BAB 5

Drama Completed 623

PERMINTAAN mak dan ayah sekali lagi. Kali ini tak seperti dulu terus
ditunangkan tapi dia temui sedikit keserasian dengan Kay. Walaupun dia
tahu lelaki itu liar dan ganas tapi tidak ke yang ganas dan liar itu
boleh dijinakkan jika kena caranya?
“Mak... ayah...Dia pandang wajah mak dan ayah yang sedang menikmati
makan malam. “...Cendana nak cakap sikit ni...”
Mak dan ayah diam menanti dia menyoal.
“Tentang anak kawan mak tu... Lekir.” Cendana telan liur. Berat lidah nak
diangkat. Bimbang perkara berulang kembali. “...Cendana rasa tak elok
Cendana nak kawan dengan dia lama-lama, mak...”
“Maksud Cendana?” soal ayah.
“Cendana nak kahwin terus bila ayah dan mak dah dapat tarikh sesuai. Tak
payah tunang. Cukuplah Cendana jumpa dia sekali...”
“Allah...” Ayah mengucap panjang. Tak faham dengan permintaan Cendana.
Jika hari tu dia dan isterinya rasa bersalah. Sekarang ni Cendana
sendiri... “Cendana dah fikir masak-masak ke?”
Kepala Cendana jatuh beberapa kali. “Lekir tu tak macam...” Dia telan
liur. Berat lidah nak sebut nama bekas tunangnya. Setahun bertunang,
hanya dua tiga kali jumpa tapi jujurnya dia jatuh kasih pada Taqyudin.
Tapi, kenapa? Soalan itu tak pernah temui jawapan. “Dia tak macam
Taqyudin, ayah...”
Ya, Adenan ada agama. Keluarga baik-baik. Kay pula nampak berkabus
hidupnya. Jalan hidup yang masih samar-samar mana arah tujuan.
“Lagipun, Lekir kata dia setuju nak teruskan niat baik orang tua dia.
Cendana dah tak kisah. Dia anak kawan baik mak. Cendana yakin. Cuma, Cendana
tak jamin dia tak sentuh Cendana sebab tiap kali jumpa pun, dia cuba sentuh
tangan, bahu...” Memang. Ingat perangai Kay, boleh buat dia hilang
sabar. Mujurlah iman masih bertapak kemas. Bimbang nanti begitu hebat
syaitan berbisik, jatuh terjerumus dia dalam pelukan Kay. Dan, dia tahu
apa niat sebenar mak.
Mengerti dengan apa yang cuba dimaksudkan dengan Cendana, Puan Dahlia dan
suaminya angguk. Dia tahu perangai Lekir. Kerana itu Syitah nak Cendana
membimbing biarpun anaknya tak begitu alim tapi Cendana cukup didikan.
“Cendana dah tahu niat mak?” Berat hati dia menyoal.
“Lepas jumpa Lekir, Cendana dah boleh agak mak...” Dia senyum.
Jika ini membawa kebaikan, Allah... permudahkanlah. Jika ini membawa
kebahagiaan... perkenankan, Ya Allah... hatinya tak sudah membisik nama
Allah yang satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience