-BAB 30-

Romance Completed 18623

Arlam dari fone aku mengejutkan aku dari lena. Aku matikan arlam, aku toleh ke arah Fiqa. Kemudian aku bangkit dari duduk dan bergerak ke bilik air dengan membawa peralatan mandi dan pakaian untuk dipakai pada hari ini.

Selepas hampir 30 minit dalam bilik air aku keluar. Aku toleh ke arah katil Fiqa masih lena. Aku nak kejutkan tapi aku bila aku fikir balik semalam aku tak perasan pun dia solat so aku menganggap dia cuti jadi aku batalkan niat aku. Aku letak barang mandi aku dalam beg dan pakaian kotor dalam beg berasingan. Aku hemparkan sejadah kemudian toleh ke arah jam besar yang tergantung kemas di sudut bilik.

"Dah masuk waktu subuh ni, so dah boleh solat."-gumamku sendiri kemudian mengangkat takbir.

Setelah selesai memberi salam dan membaca doa aku tergerak hati untuk membuka almari di depan aku, aku tersenyum bila ada senaskah al-Quran dan Yassin. Aku ambil Yassin.

Aku membuka kulit Yassin itu perlahan, dimulakan dengan al-Fatihah dan selawat ringkas aku mulakan bacaan Yassin perlahan tak nak menganggu Fiqa.

.............

Aku tersedar apabila terdengar sayup-sayup bacaan suci al-Quran. Aku toleh tempat Alia tidur kosong. Aku bangkit dari duduk dan menapak perlhan ke ruang yang sedikit luas di tepi ruang tamu. Terkaku aku bila nampak Alia yang mengalunkan bacaan. Tenang, ya tenang tu yang aku dapat rasakan sekarang.

Aku tak jadi nak meneruskan langkah aku terus bersandar di dinding pemisah antara ruang tamu dan tandas.

Ya Allah bertapa jauhnya aku dari kau, berapa lama aku abaikan amanah aku kepada engkau. Ya allah aturan mu sungguh indah. Tiba-tiba aku rasa air hangat di pipi aku. Ya rasa sesal.

Bila aku dengar alunan ayat terakhir surah Yassin tu aku terus menapak laju ke arah katil kemudian rebahkan tubuhku semula. Aku tak nak Alia tengok aku dalam keadaan macam ni.
Aku lap sisa air mata aku kemudian mata ku pejamkan.

............

Setelah selesai mengaminkan doa ringkas aku toleh ke belakang, aku rasa macam ada orang tapi tak ada pun. So aku pun fikir positif, mugkin tu hanya perasaan aku je.

Aku lipat sejadah dan telekung kemudain Yassin aku simpan ke tempat asalnya. Kemudain aku bergerak ke arah Fiqa, nak kejutkan dia.

"Fiqa bengun gi mandi then siap-siap sat lagi nak turun dah."-katku sambil menepuk bahunya lembut.

"Emmmm okey."-balasnya sambil meraup muka berkali-kali.

Aku yang malas nak fikir apa-apa hanya tersenyum kemudian bergerak untuk mengenakan hijab. Fiqa pun dah berjalan masuk ke bilik air. Setelah selesai menegenakan hijab dan berpuas hati aku kemas katil, kemudian barulah sambar fone aku lalu aku melabuhkan punggung di kerusi di luar balkoni.

Aku buka aplikasi whatsapp nama abangku aku cari kemudian butang video call ditekan. Tak sampai berapa bib fone diangkat.

Assalamualaikum abang.

Waalikummusalam sweety.

Kenapa muka abang nampak semabab ni? Tidur lambat ke?

Hahaha, macam mana tau ni?

Mana tak tahu, abangkan abang Lia.

Haah lah adik abang pun sama kenapa muka tak happy ni? Ada apa-apa jadi ke?

Eh tak lah, tak ada apa-apa pun okey je.

Don't lie...

Okey fine, kalau boleh Alia nak balik Alia tak nak stay sini dah.

Kenapa? Ada apa-apa jadi ke?

Orang tu asik kacau je, Lia tak suka Lia rasa geram.

Dah-dah jangan fikir, nanti nak keluar call Faiq dulu selamat sikit. Kalau nak gerak bawaklah Linda, Amalina or Fiqa. Tak pun heret si Faiq tu.

Okey....

Dah-dah tak yah pikir pasal tu lagi nanti abang ngah settle, Lia habiskan seminar tu sampai esok je...pagi esok nye lia balik abang dah cakap dengan orang atasan.

Betul ke?

Ye betul, tapi bawak Faiq dengan Fiqa sekali takut jadi apa-apa.

Okey abang...

Ha macam ni lah adik abang senyum je.

Okeylah abnag Faiq dah sampai tu lia nak off dulu tau, nanti kirim salam kat Faris.

Ha ye lah, tapi nape Faris je? Abang tak ada?

Adik rindu abanglah, nah nak jugak kan muahhh...

Abang pon sayang adik, bye behave..

Okey, bye assalamualaikum

Waalaikummusalam.

Talian diputuskan kemudian aku tutup pintu gelungsur lalu menguncinya. Setelah mengunci aku tarik langsir setelah selesai barulah aku menapak ke arah Faiq dengan Fiqa.

"Dah?"-soal Faiq.

"Bak sini kunci kereta kau, aku Linda dengan Amalina ambik beg leptop kau dengan Faiq, dengan semua dokumen tu."-terang Fiqa sambil menghulurkan tangan.

Aku mengangguk, kemudian aku menghulurkan kunci kereta kepada Fiqa. Setelah kunci selamat bertukar tangan aku buka mulut.

"Tak pe ke korang pergi ambik akh punya? macam membuli je."-kataku serba salah.

"Takpe, kau dah banyak tolong aku sekarang aku kena tolong kau pulak."-katanya kemudian terus beredar.

Aku tak sempat nak cakap apa-apa dia dah hilang. Wow laju.

"Jom Lia kita gerak pergi kafe jangan risau nanti kita jumpa diaorang kat sana."-kata Faiq sambil membantu aku mengunci pintu.

Aku hanya mengguk je. Kemudain kami mulakan perjalnan ke kafe yang terletak tidak jauh dari bilik aku, Faiq dan lain-lain. Masa aku jalan tu jangan cakaplah bertapa janggalnya aku. Orang pandang aku macam ada yang tak puas hati, aku terus berjalan agak laju dan beriringan dengan Faiq.

Faiq toleh aku sekilas meminta jawapan, aku senyum je kat dia. Akhirnya dia akur.

.............

Masuk je dalam kafe semua mata tertumpu kepada aku, hah sudah. Aku pula hanya ikut Faiq dari belakang. Kemudian kami duduk di meja yang mampu memuatkan 8 orang itu dan pada masa yang sama Fiqa, Linda dan Amalina juga baru masuk dengan beg dan dokumen. Faiq ambil tempat di depan aku belah kanan aku linda, Fiqa duduk tepi abang dia. Amalina duduk tepi linda so kerusi yang kosing ada kat kiri aku ada satu kosong dan tepi Faiq ada dua.

Makanan pon aku degan Faiq dah ambil tadi so tinggal makan je. Time kitaorang tengah sedap menjamu selera ada suara sumbang menegur.

"Hi, seat ni kosong."-soalnya mesra.

Tapi aku tak rasa tu mesra, kami semua menoleh ke arah pemilik suara. Rupanya ada tiga mahluk. Kami yang perempuan ni terus pandang Faiq, Faiq tunjuk muka dia kita orang angguk kemudian Faiq melihat sekeliling barulah membuka mulut.

"Boleh rasanya sebab meja yang lain pun dah penuh."-katnya sambil tersenyum tawar.

"Thanks"-kata lalang tu serentak.

Pemilik suara tadi tarik kerusi sebelah aku dan lagi dua orang sekutu dia duduk bersebelahan dengan Faiq.

"Hi, I'm Hadi."-kata mahluk di selah aku.

Kemudian disambung oleh dua orang sekutu dia di sebelah Faiq.

"I'm Mikail."-kata sekutunya sambil memandang aku.

"And I'm Iman."-katanya sambil tersenyum.

Aku tak balas apa-apa so aku pandang  Faiq lagi, dia faham yang aku tak nak cakap dengan lalang ni, so dia dengan hati yang tidak rela bersuara.

"Owh nice to meet you guys I'm Faiq,  Fiqa, Linda, Amalina and Alia."-terang Faiq sambil tunjuk kami mengikut nama.

"So you Alia."-soal lalang yang bernama Iman itu.

Aku pandang wajahnya sekilas, kemudain menganggukan kepala.

"Owh you lah adik Hariz tu not bad."-kata lalng yang bernama Hadi tu pula.

"Wah jadi you lah pewaris LUNA HOLDING yang gah tu. Not bad lah you ni."-kata lalang yang bernama Mikail tu pula.

Aku yang mula takut terus ambil tangan Linda yang berada di bawah meja. Kemudian tangan Linda tu aku genggam kuat. Linda pandang aku. Terus Linda buka mulut.

"Weh Faiq aku nak pergi toilet jap degan lia."-katanya kemudian dia bangun dan diikuti oleh aku.

"Weh nak ikut."-kata Fiqa.

"Okey jom, Amalina kau tunggu sini tau jaga beg leptop kita orang."-kata linda kemudian Amalina hanya menganggukan kepala kemudian Linda menarik aku dan Fiqa.

..................

"Weh Lia kau okey tak?"-soal aku sejurus keluar dari kafe.

"Weh aku nak tuka tempat tak kisah lah dengan sesiapa, yang pastinya bukan tepi lalang tu."-katanya senafas.

Kau nampak  muka Alia bertukar pucat bila jumpa orang yang dipanggil lalang tadi. Aku pelik kenapa boleh jadi macam ni. Tapi aku rasa kalau aku tukar dengan dia lagi selamat.

"Lia kau tuka dengan aku so aku duduk tepi Linda."-kataku putus.

"Tapi...."-katnya ingin membantah.

"Tak payah tapi-tapi dah jom."-kataku putus.

Si Alia ni kalau kita tak letak tanda mati, selagi tu dia nak tulis. Kemudian kami berjalan masuk semula kedalam kafe.

............

Kami berjalan ke arah meja kemudian aku duduk di tepi Faiq, manakala Fiqa duduk kat tempat aku. Muka lalang tu jangan cakaplah, berubah terus bila aku tukar tempat.

"Lia kau okey tak?"-soal Faiq dengan nada berbisik.

"Aku okey je, cuma kau tahukan?"-kataku sambil memandang lalang tu sekilas.

"Okey aku faham. Weh aku nak tanya siapa je dah tahu selain aku, Fi, Lin dengan Hariz."-soalnya perlahan.

"Tu je yang tau semalam nak kantoi dah dengan adik kau tapi aku tak takut tapi ada perasaan marah tu, yang penting sesak jugak lah dada aku."-kataku perlahan.

"Okey aku Faham. Kau tak nak cakap dengan Faris?"-soalnya.

"Tak, and jangan aku yakin aku boleh lawan aku dapat rasakan benda ni dah kurang, rasa takut tu dah kurang cuma yang datang rasa marah."-terangku sambil mengukir senyum tawar.

"Okey aku faham and aku yakin kau boleh lawan."-katanya sambil tersenyum.

"Thanks sebab jadi orang kuat aku."-kataku sambil tersenyum.

"Most welcome, dah cepat makan nanti kau sakit aku yang kena hembur dengan Hariz, dahlah garang nak mampus."-katanya sambil buat muka.

"Okey aku makanlah ni."-kataku kemudian habiskan makanan yang masih bersisa di pinggan.

............

Aku senang bila nampak Alia okey,  tapi bila aku tengok dia degan abang aku dari ketawa-ketawa terus sirius. Aku yakin mesti ada hal yang penting, so aku tak ambik pusing sebab abang dengan Alia memang banyak kerja sama-sama, so no wonder lah bila tiba-tiba dia orang jadi sirius. Tiba-tiba aku teringat hal pagi tadi terus aku pandang orang sekeliling. Kemudian Alia dengan Abang aku. Yup tak boleh dinafikan aura Alia dengan Abang aku ni lain macam tapi aku tak dapat tafsir kat mana lainnya.

Lamuanan aku hilang bila Linda panggil aku. Aku hanya mampu tersenyum dia hanya menggelengkau kepala.  Kemudian kami terus beredar ke bilik meeting yang di jadikan tempat seminar dilakukan. Tanpa banyak bunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience