Chapter 14

Short Story Completed 12567

TEMAN KE TANDAS

Jalani terbangun daripada tidur. Mata digosok, mulut menguap. Jalani mahu sambung tidur namun secara tiba-tiba dia rasa mahu terkencing. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Punainya dikepit di antara peha namun kencingnya sudah tidak dapat ditahan.

"Weh, bangun weh. Teman aku gi tandas. Aku dah tak tahan ni," Jalani goncang bahu Amri yang sedang lena dibuai mimpi.

Amri masih kekal tidur tanpa bergerak sedikit pun. Jalani maki Amri. Dua orang lagi roomatenya tidur di bilik lain. Jalani berlari keluar bilik. Lantaklah sorang-sorang ke apa, janji dia boleh kencing dan sambung tidur balik.

Debuk!

Jalani jatuh di atas lantai. Air kencingnya terkeluar sedikit.

"Kau ni kenapa?" Zam kehairanan.

"Teman aku gi tandas. Nanti esok aku belanja," Jalani berkata dan terus berlari ke tandas.

"Ahh...." Jalani lega sebaik sahaja air kencingnya meluru laju ke dalam jamban.

Pili air dipulas. Punainya dibasuh dan seluar kembali dizip. Jalani baru sahaja mahu tutup pili air apabila secara tiba-tiba kedengaran seseorang melangkah masuk ke dalam tandas. Bunyi tapak kaki itu perlahan dan kemudiannya berhenti di hadapan tandas Jalani. Air masih lagi mengalir, membunuh sunyi yang menghurung tandas pada waktu pagi ini.

"Zam, kau ke tu?"

Tiada maklum balas. Ada bayang-bayang kelihatan di luar tandas. Jalani teguk liur. Dia kemudiannya tundukkan kepala perlahan-lahan, cuba untuk tengok adakah Zam yang berada di luar melalui sebuah lubang kecil yang terdapat pada pintu tandas.

Jalani mendekatkan mata ke lubang. Apa yang dia lihat hanyalah warna merah menyala. Secara tiba-tiba, bulu romanya meremang. Jalani bangun dan terus tutup pili air. Dia kemudiannya intip sekali lagi melalui lubang.

Alangkah leganya Jalani apabila melihat Zam berada di luar tandas, berdiri menghadap dinding. Kemungkinan besar dia sedang membaca contengan-contengan di dinding. Jalani buka pintu tandas.

"Weh Zam, thanks teman aku. Dah jom balik bilik. Aku nak sambung tidur,"

Zam masih kekal berdiri. Jalani kembali meremang. Di fikirannya terbayang hantu. Jalani geleng kepala. Perlahan-lahan Jalani pegang bahu Zam. Sejuk.

"Dah habis dah Jalani?" Zam berpaling ke arah Jalani.

Jalani terbeliak besar. Lututnya menggigil. Ini bukan Zam! Di hadapannya kelihatan seorang lelaki dengan mata yang merah menyala, taring panjang dan kulit yang bernanah dan berdarah. Jalani berlari laju ke bilik namun secara tiba-tiba dia jatuh tergelincir.

Kedengaran suara seorang budak lelaki ketawa mengekek-ngekek. Suaranya bergema.

"Temanlah saya kat sini Jalani. Kan saya dah teman awak,"

Jalani menjerit ketakutan apabila kakinya ditarik masuk ke dalam salah satu tandas.

BAM!

Pintu tandas tertutup.

***

Amri bangun daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Amri pusing melihat Jalani sedang terbaring lena di atas katil.

"Aish, pandai pun kau gi kencing sendiri."

Amri sambung tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience