BAB 6

Drama Completed 623

“KENAPA awak terima saya, Cendana?”
“Awak ada jawapan tu, Lekir...”
Kay senyum senget. “Tak kan sebab nama kita sezaman?” Saja mengusik.
Dia perlukan jawapan sebenarnya. Dia tahu mummy tak cakap perangai dia
macam mana sebenarnya. Dia takut. Bimbang gadis ini kesal bila mereka
diikat jadi suami-isteri nanti.
“Sebab niat baik orang tua kita...” jawab Cendana perlahan.
“Itu je?” Tak puas hati. Kotlah ada rasa sikit ke. Dia nak tunjuk
wajah bangga ni. tapi nyata, Cendana geleng. Kay lepaskan nafas lelah.
Pendek dan berat.
“Awak pulak kenapa terima saya sedangkan saya yakin saya ni bukan jenis
awak...”
Memang. Kay angguk. Cendana langsung bukan jenis dia. Bertudung litup.
Biarpun berpakaian kasual tapi tetap menutup segalanya. Tetap tak
nampak sedikit lekuk pun. Buatkan dia semakin bersemangat hendak
menerokanya nanti.
“Sebab awak menantu pilihan mummy dan papa. Saya sangat sayangkan mummy
dan papa biarpun saya ni selalu buat mummy dan papa sakit jiwa...” Kay
gelak. Ya, bukan sekali sejak daripada remaja mummy dan papa turun naik
pejabat pengetua, lepas tu jumpa Dekan university kerana perangai hantu
dia. Bukan sekali mak bapak gadis datang tendang pintu rumah.
“Sayang apa kalau suka buat mummy dan papa awak sakit hati?” Cendana
mencebek. “Tak sayanglah macam tu suka sakitkan hati orang tua. Kalau
sayang, kita jaga hati dia. Bagi diorang bahagia sementara ada peluang
ni...”
“Seperti mana awak buat hingga terima bila ditunangkan dengan orang yang
awak tak kenal dulu? Dan sekarang akan dikahwinkan dengan saya – orang
yang juga awak tak kenal sepenuhnya lagi?” tempelak Kay.
Bukan niat dia tapi dia nak Cendana tahu tentang dirinya. Mengenali Cendana
buat dia rasa sesuatu. Pada hari pertama lagi saat gadis ini menolak
salamnya. Saat gadis ini bersuara yang dia adalah lelaki ajnabi yang
masih belum sampai masa untuk disentuh. Saat itu, dia balik termenung
sendiri. Lantas, dia yakin bersuara pada mummy dan papa. Teruskan niat
meminang Cendana. Tak payah tunang. Tapi, tak sempat mummy dan papa
bawakan niat dia ke rumah keluarga Cendana, niat itu terlebih dulu sampai
ke rumahnya. Niat Cendana sendiri. Itu yang buat dia terkejut.
“Awak tunang dengan bekas tunang awak tu, setahun. Dengan saya tak
sampai sebulan lagi, Cendana. Tapi awak tak nak tunang dan nak kita kahwin
terus. Saya tak kisah sebab saya lelaki. Tapi awak wanita, Cendana. Awak
kena fikir dalam-dalam. Awak tak kenal lagi siapa saya?” Kay cuba bagi
hint.
Dia tak baik. Dia jahat. Dia ramai teman wanita. Dia playboy
berjaya. Dia tak solat masa perlu je. Dia puasa bila dipaksa saja.
Dia tak sesuai untuk Cendana tapi rasa di hati yang masih tak diluahkan
pada Cendana itu yang merasuk agar dia teruskan niatnya.
“Masa perkenalan tu bukan sebab untuk kita bahagia, Lekir. Melainkan
doa dan usaha. Dengan izin Allah kita akan bahagia. Jika awak nak
bahagia. Jika tidak, kita akan sama-sama menderita. Lagipun...” Cendana
berjeda. Dia pandang Kay yang langsung tak makan. Dah terbalik. Tadi
beria ajak dia temankan makan lepas dia habiskan kelas tambahan.
Sanggup ambik cuti. Tapi, tak makan. “...saya tahu masa lalu awak,
Lekir. Masa sekarang awak. Tapi, masa lalu awak bukan hak saya. Masa
sekarang pun bukan lagi hak saya. insyaALLAh masa depan awak, adalah
hak saya. Awak kongsi dengan saya. Iman tu tak pernah dapat diwarisi,
Lekir. Iman tu kena cari sendiri dengan usaha sedaya-upaya,” sambung Cendana.
Tak dapat dia nak sembunyikan senyumannya. Hati dia terlalu berbunga.
Sungguh. Ditemukan dengan Cendana secara aturan orang tua, tak apa. Janji
hati dia pandai merasa dan Cendana sudi menerima.
“Awak akan ajar saya, kan?” tanya Kay.
“Awak akan jadi imam saya, kan?”
Wajah Kay melopong. Terkejut dengan soalan Cendana. Tapi, lambat-lambat
dia mengangguk.
“Kalau gitu, tak ada apa lagi nak dipersoalkan. Jika imam buat silap,
makmum wajib betulkan...” Penuh makna ayat itu terluncur.
Hal lalu Kay biarlah berlalu. Dia tak kenal Kay masa tu. Masa
sekarang, dia harap Kay berubah kerana masa depan, mudah-mudahan milik
mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience