BAB 1

Drama Completed 623

AIRMATA dah terasa kering. Dah tak mengalir. Dah tandus gersang pipi
gebunya. Pucat lesi. Tapi, bibir merah kering itu masih mampu ukir
senyum biarpun serangan peluru berpandu daripada mulut mak bertubi-tubi
menerjah telinga.

“Apa mak nak jawab ni, Cendana? Macam mana mak nak hadap orang kampung ni,
Cendana oii?!!” Puan Dahlia terduduk. Akhirnya dia yang menangis
melihatkan ketenangan pada wajah anak tunggalnya.
Dahlah anak seorang. Dihantar belajar jauh ke Canterbury Christchurch
dalam bidang TeSL. Anak yang tak pernah bantah kata orang tua. Anak
yang mengikut saja apa yang dia dan suaminya mahu selama mana pada Cendana
itu tak menongkah ajaran Islam. Tapi, begini sudahnya nasib Cendana. Ibu
mana mampu terima. Suami dia jangan cakap. Dah tak berhenti geleng
kepala tanpa suara.
“Mak tanya Cendana, lagilah Cendana tak tahu, mak. Bukan Cendana nak semua ni jadi. Tak ada siapa minta mak. Dia pun tak minta benda ni jadi. Kita
semua tak minta ini jadi...” Rendah perlahan Cendana menjawab.
Selain terima, apa lagi pilihan yang dia ada. Dia tak dididik untuk
persoalkan semua yang telah berlaku. Dia tak dididik untuk menelah apa
yang bakal terjadi. Dia hanya mampu merancang. Tapi, terlukanya hati
bila ayah dan mak menangis kerana dia. Sungguh. Hati dia cedera parah.
“Lagipun, biarlah jelah mak dengan orang kampung. Jiran-jiran semua.
Diorang tak tahu apa yang kita rasa. Dalam hidup kita ni, mak...
cukuplah Allah. Dia akan lindung aib kita selama mana kita ada dengan
dia dan sabar menerima ketentuan. Mak dan ayah juga yang ajar Cendana
tentang hal ni daripada kecik. Benda dah sebati dalam diri. Tak ada
apa yang Cendana nak persoalkan jauh sekali nak salahkan mak ayah...”
Dipandang ayah yang sedang melemparkan pandangan jauh ke tengah laman.
Cendana mengesot mendekat pada mak yang sedang bersimpuh. Sesekali
dibetulkan tudungnya yang ditiup angin yang menerjah ke serambi.
“Sungguh mak. Cendana tak salahkan sesiapa...” Tangan mak digenggam
kemas. Sekali lagi dia berkalih pada ayah. “Ayah kena terima semua ni.
Cendana masih ada dengan ayah...”
Barulah Reza Shah berpaling pada anaknya. Tersenyum tawar. Cendana
memang anak yang baik. Yang dia banggakan tapi sekarang menjadi buah
mulut orang. Apa daya hendak menghalang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience