Chapter 13

Short Story Completed 12567

NASI LEMAK

"Weh bro! Lapar doh," Imran usap perut.

"Aku pun sama. Maggi aku minggu lepas lagi dah habis. Biskut pulak kena rembat, sial." Zack balas sambil matanya tekun menatap novel.

"Lapar gila sial. Haish kau tahu kalau hantu jual nasi lemak lalu sekarang kat tepi tingkap ni aku sanggup beli tau,"

Zack tutup novel. "Mulut jangan celupar boleh tak?"

"Takut la tu," Imran mencebik.

Zack layang jari hantu. Tiba-tiba, dia rasa tak sedap badan. Bulu romanya meremang. Zack ambil bantal, tekup muka dan kemudian terus tidur.

Imran tersengih melihat Zack. Dia pantas bangun dan pergi ke loker. Angin malam bertiup lembut menyapa Imran yang sedang mencari henfonnya dalam loker. Angin tersebut sejuk dan perlahan, namun itu pada mulanya. Semakin lama, Imran dapat menangkap suara seorang perempuan berbisik.

Imran diam dan cuba dengar dengan teliti bisikan tersebut.

Bang...nasi lemak bang....nasi lemak

Imran teguk liur. Suara bisikan tersebut lembut namun bergema. Kini dia sedar yang mulutnya celupar. Perlahan-lahan, Imran keluarkan kepala dari dalam loker.

Matanya menjeling tingkap. Imran mahu menjerit namun suaranya tersekat di kerongkong. Lututnya bergetar. Kakinya lemah untuk berdiri pada tika ini.

Betul-betul di luar tingkap, seorang perempuan berambut panjang memakai baju kebaya berwarna merah sedang membawa sebakul nasi lemak. Kulitnya pucat lesi, bibirnya merah menyala.

Macamana dia boleh ada kat luar? Bilik aku kan tingkat 3!

Bang...nasi lemak bang...nasi lemak

Imran mahu kejut Zack namun dirinya bagaikan dipaku ke lantai. Al Fatihah mula dibaca perlahan-lahan. Matanya ditutup.

Baca sekali. Hembus. Lagi sekali. Hembus.

Tiada lagi angin bertiup. Tiada lagi bisikan halus. Suasana kembali sunyi.

Imran buka mata perlahan-lahan.

"Arggh!!!!!" Imran menjerit lantang.

Dengan hanya jarak sejengkal, hantu nasi lemak itu berdiri di hadapannya. Kali ini, kulitnya sudah berkedut seribu. Bibirnya merah menyala dan Imran tahu, itu darah. Matanya putih semua menjengil melihat Imran. Rambut panjangnya berwarna putih.

Bang! Nasi lemak bang! Nasi lemak!

Suaranya yang tadi lembut kini garau dan kasar. Imran menggigil.

Tup!

Lampu bilik terpadam. Imran jatuh terbaring. Kakinya lemah mahu berdiri. Badannya basah bermandi peluh.

Tup!

Lampu terbuka. Terang. Imran lihat sekeliling. Dia kini masih berada di dalam biliknya.

Bang...nasi lemak bang...nasi lemak

Perlahan-lahan, Imran dapat rasakan seseorang sedang merangkak di kakinya.

"Zaaaacccckkkk!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience