BAB 8

Romance Completed 13712

Dalam pukul 2.30petang aku kereta masuk lagi, mesti tetamu dah sampai. Mak ketuk pintu bilik aku.

“Long, siap-siap.. Pakai baju kurung yang lawa-lawa sikit ada orang nak menengok.” Lepas mak bagi arahan mak keluar, nak sambut tetamu

Aku dalam bilik terpinga-pinga, nak pakai baju apa. Siapa pula nak datang menengok ni.Last-last baju kurung raya tahun lepas aku pakai sebab dah gosok. Jadinya tak aku susah nak gosok, cepat dan pantas. Cantik pun cantik. Elok-elok aku siap bersiap, pintu bilikku di ketuk.

“Assalamualaikum, boleh kami masuk?”

“Waalaikummussalam, ya-ya jemput la. Nasib baik bilik aku kemas rapi. Seusai mendapat izin aku, makcik yang memberi salam masuk ke bilik aku diikuti seorang mak cik yang tak bertudung dibelakangnya dan yang terakhir mak aku. Mak cik yang tak bertudung itu tersenyum manis dan dia ucap.
“Annyeonghaseyo..” Dengar je perkataan tu aku terus teringat Hyeon Woo.

Nurul Azna, ibu,ayah,appa dan omma datang sini hari ni sebab nak merisik dan terus meminang Nurul Azna untuk anak bujang kami Abdul Mustaqim ataupun Lee Hyeon Woo.” Dengar sepotong nama tu air mata ku mengalir. Ya Allah, akhirnya.. Air mata aku seka. Ibu meneruskan percakapannya.

“Ibu dan ayah, family angkat Mustaqim, omma dan appa ayah angkat Hyeon Woo, Dia anak yatim piatu, dan dia anak susuan omma dan appa. Maaf kalau tak faham, dah lama ibu tak cakap bahasa Melayu, ibu belajar bahasa dengan ayah sebab ayah orang Melayu.”

Aku menggangguk tanda faham, patut la ada pelat sikit.
“Macam mana Nurul Azna, terima atau tidak?” Aku lihat ke arah mak dan mak tersenyum. Jawapan yang bakal aku berikan adalah jawapan yang telah lama aku simpan dan aku yakin.

“Bismillah, dengan nama Allah saya terima.” Dengar sahaja aku terima, ibu memelukku, selepas itu aku memeluk mak. Omma yang sudah faham apa yang kami bicarakan setelah diterjemahkan oleh ibu bangun memelukku. Dia bisik ke telingaku, “Khamsahamida”. Nasib baik aku faham.

Mak keluar ke ruang tamu menyampaikan berita. Ibu membuat satu permintaan untuk aku.

“Nurul Azna, sebenarnya Mustaqim ada pesan kalau Nurul Azna dah terima, dia minta untuk melihat wajah Nurul Azna. Aku tersenyum dan memahami.

Ibu merakamkan detik-detik aku membuka purdah untuk bakal imamku. Selesai menghantar video, seutas rantai tangan dipakaikan oleh ibu di lengan kiriku setelah itu, sebentuk cincin disarungkan oleh omma ke jari manisku. Ibu kata rantai tangan untuk merisik, cincin untuk tunang.

“Semangat betul tunang kamu, dari tadi lagi tunggu berita. Ibu hantar je gambar Nurul Azna, dia suruh ibu sampaikan salam dia untuk kamu.”

Alhamdulillah selesai majlis pertunangan aku yang sebenarnya bukan majlis pun. Tarikh kenduri dah tetapkan iaitu pada tanggal 20 November 2016 ada lagi 18 hari. Mak kata pilih tarikh tu sebab Mustaqim minta, abah pun ok ja sebab dah cuti sekolah.

Hari demi hari berlalu, hari perkahwinan aku hampir tiba. Lagi 3hari, dan selama aku bertunang aku lansung tak berhubung dengan Mustaqim semuanya melalui ibu.

Akad nikah pada pagi kenduri. Malam kenduri aku jemput Nurin, Nab dan Nisa tidur rumah aku. Sahabat karib aku mesti la kena di sisi aku, dan sudah terjawab diantara kami berempat akulah yang terakhir menjadi isteri orang. Selesai berinai, aku dipaksa untuk tidur awal disebabkan akad nikah aku pukul 10.30 pagi.

Keesokkan paginya, suasana rumah aku mulai sibuk, Dan semestinya pengantin tak perlu buat apa-apa. Debaran di dada memang tak perlu sebut la. Selesai solat sunat dhuha, aku dimekapkan oleh ketiga-tiga sahabat aku.

Pagi ni juga aku mendapat berita gembira yang sahabat aku, Nurin dan Nab bakal menjadi ibu. Alhamdulillah berita gembira dihari berbahagia. Pukul 10 tepat mereka siap menconteng muka aku, nasib baik tak tebal natural ja.

Diorang ni pulun ja lebih, padahal aku memakai purdah and no make up on eyes. Aku akan dinikahkan di masjid kampung ku yang berada tak jauh dari rumahku.

Setibanya kami di masjid, aku disambut oleh omma dan ibu, tangan mereka kukucup. Aku beriringan dengan mak,ibu dan omma untuk masuk ke dalam masjid. Omma meminta izin untuk pergi ke ruang yang di sediakan sebab omma bukan Islam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience