Chapter 12

Short Story Completed 12567

MAIN LAMPU

"Dik, abang nak gi berak jap. Adik buat je dulu kerja sekolah tu. Nanti lepas berak abang check." Aku usap perutku yang memulas. Mungkin akibat makan dua pinggan nasi lemak sambal sotong pagi tadi.

Adik jelir lidah, aku balas. Kemudian aku terus berlari pergi ke bilik air di dapur. Bukak pintu, ah masalah. Lantai bilik air masih berclorox, ni mesti kerja ibu. Perut semakin memulas. Aku kemudian mengambil keputusan berak di bilik air di bilik tidurku.

Aku berlari naik tangga. Tahi nampaknya dah betul-betul berada di hujung bontot. Aku pulas baju yang aku pakai, petua orang lama untuk tahan berak. Tak menjadi. Sakit perutku sebaliknya semakin menjadi-jadi.

Aku buka pintu bilik air, masuk dan terus tutup. Seluar pendek dan seluar dalam aku buka dan letak di dalam sinki. Aku panjat jamban duduk dan terus tahiku keluar bagaikan peluru. Oh ya, aku memang tak biasa duduk atas jamban duduk. Biasanya aku cangkung, aku geli.

Perutku beransur lega. Aku masih kekal mencangkung. Badanku basah bermandi peluh.

Tup!

Lampu bilik air terbuka.

Aish, ni mesti adik aku punya kerja. "Dik, takyah la nak main-main."

Tup!

Lampu kembali tertutup dan aku dapat dengar bunyi tapak kaki orang berlari di luar. Aku senyum. Pandai pun dengar kata.

Tup!

Lampu kembali terbuka. Aku kerut dahi. Rasanya tadi adik aku dah blah. "Adik, adik? Kan siang ni, buat apa nak bukak lampu?"

Aku dengar suara adikku ketawa.

Tup!

Lampu tertutup. Aku mahu cibuk namun perutku masih sakit. Aku dengar bunyi tapak kaki belari sekali lagi.

Tup!

Lampu kembali terbuka.

"Dik! Berhenti la main!" Aku jerit, marahku sudah tidak tertahan. Sebenarnya aku sudah mula takut.

"Yela, adik tak main lagi."

Tup! Lampu tertutup.

Sunyi.

Aku terus cibuk, habis hilang sakit perutku. Aku buka pintu bilik air. Di atas lantai, ada banyak kesan tapak kaki budak kecil berwarna hitam. Aku diulit kehairanan. Apalah yang adik aku buat sampai kaki hitam ni? Aku ikut tapak kaki tersebut. Dari bilik tidurku, turun ke tangga dan kemudiannya hilang di anak tangga terakhir. Aku cuba cari kesan tapak kaki seterusnya. Gagal.

"Astagfirullah," aku beristighfar.

Aku terkejut. Adikku kini sedang lena tidur beralaskan buku. Tapak kakiknya pula tidak berwarna hitam. Jantung mula berdegup laju. Bulu romaku meremang.

Mak dengan ayah pergi kerja, abang pulak pergi kelas tambahan. Tinggal aku dengan adik aku jer rumah. Kalau tadi bukan adik aku, habis tu siapa yang main lampu?

Tapak kaki ni pulak, siapa punya?

"Yela, adik tak main lagi," suara tersebut terngiang-ngiang di telinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience