Chapter 2

Short Story Completed 12567

ALMARI

Farahin renung almari barunya itu dengan sebuah senyuman lebar. Dia kemudiannya membuka almari tersebut. Bau syelek menusuk hidung. Almari tersebut agak besar, dengan dua buah laci disediakan di bahagian bawah. Sebuah batang besi panjang dilintangkan di dalam gerobok, bertindak sebagai tempat menyangkut pakaian.

Kini lengkaplah segala perabot di dalam rumah barunya. Almari itu walaupun second hand, tetapi tetap kelihatan baru. Almari itu dibelinya Farahin di kedai perabot Ah Seng di belakang rumahnya dengan harga yang murah.

Farahin tutup pintu almari. Dia kemudiannya berbaring di atas tilam. Dia terlalu penat. Dia mahu tidur.

***

Farahin terjaga daripada tidur apabila almarinya bergegar. Mata terbeliak ketakutan.

Almari tersebut kemudiannya kembali kaku.

Farahin beranikan diri, dia bangun membuka pintu almari tersebut. Kosong. Farahin lega. Dia kemudiannya mahu menutup pintu apabila secara tiba-tiba dia ditarik kasar ke dalam almari.

Farahin jatuh terbaring. Dia pandang sekeliling. Gelap.

To..tolong aku

Farahin menjerit.

Ja..jangan ta..takut a..aku manu..sia

Kelibat seorang nenek tua kelihatan. Wajahnya sugul. Giginya langsung tiada. Rambut berubannya mengerbang ditiup angin yang entah datang dari mana.

Farahin berundur ke belakang.

To..tolong a..aku

"Tolong apa? Jangan dekat!"

Farahin semakin berundur apabila nenek tersebut semakin melangkah dekat ke arahnya.

Aku dah terperangkap la..lama di si...ni..Sanggupkah kau tolong a..aku?

"Tolong apa?" Farahin semakin ketakutan.

Nenek itu semakin dekat. Tangan kedutnya dihalakan ke depan.

Sanggupkah kau to..tolong a..aku?

Farahin semakin berundur sehinggalah badan belakangnya bersentuhan dengan dinding. Farahin semakin ketakutan. Tolong apa sebenarnya?

"Aku tolong! Aku tolong! Tapi jangan dekat dengan aku lagi! Aku takut!"

Nenek tersebut berhenti berjalan dan ketawa kuat!

Hahahaha! Terima kasih! Selepas ini kau pula yang akan terperangkap di sini!! Aku bebas! Bebas!

Farahin terdiam. Secara tiba-tiba seluruh tubuhnya sakit. Farahin menggelupur di atas lantai kegelapan.

"Argh!" Farahin kemudiannya bangun berdiri.

Farahin terkejut melihat tubuhnya kini berkedut seribu. Rambutnya putih semua dan mengerbang. Di hadapannya, kelihatan tubuh sebenarnya berdiri tegak. Mereka berdua telah bertukar roh!

Farahin berlari ke arah tubuhnya namun harapannya untuk mendapatkan tubuhnya kembali hilang apabila dia jatuh. Kudratnya telah tiada. Tubuh tua itu tidak mampu menanggung rohnya yang masih muda.

Perlahan-lahan, Farahin yang terperangkap dalam badan nenek tadi menangis melihat tubuhnya hilang disebalik kegelapan.

Farahin menangis. Dia kini telah terperangkap di dalam sebuah dimensi lain. Apa yang dia lihat hanyalah kegelapan.

Farahin mahu bebas. Di sini terlalu gelap. Farahin mahu bangun namun dia tidak larat. Kini dia sudah menjadi tua. Tubuh nenek ini menyakitkan, Farahin mahu dirinya semula!

"AAAAAAAARRRRGGGHHHH!!" Farahin menjerit lantang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience