BAB 9

Romance Completed 13712

Tepat pukul 10.45pagi aku sah menjadi isteri kepada Abdul Mustaqim bin Abdullah. Aku melihat dia menunaikan solat sunat di penjuru masjid, hatiku tersentuh.

Selesai dia solat, bermulalah acara pembatalan air sembahyang. Pertama kali tanganku disentuh oleh seorang lelaki selain abah dan adik-adikku, perasaan yang tak dapat ku gambarkan. Jari manisku disarungkan sebentuk cincin emas bertatah berlian berbentuk hati.

Tangan milik imamku kucium kasih. Maka mulalah sesi pengambilan gambar. Aku dimaklumkan yang suamiku mengupah 3orang untuk mengambil gambar dan video.

Dan akad nikah ku ini life ditayangkan di rumah ku dan di luar masjid, khas untuk keluarga suamiku yang bukan Islam. Setelah para jurugambar sudah puas mengambil gambar aku mencium tangan suamiku, suamiku meletakkan tangan di atas kepalaku dan dia membaca doa. Hatiku sekali lagi tersentuh apabila mendengar setiap patah doa yang dibacakannya.

Tiba-tiba aku ternampak satu dua titik air menitik ke atas kain sampan suamiku. Selesai membaca doa, aku melihat suamiku menyeka air matanya, dan untuk kesekian kali hatiku tersentuh lagi.

Selepas acara pembatalan air sembahyang, aku dan suami sibuk bersalam-salaman dengan mak,abah ,ibu, ayah ,omma,appa,adik beradik,sanak saudara,sahabat-sahabat dan semua yang hadir.

Aku dan suami berjalan beriringan ke kereta untuk pulang ke rumah ku,untuk berehat sebelum mula kenduri. Dia mengenggam tanganku erat seperti tidak mahu melepaskan lagi. Kawan-kawan dia mula mengusik, diaorang kata tak lari mana aih isteri kamu tu. Dia hanya tersenyum, dan aku tersenyum melihat senyumannya.

Tibanya kami di rumah, semua mata memandang kami. Pastilah semua nak tengok suami Korean aku. Kali ni aku pulak yang menggenggam tangannya erat. Dia tersenyum lagi. Cair iman cheq kalau macam ni, kami melalui lautan manusia dengan mudah apabila mak meminta izin untuk beri kami masa untuk berehat dahulu.

Kami tak dibenarkan untuk berehat di bilik pengantin, aku membawanya ke bilik bersebelahan bilik pengantin iaitu bilik yang aku tidur semalam. Seusai kaki kami melangkah ke dalam bilik sementara untuk berehat, aku mula sedar yang hanya berdua dengannya di dalam bilik yang tak besar tak kecil.

Seingat aku,perkenalan kami tak sampai setahun, dan kali terakhir aku berdua-duaan dengan dia semasa di Korea di dalam bas. Saat dia mulai tahu nama aku. Bila teringat kembali, macam lucu pula tak sangka dia jodoh aku. Sedang asyik aku mengimbau kenangan lama, bahuku disentuh.

“Sayang, apa yang funny sangat? Start today, I want you to share with me everything. Even a smallest things. Dengar sahaja dia kata macam tu, lutut aku mulai lembik. Kenapalah sweet sangat suami aku ni. Suamiku cepat-cepat memautku,muka dia dah cemas.

“Sayang..Are you okay? Not feeling well? Ottoke? Comel je dia sebut bahasa Korea.

Tiba-tiba pintu bilik kami diketuk,aku berjalan ke arah pintu. Nurin,Nab dan Nisa rupanya.
“Az anti jangan lupa na, satgi kami nak siapkan anti.Haa jangan buat projek tengahari rambang ni.”

Diorang mula dah mengusik. Belum sempat tutup pintu mak datang beritahu, yang sat lagi suami aku perlu ke padang depan rumahku untuk belarak bersama keluarganya. Pintu bilik kututup rapat. Aku toleh kebelakang dan dia menanti aku ke melangkah ke katil dengan muka blur.

“Sayang, mak cakap apa?” Comelnya dia cakap Melayu, apa dah jadi dengan aku?

“Mak kata jap lagi you must go to your family and walk with them masuk ke gate this house and I will wait you at the gate, understand? And don’t worry Syafiq will help you. Entah faham entah tidak, broken English aku ni. Masa aku tengok dia angguk, aku rasa macam aku dah menang trofi.

“Of course la faham, I learn bahasa from ibu, ayah,Wan, Nurin, Syafiq and a few friends and of course man” Dengar nama Nurin dan laki dia , musykil ni. Nama Syafiq pun, macam mana dia kenal.

“Macam mana awak kenal Nurin and her husband and also Syafiq?”

“Sayang… Start today no more awak, call me abang,jagiya or honey. For your information Wan and her wife is our orang tengah, diorang banyak bantu abang. And Syafiq we just met at Wan’s house.

Okay..abang will tell you more about orang tengah but we must sit like this.” Dia tarik aku untuk duduk bersila berhadapan dengan,lutut kami bertemu. Aku jadi malu nak pandang wajah dia.

“Hey sayang, look at me.” Dagu aku dia sentuh dan dia angkat wajah ku. Mata aku pejam, malu nak bukak.

“Sayang, why so cute,you must learn to see my eyes and why so beautiful. Now bukalah tudung, I’am your husband. Kenapalah masa lambat sangat berlalu. Tanganku mula membuka tudung, dan sekarang aku jadi lagi malu. Tetapi aku beranikan diri untuk tatap mata dia.

Subhanallah,itu yang terkeluar. Cantiknya mata dia, Light brown. Impian aku nak dapat suami sepet dah pun dimakbulkan Allah,baru perasaan mata dia sepet, warna koko cerah,kening dia macam cukur, dahi luas, hidung mancung, bibir pink yang sexy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience