Completed
623
TIADA panggilan, tak berhubung. Rindu itu menyeksakan tapi buat apa nak
dihubungi lagi pada wanita yang tak harapkan dia sebagai suami. Kerja
seperti biasa. Bila ditanya bila nak cuti sempena majlis nikahnya, Kay
hanya senyum. Tergambar di kepala perasaan Cendana saat ditanya begini
dulu. Pasti terluka hati kerana dia juga sangat menderita dengan soalan
itu.
Tapi, akhirnya Cendana kembali pada lelaki yang pernah buat dia terluka.
Dia harus sedar, dia bukanlah lelaki penyembuh malah dia adalah lelaki
yang dah gores maruah Cendana di depan Taqyudin.
“Bos...” Suara setiausahanya bergema. Kay angkat wajah. “Ada orang
nak jumpa dekat lobby. Sekarang...”
Kay kerut kening. “I busy...”
“Dia dah tunggu lama, bos...”
“Dah tu kenapa baru sekarang, you cakap?” Amarah naik tiba-tiba. Dia
bangkit dengan wajah merah. Terus berlalu ke lobby di tingkat bawah.
“Assalamualaikum...” Dah pandai bagi salam. “Boleh saya tolong?”
Gadis itu berpaling. Tenang. Tergaris senyuman tipis. Kay bulat
mata. Senyuman yang sama hadir setelah dia hampir reda terima kekalahan.
“Waalaikummusalam...” jawab Cendana.
“Buat apa kat sini?” Kay pandang sekeliling. Mana pergi tunang dia?
“Sorang?”
Cendana angguk. “Bakal suami saya kerja.” Dia senyum.
Hati Kay terasa digilis lagi. Tapi, dia senyum saja. Bukan jodoh. Bak
kata mummy, setidak-tidaknya Cendana berjasa juga buat dia berubah sedikit
demi sedikit.
“Saya datang nak jumpa awak, Lekir...”
“Dah tentu. Ada apa, ya?” Sopan dia menyoal.
“Nak bagi kad jemputan...” Dihulurkan pada Kay. “Datang nanti...”
Sejak hari tu mereka langsung tak berhubung. Terpaksalah dia datang ke
pejabat Kay.
“InsyaALLAH...” Kay menyambutnya. Sampul warna perak metalik.
Cantik. Dia selit dalam poket belakang.
“Kalau gitu, saya balik dulu...” Cendana sekali lagi lemparkan senyuman.
Sesekali melihat gadis itu membetulkan selendang, buat jantung Kay
gemuruh.
“Saya cinta awak, Tun Cendana...” bisiknya seraya mata menghantar Cendana
berlalu. “...saya perlukan awak tapi sayang, keperluan awak bukan
saya...” sambung Kay dan dia melangkah naik ke pejabat tanpa berpaling
lagi.
Share this novel