BAB 4

Drama Completed 623

MAK dan ayah bahagia. Mak dan ayah tak paksa. Mak dan ayah minta dia
fikirkan dulu bukan terus buang. Dulu juga begitu. Dia fikir tanpa
istikarah. Hanya keyakinan pada pilihan mak dan ayah. Silap dia juga
tidak bertanya pada Maha Pemilik Hati tentang itu. Hari ini, dia tak
akan buat kesilapan yang sama.
Cendana buang pandang. Pertama kali makan dengan seorang lelaki. Dia
akui dia gugup nak-nak lelaki di depannya punyai mata tajam yang
menakutkan. Tak sudah menjeling dia. Tak sudah menikam bola matanya.
Nampak sangat anak mata itu meliar ke merata wajahnya.
“Awak nak makan atau nak tengok je makanan tu?”
Cendana kerut kening. Dia pandang lelaki di depan. Yang sedang menelan
makanan. Kay! Ya, dia kenal dengan nama Kay. Nama penuh apa pun tak
tahu.
“Tak nak makan, bayar sendiri. Saya tak suka belanja orang yang suka
membazir ni...” sindir Kay. “...lagipun,... orang baik, berpelajaran
macam awak ni mesti tahu membazir ni tak elok, kan?” Makin pedas dan
sinis. “Perangai syaitan...” Kay senyum senget. Dia sua sudu ke mulut.
Perut lapar. Mummy paksa dia blind-date segala. Ingat ini zaman Hang
Tuah ke. Ya, dia akui nama dia kolot dan penuh sejarah. Dia tak minta
pun mummy dan papa namakan dia macam tu. At least, unique! Dan mummy
dan papa juga unik. Carikan jodoh macam zaman Sultan Reza Shah.
Dia nampak gadis di depan dia tunjuk menguis pasta dalam pinggan. Tak
kanlah tak makan? Kata study abroad sampai ke pinggiran UK sana. Bukan
Ulu Klang tapi United Kingdom. “Tak makan pasta ke apa?” Kay lap
mulut. Dibawa straw rapat ke bibir.
Gadis itu geleng. Bukan tak pernah makan. Pernah tapi makan dengan
awak buat saya hilang selera. Cendana mencebek tapi dalam hati. Tertib
dijaga rapi.
“Kalau makan, cepat sikit. Saya nak masuk kerja pulak ni...” Kay
teruskan suapan demi suapan. “Lambat masuk kerja nanti, kena buang
kerja. Lagipun dapat gaji tak halal kalau asyik ponteng je. Esok-esok
saya nak bagi awak dengan anak-anak makan apa?” soal Kay lancar.
Saja nak kenakan si dia di depan mata.
Cendana kerut kening. Ditelan liur berkali-kali. Terus dia suap pasta ke
mulut. Dipaksa. Betul kata Kay, ini rezeki. Jangan membazir.
Lepas lima minit, Kay dah mendekat pada dia yang berdiri di depan Selesa
Inn. Membuang pandang ke jalan raya yang mulai sibuk. Ada satu
persoalan dalam kepala. Ayat terakhir Kay masa mereka masih menjamu
selera tadi.
“Nak balik sendiri atau nak kena hantar ni?” tanya Kay dingin. Dia nak
cepat. Dia banyak kerja dekat pejabat. Itu bukan syarikat keluarga.
Dia kuli dekat situ. Ini pun terpaksa batal meeting semata-mata nak
jumpa dengan... err...
Damn! Kay tepuk dahi. Lupa dah nama siapa. “By the way, nama awak
siapa dah?”
Cendana kerut kening. Tak tahu nama aku? Ehem... dia berdeham pendek.
“Cendana...” Pendek juga jawapannya.
“Macam nama zaman kesultanan Melayu Melaka. Tun Cendana...” Kay gelak
mengekek. Lucu.
“Ya, nama saya Tun Cendana...”
Tawa Kay mati. “Jangan kata ayahanda awak nama Sultan Reza Shah?”
Giliran Cendana pula senyum. Dia angguk. “Tun Cendana binti Reza Shah.
Tapi, bukan sultan pada rakyat jelata. Tapi dia sultan dalam kerajaan
rumah kami. Sultan pada mak dan saya. Ada masalah?”
“Jangan kata nama mak awak...”
“Tun Dahlia . Kenapa? Pelik? Nak report polis?” Cendana cuba menahan
sabar. Dia tahu sejak dulu nama dia sekeluarga menjadi pertikaian. Apa
nak dipersoalkan. Itu hanya nama.
Glup... Kay langsung telan liur. “Tak pelik dan tak perlu report
polis.” Ya, nak report buat apa. Nama dia pun sama zaman.
“Tak apalah, saya balik sendiri. Terima kasih belanja makan...” Cendana
dah sedia nak berlalu. Tak jadi dia nak bertanya tentang keputusan Kay
dengan niat orang tua mereka.
“Err... Cendana...” Kay bersuara sedikit terjerit mematikan langkah Cendana.
Bila Cendana berpaling, dia lemparkan senyuman paling manis tapi wajah Cendana
sekadar tak beriak. Dia mengeluh tipis dan melangkah mendekati Cendana.
“Tak nak tanya nama saya?”
“Awak, Kay? Kan?”
Kay angguk. “Tu nama glamour.”
“Ada yang tak glamour?” Sinis.
Wajah Kay terkulat-kulat dua saat dan setelah itu dia sengih menggaru
kepala. Boleh tahan calon mama ni. Kata lembut dan pemalu.
“Saya rasa kita berjodoh. Kita teruskan niat baik orang tua kita...”
Jawapan pada persoalan Cendana. Kay seperti mampu membaca fikirannya.
“Tapi, kenapa tiba-tiba cakap macam tu sedangkan kita baru kenal? Awak
pun tahu kan saya pernah putus tunang tiga hari nak nikah?” Dia tak nak
berselindung. Dia nak sesiapa saja yang mendampingi tahu segalanya.
Biar tak jadi masalah kelak.
Kay angguk. “Mummy saya dah bagitahu...” Dia jeda. “...lagipun, saya
rasa kita berjodoh. Sebabnya, kita sezaman...”
Cendana kerut kening. Tak faham.
“Hai...” Kay hulurkan tangan nak bersalam. “...nama saya Kay. Lekir
Asyraf...” Dia senyum senget. Tapi, dibalas dengan senyuman senget
juga oleh Cendana.
“Saya Cendana. Tun Cendana. Dan, tangan tu...” Cendana pandang tangan kasar
Kay. “...belum sampai masanya untuk saya sentuh...” Dia terus berlalu
tanpa berkata sepatah pun.
Senyuman senget Kay patah riuk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience