BAB 6

Romance Completed 13712

Masuk ja dalam bilik , aku tulisan Selamat Pulang, Kak Long!!! Congratulation 4 ur success… Sebak sebentar, hmm besar-besar dah adik-adik aku. Aku pusing belakang ucap terima kasih sambil tersenyum lebar.

Lepas tu aku bersihkan badan dan siap sedia nak solat maghrib. Selesai solat maghrib, kami makan malam berjemaah. Lepas tu kami menonton sama-sama, lama tak rasa macam ni. Masa aku tengah fokus menonton cerita kartun yang Umaq buka mak soal aku dengan soalan maut.

“Long… Macam mana? Dah 25tahun dah tahun ni. Semalam Syafiq mesej mak tanya Long dah balik ka dari Korea, dia kata kalau Long balik dia minta tolong mak tanya pasai lamaran dia.”

“Hmm, cheq bukan tak suka kat Syafiq tu, tapi cheq istikharah tak nampak dia. Mak habaq kat dia, kata kalau dia sanggup tunggu la sebab cheq sendiri tak tahu rancangan Allah. Haa mak cheq nak minta izin kerja dekat tadika kak ipaq Nurin sementara nak jumpa kerja tetap, tak mau dok rumah saja.”
“Ya la.. Nanti mak habaq dekat dia, mak ikut ja. Mak tak tau Long rasa apa, pasai kerja mak ok ja. Tanya abah hang pulak.”

Paling best mak aku ni, memang dia macam nak sangat Syafiq jadi menantu dia tapi dia tetap utamakan perasaan aku dan dia takkan memaksa. Sembang tentang kahwin-kahwin setakat tu ja lepas tu semua fokus menonton. Aku tunggu abah balik dari masjid sebab nak tanya tentang kerja dan abah mengizinkan.

Seminggu aku jadi penganggur, lepas tu aku mula berkhidmat menjadi pengasuh kanak-kanak bawah 5tahun. Gaji pun alhamdulillah,boleh la nak belanja sikit dan nak simpan untuk masa depan. Aku balik rumah seminggu sekali, masa kerja aku tidur rumah pekerja. Hampir 3bulan aku bekerja, Alhamdulillah semua ok. Mana tak ok nya, kerja dengan sahabat sendiri. Tadika dan taska ni milik kak ipaq kepada Nurin dan kak ipaq dia amanahkan taska untuk dia urus. Maka akulah salah seorang pekerja dia.

Hari ni Nurin ajak teman dia beli barang, sebagai sahabat yang baik dan masih single maka dengan relanya aku ikut dia. Dan sudah menjadi kebiasaan kami, bila keluar membeli-belah mesti kena makan. Kami singgah makan di retoren kesukaan aku dan Nurin. Aku dah selesai makan, sementara nak tunggu Nurin sudah makan aku buka Whatapps baca mesej-mesej group yang tak sempat nak baca tadi.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang memberi salam, kepalaku dongak. Macam nak terkeluar biji mata aku. Tergagap-gagap aku jawab salam, Nurin dah tersengih-sengih.

“May I sit? Soal dia sambil memberi senyuman manis. Belum sempat aku jawab, Nurin dengan selamba suruh dia duduk. Dia menarik kerusi meja sebelah dan duduk di sebelah kananku. Aku masih terpaku, sepatah pun tak mampu aku ucap. Hanya mata yang berkelip-kelip.

“Azna..Azna..Azna..Are you okay?” muka Lee Hyeon Woo aku tatap , terpancar kerisauan di wajahnya. Dan aku hanya mampu mengangguk. Siapa tak terkejut, siapa boleh menyangka , lelaki Korea yang tak pernah aku terikir untuk bertemu buat kali kedua berada di hadapanku.

“I’am sorry for coming without telling you first, and now I know here is not the right place but I hope you don’t care. I need to tell you right now. Nurul Azna binti Mohamad I want you to bring happiness into my life, be my supporter and stay with me till heaven. Nurul Azna will you marry me? Habis ja dia cakap, ayat-ayat yang dia ucap cubaku hadamkan. Dan dengan serta merta, aku tengok Nurin. Aku nampak mulut dia suruh aku jawab yes or not.

Dia masih menanti jawapan aku. Dan jawapan aku.

“I need time, I need to ask Allah. And one more thing I want to make sure that you not convert to Islam because you want to marry me. I want you convert to Islam because the religion itself and for seek Allah. If your niat is first so I will never accept your propose but if you still want to marry me, firstly, you must correct your niat and after that come to my family not to me.
Lastly, I want to say sorry if my words hurts your heart and your pride. I’am so sorry. Aku cuba menahan air mata, bukan niat aku nak tolak lamaran dia tapi aku perlu masa dan aku tak nak kahwin sebab cinta manusia bukan cinta Illahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience