Chapter 11

Short Story Completed 12567

LIF

Farahin berhenti di hadapan lif. Punat anak panah ke atas ditekan.

Ting!

Pintu lif terbuka.

Farahin melangkah masuk. Punat bernombor 13 ditekan. Punat menyala. Farahin bersandar di dinding lif. Bau hancing menusuk hidung, pantas lubang hidungnya ditutup. Busuk.

Lif bergerak perlahan naik ke atas.

Cahaya lampu malap membuatkan bulu roma Farahin mula meremang. Dirinya kini sunyi sendiri.

Henfonnya bergetar. Skrin henfon diperhati. Nama kawan baiknya Johari terpampang jelas. Panggilan diangkat.

"Helo weh Farah, kau kat ner? Aku kat ground floor ni, tadi ada barang kau tertinggal dalam keta aku."

Farahin tepuk dahi. Bungkusan coklatnya tertinggal di kerusi penumpang.

"Er aku dalam lif ni. Jumpa kat umah aku, kau bawakkan eh? Thanks bro."

"Wait what? Kau dalam lif? Kau gila apa, lif rosak kot! Aku tgh diri dpan lif rosak ni ha,"

Farahin terdiam. Lif berhenti secara tiba-tiba. Lampu mula berkelap-kelip.

"A...aku k..ka..kat da..da..dalam lif la..."

Farahin menggigil ketakutan. Panggilan mati secara tiba-tiba.

Tik! Tik!

Kepalanya basah. Farahin kesat atas kepala guna tapak tangan. Air apa yang menitis ni? Bau hanyir menusuk hidung. Tapak tangannya dilihat.

Farahin mahu menjerit namun suaranya tersekat di kerongkong.

Tapak tangannya kini dibasahi darah berwarna merah. Farahin mendongak.

Kosong. Hanya lampu berkelap-kelip yang kelihatan.

Lif bergegar kuat. Farahin jatuh terduduk. Peluh kini membasahi seluruh tubuhnya. Farahin menggigil ketakutan.

Pintu lif terbuka. Sebuah terowong hitam kelihatan. Tanpa berfikir panjang, Farahin berlari ke dalam terowong, dia sudah tiada pilihan. Farahin kekal berlari, dan secara tiba-tiba dia terjelupuk ke atas tanah.

"Ouch!" Buku lalinya bengkak.

Aaaaarrrrrr....

Secara tiba-tiba kelihatan sesuatu seperti labah-labah gergasi sedang merangkak ke.arahnya. Tidak. Ianya labah-labah manusia. Kepala makhluk tersebut berdarah dengan mulutnya terlopong tidak bergigi. Bebola matanya putih semua.

Farahin menjerit ketakutan. Dia mahu bangkit berdiri namun kakinya sakit. Farahin mengesot menuju kembali ke lif yang masih terbuka.

Makhluk tersebut mengejar dari belakang. Farahin mengesot laju. Air matanya mengalir laju turun ke dagu. Lif semakin hampir.

Ting!

Lif tertutup dan hilang daripada pandangan. Farahin menangis teresak-esak. Dia pandang belakang. Makhluk tersebut semakin hampir.

"Tolong!"

Makhluk tersebut semakin laju menghampiri.

Aaaaaaarrrrr...

***

Johari berdiri kaku di hadapan lif yang rosak tidak berfungsi. Gelap.

Nombor Farahin didail.

Johari terdiam. Matanya terbeliak. Dari luar, Johari dapat dengar ada benda bergetar di dalam lif.

Johari matikan panggilan. Bunyi bergetar berhenti.

Johari dail lagi sekali. Bunyi bergetar kedengaran.

Johari matikan panggila. Bunyi bergetar turut mati.

Johari menggigil ketakutan. Itu henfon Farahin! Pintu lif terbuka secara tiba-tiba. Johari mahu lari namun kakinya ditarik kasar oleh labah-labah manusia masuk ke dalam lif.

Pintu lif tertutup. Gelap. Sunyi.

Aaaaaaarrrrr....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience