-BAB 27-

Romance Completed 18623

"Weh seram dow kau cakap dengan dia orang macam tu."-kata Fi tiba-tiba.

"Lah pahal pulak mana ada, bisa je aku cakap."-balasku sambil menepuk-nepuk peha Afiq.

"Betul weh dengan muka kau lagi uihhh."-balasnya kembali dengan memek muka.

Aku ketawa sebelum membalas.

"Okey part mana yang aku cakap kau rasa seram or buat kau telan air liur pon perit."-soalku sambil memandang wajah Fi yang sedang memandu.

"Emmmm..."-gumam Fi cuba mengingat.

Adoi dia ni kalau mengingat tah bilalah, so aku pandang wajah bersih Afiq aku tersenyum. Tiba-tiba Afiq menggeliat dan degan drastik Afiq menggenggam kuat jafi telunjuk aku. Pada mulanya aku terkejut tapi bila lama-lama aku selesa. Aku siap gosok lembut lagi tangan kecil tu.

"Hahhh dah ingat."-kata Fi sedikit kuat.

"Ya Allah Fi terkejut aku, and perlahanlan suaralah Afiq nak tido sayang oi, kalau tak cukup tido esok dia meragam, aku tak ada esok sampai sabtu, kau nak pujuk ke tak kan so tolonglah perlahankan suara."-bebel aku sambil mendodoikan Afiq yang berura-ura untuk bangun tu balik.

Fi ketawa sebelum menunjuk simbul okey. And aku angkat kening tunggu jawapan. Fi mengangguk kemudian terbukalah mulut dia yang suka berceloteh tu.

"Part yang kau cakap ni, ehem-ehem."-katanya sambil betulkan suara.

Aku hanya mampu tergelak je, tak mampu nak lawan.

"Okey dah, part ni. Siapa yang tanggap budak tu?"-katanya.

"Lah tu je ke aku tanya an betullah ayat tu."-kataku sambil tersenyum.

"Eh tu belum lagi ada lagi..."-balasnya yakin.

"Ha apa dia."-soalku kembali.

"Yang ni, kalau saya tanya budak budak tu, korang ada buat apa-apa kat dia korang nampak benda atas meja tu? Ha bendatulah yang saya akan bendam dalam badan korang then you know what I want to do right? So behave yourself. Siasat dulu sebelum bertindak dah tu je saya cau dulu...owh and lagi satu kalau dua tiga hari ni salah sorang ada buat hal siap saya kerjakan. Paham?  then kau terus keluar."-kata Fi sambil memusingkan stereng.

"Lah betul lah tu bukan seram pon kan aku guna saya tu."-kataku selamba.

"Weh kau guna kata ganti diri saya tapi senyuman kau tu uihhh buat satu hall tadi macam kat tanah perkuburan tau tak? Seram ngek."-kata Fi kemudian memasuki kawasan rumah.

Aku ketawa je bila dia cakap macam tu. Kemudian enjen kereta dimatikan Fi buka pintu rumah terlebih dahulu sebelum membantu aku. Tapi macam biasalah Afiq akan lekat kat aku macam kola so Fi hanya tolong aku buka pintu je. Aku tutup pintu kereta dan pada masa yang sama Fi baru selesai kunci pintu pagar, tapi tah kenapa aku rasa ada yang memerhati aku toleh ke belakang bergitu juga degan Fi. Aku membuat isyarat untuk masuk cepat dalam rumah. Kemudian kami bergegas untuk masuk kerumah dan mengunci pintu pagar dan pintu utama.

"Weh kau rasa apa aku rasa?"-soal aku tiba-tiba sambil memandang Fi.

"Ada, aku rasa macam ada orang perhatian kita."-balas Fi sambil mengintai ke luar jendela yang ditutupi langsir itu.

"Aku rasa dia dah ambil first step ni lia kau kena hati-hati."-kata Fi sambil berjalan kearah aku.

"Aku tahu tu, yang penting kau kena tolong aku tengok-tengokkan Afiq, family kita dengan Faris, diaorang tak teragak-agak nak serang salah satu daripada kita. And the twins tu Fiqa, Faiq, Ain, Rul."-kataku sambil berjalan ke atas.

"Ain dengan Rul? Kalau Fiqa degan Faiq aku tau lah sebab apa, tapi Ain degan Rul."-soal Fi lagi.

"Dia orang berempat ada kaitan aku dah dapat maklumat sikit, yang penting kau jaga dia orang okey nanti akau story."-terangku ringkas.

"Okey aku faham, dah lah lia kau tido lah dah pukul 12 ni esok mau nak drive lagi penat weh."-kata Fi sambil menepuk lembut bahu aku.

"Thanks Fi, kau pon rehat esok kau kerjakan, aku tak nak kau over night harini tido key."-kataku sambil tersenyum.

"Okey boss night sepupuku."-kata Fi kemudian masuk ke biliknya yang bertentangan dengan aku.

"You to Sofia."-balaku kemudain masuk ke dalam bilik.

Aku baringkan Afiq di katil selimut khas untuk dia aku baluti tubuh kecilnya. Kemudian aku berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah selesai menukar pakaian dan melakukan rutin harian aku aku terus merebahkan diri di atas tilam empuk di bilik aku. Lampu di malapkan tanpa sedar aku terlena di buai mimpi.


............

"Mama bangun mama kata mama nak kena pergi seminar."-kejut satu suara halus.

Aku terpisat-pisat bangun kemudian meregangkan bandan. Aku tersenyum  bila tengok si kecil depan aku yang sudah berpakaian uniform sekolahnya.

"Mama are you okey?"-soalnya.

"Okey sayang. Sayang sekarang pukul berapa."-soalku sambil memeluk afiq.

"Dah pukul enam."-katanya sambil memandang aku.

Aku menganggukan kepala, tiba-tiba baru aku teredar aku dah lambat, subuh aku pon dah terlajak stesen.

"Ya Allah subuh mama, seminar mama."-kataku kalut.

Afiq hanya ketawa melihat aku kehulu kehilir dalam bilik, dia wah seonok duduk atas katil main fone aye. Huhuhu nasib badanlah bangun lambat.

Bila aku keluar ari bilik air aku perasan Afiq tengah cakap degan seseorang kat fone, aku nak pergi tapi bila difikirkan balik aku ni dah lambat so aku mulalah bermaraton dalam bilik ni pakai tudung pon asal nampak bentuk, tutup aurat dah. Nasiblah semua barang yang aku nak bawak dah memang ada dalam kereta. Aku habiskan sentuhan terakhir pada wajah aku kemudan ambil handbag, kunci kereta.

"Afiq sayang jom mama dah lambat ni."-kataku sesudah memakai stoking.

"Okey."-katanya kemudian turun dari katil dan mengambil begnya.

Untuk mempercepatkan perjalanan aku terus dukung Afiq. Uih afiq jangan tanyalah suka dia bukan main.  Aku keluar je bilik terus bertembung dengan Fi nampak gayanya masing masing bangun lambat.

"Weh satapan express."-kata Fi semasa turun bersama aku.

"Biskut."-kata Afiq sambil tersenyum.

Kita orang yang lambat ni hanya mampu tersenyum je weh. Aku keluar dulu sementara Fi ambil biskut, Afiq pakai kasut kemudain terus masuk ke dalam kereta. Kemudian diikuti oleh aku. Fi yang baru keluar rumah terus mengunci pintu utama dan pagar.

"Weh nah aku tak sempat nak bukak. Kau makan ah."-kata Fi sambil mencampak sepeket besar biskut dari tingkap penumpang hadapan.

"Weh sepeket beso kau bagi aku."-kataku sambil ketawa.

"Aku pon ambik macam kau ni ha."-katanya sambil mengkat pek besar tu.

"Dah gerak dulu pape call tau."-kataku.

Kemudian dibalas degan tumbs up. Dengan bismillah aku mulakan perjalanan. Biskut tu? Afiq dah rasmikan and sumbat dalam mulut aku lagi. Then baru aku sedar Afiq still bercakap dalam fone tapi aku tak tau siapa. Tapi macam kenal suara.  Aku ni malas nak menjenguk so dengar je lah.

"Afiq makan apa tu?"-soal si pemanggil.

"Biskut leksus tu."-kata afiq sambil mengunyah.

"Afiq tak sarapan ke?"-soal pemanggil tu lagi.

"Tak mama tak sempat buat hari ni, mama kata dia kejar masa."-kata Afiq sambil tersenyum.

Weh sumpah teraru bila Afiq cakap macam tu weh, aku bangun lambat dia boleh cakap aku tak sempat sebab kejar masa.

"Lah ye ke nak papa belikan sarapan tak? nanti boleh makan degan Akim kat sekolah."-soalnya lagi.

Aku dengar perkataan papa je aku dah dapat tangkap siapa, siapa lagi kalau bukan my encik tunang.

"Jap tanya mama dulu"-kata Afiq kemudian memandang aku.

Dia pusingkan cemera kepada aku.

"Awak nak saya belikan tak, saya tahu awak kejar masa."-katnya sambil tersenyum.

"Boleh ke? Tak susahkan awak?"-soalku teragak-agak.

"Eh takpelah bukan susah pon, kira boleh eh ni."-katnya lagi.

"Ikutlah nanti saya bayar."-kataku sambil mengukir senyum.

Walaupun aku pandang sekilas je aku dah noleh nampak lesung pipit dia. Eeeeee dalam geram aku.

"Okey and tak payah bayar key, and saya taknak dengar bantahan."-katanya tegas.

Aigo terus mati niat nak membahas aku hanya mampu mengucapkan terima kasih sahaja. Kemudian afiq aambung berbual tah pape dengan Akim. Aku biarkan je, asalkan dia tak mengamuk sudahlah.

Tepat jam 7.40 baru aku sampai di dataran LUNA HOLDING. Aku perasan dia orang pun baru selesai masukkan barang. Sebelum aku keluar aku sempat pesan degan afiq jangan keluar dari kereta. Kemudian aku terus menapak ke arah staff aku.

"Sorry I'm late."-kataku sambil tersenyum.

"It's okey lah, ni pon si Fiqa dengan Faiq baru sampai."-kata Linda.

"Okey kalau macam tu kita dah boleh gerak. Fiqa kau ikut aku yang lain naik van okey."-kataku berbaur arahan.

"Okey boss."-kata mereka serentak.

Kemudian masing-masing masuk ke dalam van hanya aku dengan Fiqa yang menaiki kereta. Kemudian kami memulakan perjalanan.


.............

"Fiqa aku hanta Afiq dulu baru kita gerak tau. Sorry tau."-kataku sambil tersenyum.

"Eh takpelah bukan lama pon kejap je."-katnya sambil tersenyum.

"Mama."-panggil Afiq tiba-tiba.

"Ye sayang."-soal aku.

"Papa tanya boleh tak lepas mama anta Afiq dia on call dengan mama pulak?"-soalnya sambil memandang aku.

"Boleh sayang."-kataku sambil tersenyum.

Afiq tersenyum bila aku kata macam tu. Suka lah tuw. Aku pun memusingkan stereng dan tada sampai dah sekolah Afiq.

"Okey sampai jom Afiq."-kataku sambil mendepakan tangan.

Afiq pun sukalah aku nak dukung dia.

"Fiqa kau tunggu sini jap tau aku hanta Afiq. Aku rasa kau boleh pindah depan kot tapi sorry lah penuh dengan habuk biskut."-kataku perlahan.

"Eh takpe lah boleh bersihkan, dah kau gi sana anta Afiq."-katanya. Aku hanya mengangguk kemudain pergi ke arah cikgu Afiq.


.................

Aku buka fone kemudian cari apps whatsapp dan mencari group TeamKebabom. Bila aku tengok semua online aku terus mula chating.

Me;
Weh guys hot issues Weh!!

AbangkuFaiq;
Benda apa weh?

LindaKebabom;
Haah lah story lah!!!

AmalinaKerek;
Haah apa dia shere lh..

Me;
Ish sabo dek oi, nak citer ni.

AbangkuFaiq;
Okeh...

Me;
Korang kn tau perangai Alia yg tegas gila nak mampus tu an...

LinaKebabom;
Ha tau..

Me;
He is different now, gentle loving, patient...see her motherly attitude...

AmalinaKerek;
Sirius lh weh...

Me;
Iye dia lain sagat...and...

AkangkuFaiq;
And?

AmalinaKerek;
And apa cepat lah...

Me;
afiq said "mama papa said he wants to on call with mama can you?" ha..

LindaKebabom;
Dia cakap apa pastu...

Me;
Dia cakap boleh sayang, pastu Afiq terus cakap dekat papa dia.

LindaKebabom;
Weh siapa papa tu?

AbangkuFaiq;
Haah lah..

Me;
Tah lah tadi aku tak tengok pon, takpe ah jap agi aku cakap,  siasat duluuuu...

AmalinaKerek;
Siasat elok² nanti kantoi sia² je...

Me;
Ha okey... Weh aku off dulu lia dah sampai k bye ape roger...

AbangkuFaiq;
Ha bye...

LindaKebabom;
Key...

AmalinaKerek;
Babaiii...

Aku terus offline, hope Alia tak tanya apa-apa kalau dia tanya mampus aku. Ye lah aku tak tau nak cakap apa takkan nak cakap pakwe, pakwe pon takdok. Kenapa tak ada pakwe lagi? Tunggu jodoh sampailah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience