BAB 3

Romance Completed 13712

Selesai penjelasan dari Syafiq, semua melayan melayan perasaan termasuk aku. Padahal time tu telefon aku asyik minta perhatian, maka aku silentkan dia. Tiba-tiba mata aku bertembung dengan mata Syafiq yang asyik memandangku dari cermin sisi kereta.

Mata dia macam memberi isyarat supaya aku membalas mesej whatapps yang dia hantar. Aku buat tak tahu, kepalaku toleh ke arah lain. Sampai ke airport Syafiq asyik miscall aku menggunakan whatapps. Dan aku buat tak tahu.

“Az.. dari tadi ana perasan Syafiq mesej anti kan?” Nurin mula menyoal.

“Hmm,malas layan…Bukan penting pun.” Aku menjawab soalan Nurin seraya menjeling Syafiq yang masih setia memandangku.

Alhamdulillah aku dan 19orang sahabatku selamat check in ke dalam kapal terbang. Sebelum berlepas aku membuka mesej Syafiq.

“Azna…cuba senyum sikit, kata kawan sebab apa nampak aku ja muka masam. Kalau tak suka jangan la jujur sangat, terasa aku. Mesej pertama

“Azna…Sory la kalau tak suka, please bls msg aq. Kenapa ni? Aq mintak maaf la..mesej kedua, Mesej ketiga dan hingga ke berapa pun aku tak tahu smuanya voice note. Memang tak rajin la nak dengar time-time nak berlepas ni.

Telefon aku berbunyi, ada lebih kurang 10minit lagi nak berlepas. Di skrin keluar nama Syafiq. Dia nak apa lagi la, semalam tak habis cakap lagi ka? Panggilan dia aku terima.
“Ya, waalaikummussalam. Kedengaran suara Syafiq macam bahagia sangat bila aku angkat panggilan dia. Hmm, nak cakap apa?

“Thanks angkat tepon, saja ja nak dengaq suara hang. Takut lepas ni dah tak boleh. Mana nak taw jodoh dengan orang Turki. Kata-kata dia buat aku tersenyum. Ok, la take care.

“ Amiin, insyaAllah aku pun berharap macam tu. Ya , hang pun take care la. Selamat kembali ke tanah air tercinta. Sampaikan salam aku dekat mak ayah hang. Ok Waalaikummussalam. Elok-elok aku selesai sembang dengan Syafiq, pramugari mula buat pengumuman untuk tutup telefon ataupun set kan flight mood.

Alhamdulillah cukup 2minggu kami di Turki, sebuah negara yang kaya dengan sejarah Islam. Petang ni kami akan bertolak pulang ke Mesir sebelum travel ke Korea. Banyak pengalaman yang kami dapat, pengalaman yang indah bersama sahabat-sahabat.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, kami dijemput oleh suami Nurin dan Nab. Aku dan Sembilan orang sahabatku yang akan ke Korea sibuk menyiapkan diri ke sana yang lagi 9 orang sibuk menyiapkan diri untuk pulang ke tanah air tercinta. Kami bakal meninggalkan Mesir untuk selama-lamanya, peluang untuk kembali sangat tipis tetapi jika ada rezeki kami sangat-sangatlah bersyukur.

Kami berlepas pada hari dan masa yang sama, cuma destinasi yang berbeza. Suasana sayu menyelubungi kami, biarpun akan bertemu lagi di Malaysia perasaan sedih tak dapat kami bendung. Nurin dan Nab sibuk berpelukkan dengan suami masing-masing.

Bukan lama pun berpisah 2minggu sahaja, sebab suami mereka pun akan pulang ke Malaysia bersama sahabat-sahabat kami. Di dalam kapal terbang, semua sibuk melayan perasaan. Sedih kerana terpaksa meninggalkan bumi Mesir, gembira berjaya membawa pulang segulung ijazah, perasaan bercampur-baur.

Setibanya kami di Seoul International Airport, kami disambut oleh wakil Travel Tour yang kami guna. Seorang Korea Asli seorang pelajar Malaysia, nampak sahaja pelajar Malaysia kami menarik nafas lega. Biarpun sebelum travel kami dah belajar bahasa Korea, tetapi adanya orang melayu tak perlu la kami terbelit lidah nak speaking Korea.

“Assalamualaikum, Selamat datang ke Korea Selatan, saya Zahiruddin pelajar perubatan tahun akhir University Of Seoul. InsyaAllah saya akan menemani kalian semua menjelajahi Korea Selatan, dan sebelah saya ni..” .Mata kami melihat jejaka Korea yang berdiri tegak sebelah Zahiruddin. Tinggi tak payah cakap la dan kulit dia kalau tak putih tak kata orang Korea la.

“Annyeonghaseyo.”.Kepala dia tunduk tanda hormat. Kami pun terikut sekali, dah la serentak. Aku nampak Zahiruddin menahan ketawa.

“Hello.. My name is Lee Hyeon Woo, all of you can call me Hyeon Woo oppa.” Aku perasan ke apa ek?

Mata dia asyik pandang aku. Tak mungkin-tak mungkin depan aku ada orang lagi. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dan aku ternampak dia tersenyum, nak gelakkan aku ka apa? Malunya…Walaupum pakai purdah rasa macam nak menyorok dalam bagasi ja..Lepas kejadian aku syok sendiri tu, Aku memang dah tak fokus dia cakap apa.

Mata asyik pandang telefon ja, walaupun tak tau apa yang aku tengok. Yang penting tak perlu nak angkat muka sebab tak tahu kenapa aku rasa mamat Korea tu asyik pandang aku.

Bila dia dah selesai cakap , kami semua bergerak keluar ke kenderaan yang disediakan. Yang pasti aku memang tak tahu dia bagi arahan apa. Di dalam bas aku duduk sebelah Nurin, aku tanya apa yang mamat tu cakap. Dengan semangatnya Nurin cakap.

“Since when anti tak faham orang speaking, ka saja nak test ana?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience