BAB 11

Romance Completed 13712

“Abang, nak ask something boleh?” Dia mengangguk.

“Are you hafaz AlQuran? Matanya di buka, bibirnya mengukir senyuman.
“Yes, and I’m still. Abang just hafaz 15juzuk. Pray for me.” Matanya ditutup kembali.

“Hmm..so comfortable.” Aku tersenyum melihat wajah suamiku, tanpa sedar bibir kami bertemu lagi.

Suka ambil kesempatan. Suamiku bangun untuk bersiap, aku membantunya memasang butang dan sampin. Semua baju aku, ibu yang sedia kan.

Akad nikah baju kurung putih , kenduri rumah aku jubah kembang warna peach bunga merah, kenduri di Kuala Lumpur jubah warna hijau cair dan yang terakhir kenduri di Korea aku akan pakai hanbok.

Selesai pakaikan baju untuk suami aku dan aku. Aku menelefon Nurin untuk masuk bilik, menghias wajahku. Ketika mana sahabat-sahabatku menghias wajahku, suamiku tak pusing ke arah lain.

Mata dia asyik pandang aku melalu cermin.Malu tapi malas layan. Selesai bersiap, Syafiq mengambil suamiku ke keluarganya. Ya, Syafiq pengapit suami aku. Dan adik aku, Anis pengapit aku.

Aku menanti suami aku di pintu pagar, semua mata memandang kami.Aku terpaksa mengenakan sandal yang bertumit disebabkan suami aku tinggi dan aku hanya berada di bawah ketiak dia.

Kami masuk ke dalam rumah bersama alunan kompang. Sampai ke ruang tamu kami duduk untuk makan beradab. Sebenarnya tak la makan beradab sangat, lebih kepada makan bersama keluarga.

Sebab aku berpurdah ,aku tak nak makan atas meja dan semua orang tengok aku. Purdah aku buka sebab kebanyakkan semua adik-beradik.

Cuma tak faham Syafiq asyik memandang aku. Dari aku mula makan sampai ke suapan terakhir. Suami aku hanya makan 3suapan dari aku, lepas tu dia asyik suap aku. Kenyang katanya.

Selesai makan sarung tangan dan purdah aku pakai kembali. Kami bangun ke pelamin untuk sesi bergambar, selesai di pelami kami masuk ke bilik. Suami aku sengaja menngupah juru gambar perempuan supaya aku selesa untuk buat pelbagai gaya.

Selesai bergambar, kami keluar bertemu tetamu-tetamu yang hadir. Suami aku tak pernah tinggal aku walau sesaat. Pergi mana sahaja pasti aku diheret, begitu juga aku takkan tinggal dia.

Kawan-kawan sekolah aku semua datang, Syafiq yang tolong jemput. Mulalah mengusik aku, suami aku hanya tersenyum sebab ada perkataan yang dia tak faham. Melalui riak wajah dia aku tahu dia cemburu.

Selepas bersalam, suami aku tak berkata satu patah pun. Tak sampai sehari kahwin dah ada masalah.

“Abang…are you jealouse? I love you not they, they used like to tease me at school.” Kedua pipinya aku elus, mata dia masih tak pandang aku. Akhirnya dia bersuara.

“ Abang afraid because they have more knowledge about Islam and they must a wise hamba.”Itu rupanya penyebabnya.

Dada milik suamiku ku sentuh.
“I choose you, and I know you are a wise and good Muslim. You can abang.”

Kehidupan aku dan suami Koreaku teramatlah bahagia. Kini usia perkahwinan kami hampir 5tahun dan kami dikurniakan 4orang anak. Anak sulung kami sepasang kembar perempuan dan anak kedua kami sepasang kembar lelaki.

Kami sendiri tak menyangka, tetapi kehadiran mereka amatlah bermakna. Alhamdulillah adikku Anis, juga telah berumahtangga. Dan tak kusangka jodoh Anis adalah Syafiq, lelaki yang setia menantiku. Namun itulah yang dikatakan jodoh rahsia Allah.

Siapa yang hadir dalam kehidupan kita pasti ada sebabnya. Allah tak hanya mengutus seseorang tanpa alasan. Boleh jadi hamba itu muncul untuk melukakan kita lalu memberi pengajaran penting dalam hidup kita, dan boleh jadi hamba itu utusan fitrah insani yang bakal menemani, mencintai dan menggerakkan hati kita juga untuk mencintainya.

Terlalu banyak rahsia Allah di langit dan di bumi ini, salah satu daripadanya harus kau tahu bahawa jodoh itu sebahagian daripada kenikmatan dan rahsia anugerahNya kepada manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience