BAB 5

Romance Completed 13712

Selesai aku jelaskan, Nurin tiba-tiba cakap.

“Ana rasa Hyeon Woo oppa tu minat kat anti la, I think la sebab dari airport, dalam bas sampai anti nak naik bas tadi. Mata dia asyik kat anti ja. I’m totally sure.” Nurin berbicara dengan penuh yakin.

Aku hanya tersenyum. Inilah Nurin dari dulu lagi macam ni. Masa Syafiq pun dia kata dia rasa Syafiq suka aku. Pandai-pandai ja. Tapi bab Syfiq memang betul pun.

“Amboi dia speaking London, sejak bila ni? Yang semangat sangat ni dah kenapa? Ya ya ja.”

“Betul la.”

“Lantak dia la, dia bukan Islam pun. Takkan bersatu punya.”
“Yakin ja anti ni, mana nak tau, jodoh tu rahsia Allah.”

Ayat terakhir Nurin buat aku terdiam dan terfikir, ada betulnya apa yang dibicarakan oleh Nurin.
“Sentap la tu, tau pun. Dah-dah jom rehat satgi nak pi jalan-jalan.

Semua orang rehat, aku pulak pening memikirkan pasal mamat Korea yang baru beberapa jam muncul tetapi dah boleh kusutkan fikiran aku.

Esok kami akan pulang ke Malaysia setelah 2minggu berkampung di sini. Yang paling aku suka di Korea ni adalah makanannya. Sedap sangat dan tak ramai yang boleh makan . Jadinya aku bersyukur sangat-sangat. Walaupun ada mata yang tak jemu memandang aku, setiap kali aku dapat makanan sebab aku macam orang yang tak makan berbulan-bulan. Ada aku kisah, yang penting aku kenyang.

Dan kisah aku tentang Hyeon Woo oppa terhenti sampai Seoul International Airport. Yang pasti aku memang tak dak perasaan apa-apa dekat dia, dan aku rasa dia hanya nak mengusik aku. Kami hanya pernah bercakap sekali sahaja itupun masa awal-awal sampai Korea itu ja. Selepas itu dah tak pernah, dia hanya pandang aku dari jauh dan aku buat tak kisah ja.

Alhamdulillah, lafaz pertama yang keluar dari bibir aku. Bersyukur sangat-sangat diberi peluang untuk terus bernafas dan menjejakkan kaki di bumi Kedah.

Sampai di KLIA aku tumpang Nurin dan suami dia pulang ke Kedah. Nak buat macam mana suami tak dak lagi, mak abah kerja, jadinya terpaksa tumpang kasih sayang sahabat. Lagipun Nurin kata dia nak balik rumah mak dia dulu, maknanya balik kampung aku juga la. Rezeki aku la tak payah naik bas.

Aku tiba di rumah petang, selesai berpeluk-peluk dengan Nurin serta berbasa-basi dengan suami dia ucap terima kasih sebab tolong angkatkan barang-barang aku sampai depan pintu rumah dan melihat kereta mereka keluar dari pagar rumah aku, aku melangkah ke pintu rumah aku dengan penuh semangat. Kali terakhir balik tahun 2014 sekarang 2016. Hampir 2 tahun juga, rindu tak payah cakap la.
“Assalamualaikum…”

“Waalaikummussalam, Kak Long!!!” Adik bongsu aku , Umar berlari keluar dari bilik aku. Dia buat apa la dalam bilik aku. Lepas menyalami aku Umar sesuka hati tanya.

“Buah tangan dari Turki dan Korea mana?” Bertuah punya adik, kalau ya pun tanyala Kak Long sihat ka dak? Penat dak? Dulu aku balik baru 10tahun sekarang dah 12tahun skill bercakap dia makin bertambah.
“Waalaikummussalam,Kak Long!!!” Adik lelaki yang pertama pulak keluar dari bilik aku, musykil betul. Buat apa la dalam tu. Kebetulan aku balik masa diorang cuti sekolah.

“Amacam best dak? Ni balik nek apa? Mesti penat kan, mai-mai masuk rumah. Umaq pun biaq Kak Long dok kat luar kesian dia. Adik aku yang ni memang sweet dan sangat memahami serta suka berleter. Macam cepat ja masa berlalu, Amir ni dah umur 18tahun yang Amna dah 17tahun, Anis dah 23tahun dan tak lupa aku dah 25tahun. Rasa macam baru semalam kami dapat Umar . Alhamdulillah dapat duduk, terima kasih Amir.

“Mestilah best, Kak Long balik dengan Kak Nurin. Penat tapi best. Mak Abah mana?

“Mak abah pi pasaq malam.” Selesai Amir jawab keluar lagi sorang adik aku, Amna. Baru nak keluar. Adik aku Anis tak cuti, sekarang dia tengah belajar dalam jurusan akauntan di UIA. Tak boleh la nak gossip-gosip geng tak dak.

“Nah, ni untuk Umaq, ni untuk Amna dan yang ni untuk Amir.” Keychain dan t-shirt Korea aku edar sorang satu. Makanan-makanan kena share. Ni ja Kak Long beli untuk hampa. Dah-dah Kak Long nak mandi.” Dengan longlai aku melangkah masuk ke dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience