BAB 7

Romance Completed 13712

Sesaat pun Hyeon Woo tak pandang ke arah lain, dia hanya melihat aku dan aku melihat ke arah lain.

“It’s okay, I accept your answer and no need to say sorry because not you fault. And thank you because give me a clear answer. Please stay health , happy and take care. Got to go …Assalamualaikum..”

Langkah Hyeon Woo aku pandang hiba, maafkan saya. Terlalu fokus untuk beri jawapan tadi aku lupa Nurin yang dari tadi menjadi pemerhati. Nurin menggeleng-gelengkan kepala.

“Apa ni Az, anti tau kan dia baru masuk Islam. Kenapa bagi jawapan macam tu, terlalu kasar. Aku tau kau tegas tapi kalau iman dia tak kuat dia pi bunuh diri macam mana. Tak pun kemalangan sebab tak boleh fokus memandu.”

“Aku tak tau, aku just cakap dari hati. Dan dia takkan bunuh diri , insyaAllah. Semua dengan izin Allah.”

Sejak peristiwa 3bulan lalu, setiap hari aku istikharah. Dan jawapannya aku nampak Lee Hyeon Woo atau nama Islamnya, Abdul Mustaqim. InsyaAllah selurus keimanan empunya badan. Setiap hari aku menanti dia, nak berhubung nombor pun tak ada.

Hanya mampu menanti dan terus menanti. Hari ni 17 Oktober 2016 genap tiga bulan, Hyeon Woo melamar aku pada 17 Julai2016 bersamaan 12 Syawal 1437. Sesungguhnya penantian tanpa khabar itu menyeksakan. Seorang pun aku tak beritahu mengenai istikharah aku, ianya rahsia aku dan Allah.

Hari demi hari berlalu, esok akan masuk bulan baru. Dan esok aku diarahkan oleh Nurin untuk cuti. Dia kata aku nampak lemah, kuat sangat bekerja. Dia suruh aku rehat, jaga kesihatan. Maka petang ni selepas habis waktu kerja aku memandu pulang ke kampung.

Jam menunjukkan pukul 2pagi, aku terbangun dari tidur. Mimpi tu datang lagi, seperti biasa aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Selesai solat sunat, aku termenung di tikar sejadah. Dia selalu hadir dalam mimpi aku, dia menghulurkan tangannya tetapi secara tiba-tiba dia menarik kembali.

Seraya dia berkata, maaf saya tak layak, dan dia berlalu pergi.” Air mata aku tumpah lagi, aku tak menyesal dengan kata-kata aku. Cuma aku perlukan kekuatan untuk hadapi semua ini. Si Syafiq masih setia menanti, tetapi aku tak boleh terima dia. Aku anggap dia seperti adik sendiri.

Seusai solat subuh, seperti biasa aku ke dapur untuk sediakan sarapan untuk mak,abah dan Umaq. Sebab hari ni masih lagi sekolah,cuti sekolah belum bermula. Selepas mak,abah dan Umaq keluar ke sekolah aku masuk bilik dan tidur sebab mata dah tak larat nak buka.

Pukul 10.30 pagi baru aku terjaga, sebab kebiasaan aku menunaikan solat sunat dhuha. Aku bangun bersihkan badan dan solat dhuha. Selesai solat, aku dapat panggilan dari mak.

“Long … Masak nasik dengan lauk apa yang ada, kawan mak nak mai empat orang. Depa sampai dalam pukul 2 satgi kot, kalau mak abah tak sempat nak balik, Long tolong bukak pintu sat kat depa.”

Selesai menerima arahan dari mak, aku ke dapur melihat lauk apa ja yang ada. Aku masak simple-simple ja, Nasi putih, ikan sweet sour,sayur air, air sirap dan sedikit buah-buahan. Yang tu ja ada. Aku siap berperang kat dapur dalam pukul 1, aku masuk bilik, mandi dan tunggu azan zohor.

Selesai solat, aku dengar bunyi kereta masuk ke kawasan rumahku. Dan ternyata abah, syukur abah balik jadinya abah yang akan sambut tetamu. Abah bagi salam dan terus masuk bilik, nak siap-siap la kot.

Tak lama lepas tu mak balik dengan Umaq. Maka selamatlah aku, aku memang tak suka nak sambut-sambut tetamu ni, akukan pemalu. Mak masuk rumah tanya aku masak apa. Lepas tu mak kata lulus dan aku masuk bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience