BAB 1

Romance Completed 13712

Selepas perit jerih saban hari bergelumang dengan jadual kuliah yang padat, thesis, kuliah dan assignment yang perlu disiapkan, waktu tidur yang ku korbankan, pengorbanan kedua orang tua yang bersusah payah melengkapkan segala keperluan.

Alhamdulillah akhirnya aku dapat menggenggam segulung ijazah. Disekelilingku kelihatan sahabat-sahabat perjuangan yang lain, masing-masing sibuk bergambar bersama senyuman yang terukir indah.

Aku bersyukur kerana kami dapat menghabiskan pengajian di bumi Mesir ini bersama-sama, rasa syukur tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.

Mak, abah dan adik beradikku hadir memberi sokongan pada hari konvo ku, ramai sahabat-sahabat yang cemburu. Namun apakan daya, mereka sendiri yang ingin datang menemaniku.

Mataku melihat Nurin dan Zainab yang masing-masing ditemani suami tercinta, benarlah jodoh rahsia Allah. Tak sangka jodoh mereka berdua hadir dulu sebelum aku. Dan aku masih mencari Prince Charming yang statusnya entah dimana.

“Az, jom tangkap gambaq ramai-ramai.” Tanganku ditarik Nurin untuk bergambar kenang-kenangan.Senyuman lebar terukir dibibir masing-masing, biarpun kebanyakkan kami memakai purdah, kebahagian kami pasti terpancar.Selesai bergambar, kami pulang ke rumah sewa masing-masing. Aku dan keluargaku ke rumah tumpangan yang kami sewa.
“Kak Long nak balik Malaysia bila?”

“Mak abah ingat dak cheq ada habaq sebelum balik Malaysia cheq dan kawan-kawan nak travel ke Turki dan Korea? InsyaAllah jadi. Kami akan pi Turki 2 minggu, Korea 2 minggu. Tapi sebelum pi Korea kami balik Mesir dulu selesai apa yang patut.”

“Owh, yaka. Maknanya jadi la. Hmm tak pa la kalau macam tu. Urusan pi sana selesai dah ka? Abah memberi izin.
“Maknanya, Long tak mau ikut kami pi buat umrah la? Mak pula menyoal.

“Urusan dah selesai, gayanya macam tu la. Tak dak rezeki lagi nak jadi tetamuNya.”

Alhamdulillah keluargaku diberi rezeki lebih sebab itu mak dan abah bawa adik-adik ke Mesir dan terus pergi menunai umrah.

“Macam tu tak pa la. Bila bertolak ke Turki?

“ InsyaAllah sehari selepas abah,mak dan adik-adik ke Madinah.”

Selesai menyembang dengan mak abah, aku membuka whatapps. Group TTK aku buka. Group TTK @ Travel Turki Korea ni untuk bincang tentang perjalanan travel kami nanti. Alhamdulillah sahabat-sahabat yang join ke Turki dalam 20 orang dan ke Korea 10 orang.

Yang pasti Nurin,Nab,Muna, Alisya dan Sofea sentiasa bersama aku ke Turki dan Korea. Jelajah Turki satu plan kami selepas kami habiskan pengajian di bumi anbiyya’ Mesir ni. Jelajah Korea pula plan aku, tapi aku cuba memujuk mereka join sekali dan pujukan aku berjaya. Biarpun Nurin dan Nab dah kahwin aku pujuk suami mereka, dan semestinya berjaya juga.

Selepas aku hantar keluargaku ke lapangan terbang, aku pulang ke rumah sewa. Nasib baik ada Syafiq yang setia menamaniku. Walaupun aku dan Syafiq ada sejarah yang melibatkan hati kami, persahabatan kami tetap seperti biasa.

Aku yang minta untuk terus bersahabat. Lagipun Syafiq dah sah menjadi anak angkat mak dan abah aku, secara tak langsung dia jadi adik aku kalau ikut bulan kelahiran. Tapi biar betul aku berdua dengan Syafiq ja, memang tak la. Walaupun adik tapi bukan mahram so aq heret sahabat aku yang lima orang tu. Dalam perjalanan pulang, mulalah keramahan Syafiq .

“Hampa pi Turki bila?”

Aku jawab. InsyaAllah esok.

“Owh yaka.” Suasana kembali sunyi.Sahabat-sahabat 5 serangkai aku selalu bertanya yang aku ni tak kekok ka dengan Syafiq. Dan jawapan aku tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience