Chapter 9

Short Story Completed 12567

CCTV

Suresh cicir secangkir kopi. Pahit namun sedap. Kena pada seleranya. Jari jemari dipatah-patahkan. Suresh perhati CCTV.

Dilihatnya Jamil, rakan sekerjanya itu sedang sibuk meronda koridor setiap wad.

Suresh mengeluh. Satu-satunya kerja yang dia malas mahu lakukan adalah meronda. Dia malas mahu bergerak, periksa setiap wad. Ah, leceh!

Suresh teguk kopi.

Prang!

Cawannya jatuh ke lantai. Suresh pasti yang sebentar tadi dia lihat seekor pontianak melintas di Wad Bunga Raya.

Suresh bangun berdiri. Dia kemudiannya capai cota. Dia harus periksa Wad Bunga Raya.

Suresh berjalan keluar. Langkahnya pantas dan besar.

Sampai sahaja di Wad Bunga Raya, Suresh cari cctv. Jumpa. Lelaki India itu perhati kedudukan cctv. Betul-betul di atas pintu masuk wad. Maknanya pontianak tu melintas pergi ke Wad Ros.

Suresh berjalan tenang dengan cota digenggam erat.

Trut...Trut..

Suresh angkat panggilan daripada Jamil.

"Weh kau buat apa kat Wad Bunga Raya? Aku dah ronda la tadi." Jamil kehairan.

"Aku nampak something tadi."

"Apa kau merepek ni?"

"Aku nampak.."

"Weh jap! Aku nampak pontianak tadi lintas belakang kau masuk Wad Bunga Raya! Sumpah!"

Suresh pandang belakang. Panggilan masih belum dimatikan. Bulu romanya meremang.

Suresh kembali berjalan ke Wad Bunga Raya. Pintu wad ditolak dan Suresh melangkah masuk. Gelap.

Hanya ada sebuah katil sahaja yang mempunyai pesakit. Itupun dia sedang tidur.

"Weh, buat apa kau masuk?"

"Aku nak cari benda tu,"

"For what Suresh?"

"Saja." Suresh matikan panggilan.

Suresh berjalan perlahan. Diperiksanya setiap inci dan sudut wad tersebut. Kosong.

Suresh lega. Khayalan mungkin. Suresh kemudiannya berjalan kembali ke pintu wad.

Hihihihihihihihihihi...

Suresh terperanjat. Dilihatnya pesakit yang sedang tidur itu kini sedang mencangkung di atas siling. Tidak. Itu bukan pesakit. Itulah pontianaknya.

Pontianak tersebut wajahnya kosong. Pucat lesi. Rambutnya panjang mengurai. Baju putihnya lusuh dan koyak rabak. Kukunya panjang mencengkam siling.

Suresh menggeletar ketakutan. Dia jatuh terduduk di atas lantai.

Suuuuuureeeeessssshhhhh....

Hihihihihihihi...

Suresh tutup mata dan telinga.

Seketika kemudian, sunyi.

Suresh buka mata.

"Argh!" Suresh menjerit apabila dilihatnya pontianak itu kini di depan mata.

Suresh berlari keluar namun malang tak berbau apabila Suresh jatuh di koridor.

Hihihihihihi

***

Daripada cctv, Jamil terdiam apabila melihat Suresh bagaikan dicekik sesuatu di koridor Wad Bunga Raya.

Jamil sudah kunci pintu awal-awal.

Jamil semakin ketakutan apabila dilihatnya Suresh terkulai layu dengan leher berdarah. Suresh tidak bergerak. Mati mungkin.

Tok Tok Tok!

Pintu diketuk.

"Jamil, ni Suresh Jamil. Bagilah aku masuk."

Jamil pandang cctv. Suresh masih terkulai layu di koridor. Jamil pandang pintu.

"Berambus kau setan! Aku tau kau bukan Suresh!"

Jamil pandang balik skrin tv. Matanya terbeliak. Melalui skrin tv yang memaparkan rakaman cctv di dalam bilik sekuriti itu, Jamil dapat lihat seekor pontianak berdiri di belakangnya. Jamil tarik nafas.

Perlahan-lahan, Jamil pandang belakang.

Hihihihihihihihi!!!!

Leher Jamil dicekik. Jamil kemudiannya meronta dan pergi ke pintu. Pintu dibuka dan sekali lagi Jamil terkejut.

Kelihatan 'Suresh' dengan leher yang berdarah berdiri di luar.

Jamil terkencing dalam seluar.

"Rindu aku Jamil?"

Perkara yang terakhir Jamil lihat adalah wajah hantu Suresh sebelum dia diterkam.

***

"Weh Sam, kau gi check Wad Bunga Raya. Aku nampak ada pontianak tadi."

"Ish kau ni! Merepek! Yelah aku gi check ni ha! Kalau takde, siap kau."

"Tak betul, aku nampak tadi."

Panggilan mati.

Ah Kin pelik.

Tok Tok Tok! Pintu diketuk.

Ah Kin tengok cctv. Kelihatan Sam terbaring dengan leher berdarah di koridor.

Hihihihihihi...

Tok Tok! "Weh Ah Kin, ni Sam la. Bagilah aku masuk."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience