-BAB 7-

Romance Completed 18623

"Alia"-panggil mummy

"Mummy"-jawab aku

"Buat apa tu sayang?"-soal mummy

"Drawing"-jawab aku sambil tersenyum

"Wow...cantiknya sayang mummy lukis"-balas mummy

"Tak cantik pun...nk buat macam mummy tapi tak jadi"-balasku sambil menunjukkan lukisan yang tak jadi tu.

"Tak payah nak mengada. You can do it and sorry Alia prank tak jadi."-balas mummy selamba.

Aku tersengih sebelum memeluk tubuh mummy dan mummy mencium pipi aku. Aku terus dakap erat tubuh mummy. It's the best moment aver.

.............

Aku duduk sambil memandang kaki langit yang penuh dengan gumpalan-gumpalan gas. Aku diam hinggalah aku rasa ada orang duduk di sebelah aku.

"Like you"-katanya setelah melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Nope it's you and your wife not me"-jawab aku kembali.

"No once can take you from me just HIM can."-budasnya

"Sorry"-balasku

"Kenapa ni?"-soal Along perihatin

"Nothing"-balasku ringkas

"Don't lie"-marahnya

Aku diam aku tak nak cerita kat sesiapa pun apa yang jadi.

"Alia adik Along and Along tau kalau Alia tipu Along."-kata Along sambil mengangkat muka aku.

Aku pandang Along dengan mata berkaca-kaca terus Along mendakap aku erat dan aku membalas pelukannya. Saat itu air mata aku tumpah bak air terjun.

"Let's me think. Alia takut Along dah tak sayang Alia?"-soal Along sambil menggosok belakang aku.

Aku hanya mengangguk sebelum Along makin mengeratkan pelukan. Along melepaskan keluhan sebelum membuka mulut.

"Alia tak payah nak tipu Along. About your school members kan?"-soal Along.

Aku makin diam. Aku takut dia marah dan aku peluk dia erat sebelum aku meminta maaf.

"Sorry Along"-kataku memohon maaf.

"It's okey just let it go"-kata Along membutakan aku mula tenang. Dia mengeratkan pelukan sebelum mencium ubun-ubun aku. Aku pula hanya menyembamkan muka pada dada bidang dia tu. Haha jadi bantal aku.

...........

"You can do it"-laung daddy.

"I can't"-jawab aku sambil menggeleng.

"Trust me. You can do it sayang. Alia boleh!. Sikit je lagi nak sampai."-sokong daddy.

Tempat yang aku panjat makin tinggi dan butang penamat makin jelas kelihatan. Aku teruskan dengan berhati-hati. Akhirnya aku berjaya setelah lama aku tersangkut kat tengah-tengah dinding panjat tembok mendaki.

"See you can"-laung daddy dari bawah.

Aku hanya tersenyum dan memanjat turun ke platform bawah. Setibanya aku di bawah aku terus berlari ke arah daddy.

"Daddy adik boleh panjat"-kataku ceria

"I know...i saw you"-balas daddy sambil menggosok kepala aku yang berlapik tudung.

"Daddy!! Rosak tudung adikkkkkk!!!"-rengek aku.

Daddy hanya ketawa melihat aku membetulkan tudung sambil menarik muncung.

"Emmmm sebab anak daddy berani... daddy belanja Alia Baskin Robbins nak?"-pujuk daddy

Aku mengangguk laju sebelum menarik tangan daddy pergi kedai. Daddy hanya menggeleng sambil ketawa memandang aku. Umur dah banyak tapi perangai macam budak-budak.

............

Aku pandang sekeliling rumah sebelum membawa diri ke dapur. Aku nampak kak long tengah leka siapkan juadah minum petang. Aku tersengih jahat sebelum menapak ke arah kak long.

"KAK LONG!!!"-sergah aku

PAP!

"Adoiii sakitlah kak long"-balasku sambil menggosok legan aku yang menjadi mangsa keganasan kak long.

"Hah tahu sakit yang Alia nak bunuh kak long ke?"-marahnya

"Ala kak long sorry lah."-pujuk aku

Kak long hanya diam. Keadaan yang diam menyebabkan aku takut. Ye lah tak pasal-pasal kena marah dengan Along. Angah pulak tak tahulah nak selamatkan adik dia ke bantai ketawa. Bukan boleh percaya angah tu.

Aku pandang kak long lagi sebelum menarik tangannya lembut. Aku bernasib baik sebab kak long tak tarik balik tangan dia.

"Akak....Alia mintak maaf"-kataku dengan suara bergetar sebelum cium tangannya.

Aku lepaskan tangan dan mahu menapak keluar dari dapur. Tapi niat murni aku mati bila kak long tarik lengan aku.

"Dah-dah jangan nagis. Akak gurau je lah tadi."-katanya sambil mengelap air mata aku.

Aku diam.

"Alia janganlah macam ni. Mati akak kalau Along awak tahu."-balas kak long sambil memandang sekeliling.

Aku senyum bila kak long cakap macam tu. Kak long yang perasan senyum aku terus mencuit lembut pipiku sambil tersenyum.

"Alia tengokkan Afiq boleh nanti akak panggil baru bawak dia turun ya."-arah kak long.

"Okey akak Alia naik dulu tau."-kataku sambil berlari keluar dari dapur.

"Akak nanti buatkan brownies dark cokolate macam hari tu boleh?"-jerit aku dari tangga.

"Boleh nanti akak buatkan tapi bukan hari ni esok. Kita buat sama-sama."-laung kak long balik.

"Okey nanti kita buat sama-sama."-jerit aku lagi sebelum sambung berlari naik atas.

Aku tahu kak long tengah sebok gelakkan aku kat bawah ye lah tak pasal-pasal jadi anak Tarzan sesat. hahahaha sorry kak long Alia kutuk kita dua.

Dan terlayarlah kembali memori hitam aku. Dihari hampir semua ahli keluarga aku dibunuh. Jeritan Along dan daddy memanggil mummy dan kak long mulai bising. Bunyi barang pecah dan das tembakan membuatkan aku menoleh ke arah daddy, Along , mummy dan kak long. Dan di saat itu aku nampak susuk tubuh mereka dah dipenuhi dengan darah.

..............

Memori gelap itu berhenti bermain apabila aku dapat rasakan ada haba hangat mengusap kepala aku dan menggenggam erat tangan aku. Aku nak buka mata tapi terkendala sebab terdengar suara yang aku kenal berbual dengan orang yang menggengam tangan aku.

"Faris kau boleh jaga dia kau dah bersedia. Sampai bila kau nak tengok dia hidup terseksa dengan sejarah hitam tu."-kata angah.

"Aku tahu aku boleh tapi...."-balas Faris tergantung

"Tapi apa Faris kau takut Alia tak boleh terima kau? Kau tahukan perangai dia macam mana?"-soal angah bertalu-talu

"Ya aku tahu"-balas Faris ringkas.

"Aku tahu kau boleh happy kan dia, jaga dia macam kau jaga Akim."-balas angah kembali.

"And aku tahu kau dengan Alia punya plan. Ingat kau orang tak cakap aku. Rahsia kau orang aku tak tahu ke?"-jawab angah selamba.

"Ahhhh macam mana kau tahu sedangkan aku dengan Alia tak cakap dengan kau?"-soal Faris kembali.

Aku yang mendengar ni pun sama-sama terkejut nak je aku bangun sekarang. Ish angah ni. Tiba-tiba idea bernas datang. Baru angah nak buka mulut aku terus membalas genggaman tangan angah sebelum perlahan-lahan membuka mata.

"Alia"-panggil Faris dan angah serentak.

"Aku panggil doc"-jawab angah seraya keluar dari bilik yang aku duduk.

Aku dengan Faris terpanar sekejap. Faris pandang aku. Aku pandang dia.

"Kenapa Hariz keluar?"-tanya Faris

"Tak tahu lah awak."-balasku sambil memandang Faris

"Bukan ke boleh tekan butang tu je"-kata Faris sambil menunjuk ke arah butang kat atas katil.

"Tak tahu lah awak."-jawab aku sambil menggeleng.

DUSH!

Tersentak aku dengan Faris pintu kena rempuh macam tu. Haih siapa lagi kalau bukan abang kesayangan aku dengan doktor merangkap anak pak long aku.

"Ha kau Alia."-panggil doc.

"Ape"-jawab aku selamba.

"Ish kau ni memang tak reti jaga diri an. Air pon kau Kuang minum, skip lunch, rehat tak cukup. Tu pasal badan kau kena masuk air."-bebel doc panjang lebar.

"Fi aku tahulah. Bukan salah aku. Kerja aku banyaklah komitmen aku lagi."-balas aku sambil menyilang tangan.

"Alia awak janganlah macam ni."-pujuk Faris

"No bukan saya! Dia!"-kata aku sambil memandang Fi.

"Eh kau salahkan aku pulak. Kau yang skip lunch kan. Pahal aku yang kena?"-bidas Fi balik.

"Ye lah kau tengok angah tu"-balas aku.

Fi pandang angah sebelum menelan air liur. Aku yang tengok pon dah seram. Mati aku. Fi kenapalah kau baik sangat kata aku skip lunch.

"ALIA!"-panggil angah tegas

"Ye..."-balasku perlahan

"Kenapa skip lunch? Seminggu ni berapa kali Alia lunch?"-soal angah tegas.

Aku hanya mengangkat jari dan menunjukkan angka 1. Huih makin panaslah abang aku sorang ni.

"Sekali?"-soalnya ringkas.

Aku teragak-agak untuk menganggukkan kepala tapi aku angguk jugak.

"Balik rumah baru makan kan?"-soalnya lagi.

Aku angguk lagi.

"Harini?"-soal angah lagi kali ni sedikit rendah.

"A...Alia lunch dengan Faris. Betulkan awak?"-balasku sambil memandang Faris.

Angah dan Fi pandang Faris.

"Haah lia lunch dengan aku tadi."-balas Faris sambil memandang aku.

"Berdua?"-soal angah sambil memandang aku dengan Faris bersilih ganti

Aku dengan Faris mengangguk serentak. Angah dengan Fi pandang sesama sendiri sebelum tersenyum. Aku dengan Faris yang baru sedar terus menggeleng laju.

"Riz kau nampak tak apa kau nampak?"-tanya Fi

"Nampak weh tapi ada dua tu je tak nampak Fi."-balas angah

Aku dengan Faris mula merah aku terus selubung dalam selimut. Faris terus duduk dekat kerusi berdekatan dengan aku.

"Weh Fi aku rasa macam kita ni kacau oranglah."-kata angah

"Yup. Riz kau nak keluar sekali tak?"-tanya Fi

Aku terus keluar dari selimut kemudian aku dengan Faris terus pandang ke arah Fi dan angah.

"Ahhhh dah lah!!!"-kata aku dengan Faris serentak.

Pecah tawa angah dengan Fi pandang aku dengan Faris. Lama tawa tu nak habis sampailah Fi berhenti ketawa.

"Kau okey je. Hari ni dah boleh keluar. Nanti aku cabut jarum kat tangan kau."-kata Fi ringkas

Aku hanya mampu mengangguk. Penat nak layan.

"Awak nanti ambil kereta dulu boleh?Lepastu awak hantar saya kat rumah saya."-kataku sambil memandang Faris

"Boleh awak nanti bawak Afiq sekali. Takadalah saya risau awak sorang-sorang."-balas Faris lembut.

Aku hanya mengangguk.

"Awak mana Afiq dengan Akim?"-tanya aku

"Ada kat bawah ada nurse tolong jagakan dia orang. Awak jangan risau."-jawab Faris sambil memandang aku.

Aku hanya mengangguk kemudian merebahkan tubuh aku dekat katil.

"Amboiiiiii kau orang dah plan tu ini yang kat sini macam mana?"-tanya angah sambil mengangkat kening.

"Angah balik dengan Mardhiah macam biasa."-balas aku selamba.

"Alia..."-panggil angah

"Tak payahlah angah Alia okey. Korang kan nak pergi tengok dewan kan? Tak salah sebab kereta kat office Mardhiah pon kerja kat office yang sama so kita satu Line."-balasku kembali mematikan semua kata-kata angah.

.............

Sepanjang perjalanan aku diam malas nak buka mulut. Faris duduk depan aku duduk diantara Afiq dengan Akim but dua-dua dah lena peha aku jadi bantal. Aku baru teringat kunci kereta aku kat mana aku terus selongkar beg. Hampa tak ada aku terus pandang Faris.

"Awak"-panggil aku.

"Hemm"-balas Faris seraya memusingkan badan sedikit ke belakang.

"Kunci kereta kat awak ke? Saya dah cari kat beg tak ada pon."-tanya aku.

"Haah kat saya kenapa awak nak drive ke?"-tanya Faris

"Eh tak adalah awaklah drive saya penatlah."-kataku kembali

Faris masih pandang aku minta jawapan.

"Bukan apa nanti kalau tak ada awak nak start macam mana?"-jawab aku kembali.

Faris hanya tersenyum lesu sebelum merehatkan diri pada kerusi. Tak sampai lima minit dia dah hanyut dalam mimpi. Dia penat tapi tak tunjuk. Hemm Faris dah lena, angah fokus kepada pemanduan, Afiq dengan Akim dah selamat sampai kat Hawai dah aku apa lagi tengok semua membuta aku join sekalilah. So tinggal angah sorang je ye lah takkan dia nak tidur kot sampai syurga masing-masing nanti.

ow time to membuta. Angah drive sorang-sorang tau. Hahahaha sorry angah terngumpat pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience