BAB 2

Romance Completed 13712

Sampai sahaja di depan rumah sewa kami,masing-masing laju ja melangkah ke dalam rumah. Banyak benda lagi nak buat sebab esok dah nak travel dan rumah sewa pun dah kosong tinggai barang yang bawa ke Turki ja. Aku pun laju jer melangkah tapi langkah aku terhenti bila Syafiq memanggil namaku.
“Azna, hati-hati no. Jangan lupa buah tangan.” Syafiq memberi pesanan setelah itu dia menyua sekeping sampul.

“Benda pa ni?” Pelik aku.

“Ambik ja la,aku ikhlas.”
“Wei tak mau la macam ni, aku tak mau hutang apa-apa dengan hang.” Aku cuba menolak , series aku tak mau ada hutang apa-apa dengan dia. Cukuplah kisah dahulu tak perlu ada sambungan.

“Hang kena terima jugak, ambik la buat belanja. Tak banyak pun.” Syafiq masih memaksa. Sampul yang dia beri aku ambil, kalau tak ambil maknanya sampai esok si Syafiq ni tak balik.

“Ok, terima kasih. Dah pi balik, lewat dah bukan nak halau tapi tak manis.”

“Ok,assalamualaikum…” Syafiq melangkah pulang dengan langkah yang berat.

“Waalaikummussalm, selesai jawab salam aku masuk rumah terus, tak perlula nak buat drama sangat.
“Hmmm, Azna…Azna… memang tak dak lansung ka perasaan hang untuk aku? Susah sangatkah nak cintai aku? Hati kecil Syafiq tertanya-tanya.

Masuk ja dalam rumah, ada 5 pasang mata yang memandang aku macam minta penampaq.
“Ni pasai pa ni, lapaq penampaq ka? Nurin, Nab laki hampa mana? Tak reti mai amik bini depa ka? Dah la nak kena tinggai tak rasa nak luang masa bersama sepenuhnya ka malam ni?” Aku dengan sahabat-sahabat aku lima orang ni memang cakap kasar mungkin sebab dah lama kenal. Hampir 13 ke 14tahun jugak kami kawan, memang kenal luar dan dalam.

“Amboi dia, mentang-mentang nak balik dah…Boleh dok dating kat luaq no.” Muna membuka bicara.

“Nab dia halau kita sampai hati.” Diikuti Nurin. Sofea, Nab dan Alisya hanya tersenyum.

“Tak dating pun aih, yang hampa pakat lari masuk tinggai ana sorang tu kenapa?
“Saja bagi masa untuk hampa.” Muna menjawab.

“Banyak la masa, dah-dah jom buat apa yang patut. Esok nak fly dah, ni dua isteri orang ni dah selesai ka kemas barang.?

“Ada sikit lagi ja, tak boleh balik lagi encik suami ada kerja. Nurin menjawab.

Selesai sesi soal jawab, kami makan malam. Makan malam pun beli , dah tak masak sebab kami dah nak pindah keluar dari rumah sewa yang kami sewa selama 3tahun.

Pagi yang serabut, macam nak terbalik rumah sewa walaupun hanya ada empat orang penghuni. Mana tak serabutnya, terlewat bangun, nak kumpul sebelum ke aiport pukul 9pagi bangun pukul 7pagi memang kalut habis. Mujur barang-barang dah siap kemas semalam.

Alhamdulillah sempat sampai dekat tempat berkumpul sebelum pukul 9pagi dan kami bukan yang terakhir. Dua orang madam tersengih-sengih ke arah kami. Seronok la tu ketawakan orang.

Dari jauh aku melihat kelibat Syafiq, Ya Allah .. dia mai lagi buat apa la?
Muna mencuit bahu aku, tu sahabat anti dah sampai. Mata-mata sahabat lain mula fokus ke arah ku, dan semestinya ramai yang tahu kisah kami.

Syafiq hanya memerhati aku dari jauh dan semestinya aku tidak selesa. Setelah bilangan kami cukup, van kami dah bersedia untuk bertolak. Dan Syafiq naik van kami. Waktu tu aku macam blur, dah kenapa dia ni? Dan sekali lagi semua mata memandangku minta penjelasan. Dengan terpaksa aku bertanya kepada Syafiq.

“Ustaz, mana Ustaz Firdaus yang sepatutnya jadi musyrif kami? Geli anak tekak panggil dia ustaz.

“Haa, ni yang ana baru nak habaq, ustazah pulak tak sabaq-sabaq. Ok Ustaz Firdaus minta maaf dan dia sampaikan salam, dia ada hal mengejut dan ana gantikan dia.”Geramnya aku , kalau ayat tak menyakitkan hati tak sah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience