Chapter 8

Short Story Completed 12567

BILIK PUAKA

"Bro, kau sure nak tidur kat katil atas?" Sani minta kepastian.

"Sure. Relakslah, aku okay je. Aku nak gak rasa tidur katil belah atas." Farid senyum lebar sambil ibu jarinya diangkat. Thumbs up.

"Kau tak takut? Tak pernah dengar pasal apa yang jadi kat mangsa yang tido katil atas tu before ni?" Sani mula risau.

"Jangan risaulah. Aku just tidur sini satu malam untuk idea novel aku jer. Just one night, k?"

"Aku takut apa-apa jadi kat kau. Lagipun warden dah pesan jangan tidur kat bilik ni. Especially katil atas tu ha," Sani usap belakang leher.

"Semuanya akan ok Sani. Dah tidur, dah pukul 3 pagi dah ni. Kang esok ngantuk pulak masa kuliah." Farid panjat naik katil atas.

Sani kemudiannya baring di katil bahagian bawah. Bantal peluknya digenggam erat, mulutnya tidak putus-putus berdoa.

Farid pula tidur beralaskan lengan. Tilam katil itu dialas dengan selimut. Farid cuba lelap mata sambil pandang siling. Lima minit kemudian, Sani dan Farid tertidur.

***

Tik! Tik!

Farid seka air yang menitis ke mukanya. Matanya digosok-gosok. Tidurnya terganggu. Perlahan-lahan, Farid buka mata. Hujan ke apa?

Sebaik sahaja matanya terbuka, Farid terlopong besar. Pandangannya terpaku pada siling.

Ada seorang lelaki tua berambut panjang sedang melekat di siling, kepalanya berpusing menghadap Farid. Air liurnya menitis ke bawah, tepat ke muka Farid.

Farid terdiam. Dia cuba untuk menutup mata namun gagal. Matanya dibuka secara paksa.

Lelaki tua tersebut rambutnya panjang namun jarang. Bebola matanya satu tersembul keluar dan satu lagi terkulup ke dalam. Mulutnya senyum namun ternganga. Kepalanya terkopak sedikit menampakkan tengkorak kepalanya.

"A...apa k..kau n...na...nak?"

Kau ganggu tempat tidurku wahai budak...

Farid menggigil ketakutan mendengar suaranya yang garau dan bergema.

"A...aku cu..cuma ma..mahu menumpang di..di..di si..sini,"

Bukankah aku sudah pesan untuk tidak menggangu aku? Ha?!

Farid semakin diulit ketakutan.

Sepatutnya kau mintak izin dulu!!!

Farid menjerit ketakutan. Mulutnya ternganga luas dan kini tidak boleh ditutup. Lelaki tua membeliakkan mata. Serta-merta, darah hitam membuak-buak keluar daripada mulutnya dan terus masuk ke dalam mulut Farid. Farid loya. Bau darah tersebut busuk.

Farid meronta-ronta namun kepalanya masih statik.

Darah hitam semakin banyak yang masuk ke dalam badan Farid. Perut Farid mula mengembung. Angin bertiup kuat. Guruh berdentum.

Farid menangis. Dia menyesal kerana melanggar peraturan.

Perut Farid semakin mengembung. Kembung. Kembung dan...

BOOM!!!

Perut Farid meletup. Darah hitam merecik ke seluruh ruang bilik. Ususnya bergelimpangan di atas lantai. Farid mati serta merta.

Perlahan-lahan, lelaki tua menghilang.

***

Sani bangun terpisat-pisat. Sebaik sahaja kakinya mencecah lantai, Sani terkejut. Basah. Lekit. Bau hanyir menusuk hidung.

Sani periksa tapak kaki. Darah. Matanya terbeliak. Guruh berdentum dan petir menyambar. Seluruh ruang bilik bercahaya dan Sani dapat lihat darah di semua tempat. Dia mahu muntah sebaik sahaja melihat usus di atas lantai.

Perlahan-lahan, Sani memanjat katil atas.

Mata terbeliak. Mulut ternganga.

Mayat Farid terbaring dengan isi perut yang terburai. Mulutnya berkolam darah hitam dan matanya juga terbeliak menggambarkan ketakutan yang teramat.

Sani terduduk di atas lantai. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Air matanya mengalir.

"Aku minta maaf! Aku minta maaf!"

Di siling bilik, hantu lelaki tua merangkak merapati Sani dengan mulut ternganga sambil tersengih.

***

"Apa Ustaz nak buat lepas ni? Dah dua kali dah benda ni jadi kat kampus kita. Tempat yang sama dengan cara kematian yang sama. Benda tu terlalu merbahaya,"

Prof. Azhar berkerut dahi. Wajah Ustaz Amin dipandang mengharap jawapan.

"Aku nak kau upah kontraktor buat dinding, biar tiada pintu masuk ke bilik tu. Tingkap bilik tu pula kau halang guna loker-loker yang ada dalam bilik tu. Perabot dalam tu kita tak boleh nak pindahkan. Benda tu dah anggap tu hak dia. Bilik tu memang tempat tidur dia dari zaman Jepun lagi."

Prof. Azhar teguk liur.

Ustaz Amin renung pintu bilik tersebut yang dipagari pita Dilarang Masuk kepunyaan pihak polis.

Jangan ganggu tempat tidurku, wahai cucu Nabi Adam!!!

Ustaz Amin beristighfar. Dadanya diurut perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience