elok di atas kerusi dan meeting pun berjalan.

.........

"Now team sape? "-soal aku tidak bernada.

Syunyi tanpa ada sebarang bunyi dan hanya bunyi penghawa dingin sahaja. Keadaan sekarang makin berlalulatan, rasa nak marah tu ada tapi aku malas nak marah hari ni. Aku pun dagan murah hati bagi masa untuk team seterusnya buat persiapan untuk pembentangan bagi yang dah siap, tapi yang tak siap, takpe korang happy-happy dulu then welcome to the hell gumamku sendiki kemudain terukir senyum sinisku tak pe aku bagi team tu masa sampai minggu ni je untuk E-mailkan kerja tu. Aku tak dapat E-mail tak dapat bonuslah group tu. senang keje aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience