Chapter 10

Short Story Completed 12567

JIRAN TENGAH MALAM

Zulaikha letak kotak terakhir di atas meja dan terus badannya dihempas duduk ke sofa. Pinggangnya sakit. Badannya lenguh. Zulaikha lap peluh di muka menggunakan sapu tangan. Bilah kipas yang berpusing laju serba sedikit menyamankan Zulaikha.

Haris yang melihat isterinya kepenatan tersenyum. "Kan saya dah cakap dengan awak, biar semua kotak tu saya yang angkat. Tulah, degil lagi. Kan dah penat satu badan."

"Ala abang ni, nak tolong pun tak boleh." Zulaikha juih bibir. Merajuk.

Haris pergi dan peluk isterinya. "Abang mintak maaf k? Nanti jap lagi abang pergi beli Chicken Chop kegemaran awak kan kedai depan sana tu eh? Nak tak?"

Zulaikha senyum dan angguk perlahan-lahan. "Nak. Hehe,"

Haris bangun. Kunci kereta dan spek hitam Ray Ban miliknya dicapai.

"Awak, kunci pintu. Take care tau. Kalau bosan gi bukak tv, control ada dekat dalam laci kedua. Bye,"

Perlahan-lahan, Zulaikha bangkit daripada duduk. Setelah kereta suaminya hilang daripada pandangan, Zulaikha kunci pintu. Zulaikha dan Haris yang baru sahaja berkahwin dua bulan lepas kini sudah berjaya mempunyai rumah baru setelah rumah lama mereka habis musnah akibat banjir. Hanya dokumen-dokumen penting yang sempat diselamatkan. Haris yang hanya berkerja sebagai peniaga kedai buku berusaha bertungkus lumus mencari rumah baru untuk mereka menetap bersama.

Pernah juga ibunya mempelawa mereka tinggal sahaja di kampung namun Haris segan. Dia lelaki! Dia suami! Kenalah jaga maruah, lagipun ego lelaki kan tinggi. Kan?

Zulaikha kembali duduk di sofa. Nafas lega dihembus keluar. Rambut ikalnya dibiarkan lepas.

Ting Tong!

Kerutan muncul di dahi Zulaikha. Takkanlah suaminya dah balik? Cepatnya?

Zulaikha bangun dan pergi menghendap luar melalui tingkap di ruang tamu. Matanya disepetkan. Betul-betul di depan pagar rumahnya kelihatan sebuah lembaga hitam tinggi sedang melambai-lambai ke arahnya. Zulaikha tunduk. Hujung bibirnya digigit. Zulaikha lirik jam dinding. 12.30 malam. Jiran ke? Zulaikha kembali menghendap.

Kosong. Tiada sesiapa di depan pagar rumahnya.

Zulaikha teguk liur. Kocek seluarnya diseluk, henfonnya dicari.

Alamak!

Henfonnya tertinggal di dalam kereta!

Ting Tong!

Zulaikha terdiam. Dahinya mula berpeluh. Nafasnya mula perlahan. Perlahan-lahan, Zulaikha lihat siapa di luar. Lembaga yang sama sambil tangannya dilambai-lambai ke arah Zulaikha. Zulaikha terbeliak. Keadaan di luar rumah yang sangat gelap menyebabkan Zulaikha tidak dapat langsung melihat wajah lembaga itu.

Zulaikha yang ketakutan terus menutup langsir.

Ting Tong!

Zulaikha buka lampu luar.

Ting Tong!

Zulaikha kembali berjalan ke tingkap. Langsir diselak.

Kosong. Tiada sesiapa. Terang.

Zulaikha tutup kembali langsir dan kembali duduk di sofa. Fikiran negatif cuba dibuang jauh daripada fikirannya pada ketika ini. Peluhnya dilap menggunakan sapu tangan.

Tok Tok Tok!

Zulaikha menjerit terperanjat. Pintu rumahnya direnung. Ada susuk tubuh seseorang berdiri di depan pintu rumahnya. Zulaikha kini dirajai ketakutan. Zulaikha tekad. Dia capai senaskah Al-Quran dan mula membaca surah Al-Baqarah.

Tok Tok Tok! Tok Tok Tok! Tok Tok Tok!

Pintu semakin kuat diketuk. Zulaikha tahu itu bukan manusia. Itu pastinya jin yang mahu masuk ke dalam rumahnya. Bacaan Al-Quran tetap diteruskan.

Tok! Tok! Tok!

Kali ini, tingkap pula diketuk. Zulaikha dapat lihat dengan jelas lembaga hitam tersebut berdiri di luar tingkap sambil sebelah tangan melambai-lambai ke arahnya. Zulaikha kuatkan bacaan.

Kejadian ini berlangsung sehinggalah akhirnya kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Zulaikha lega. Dia segera membuka pintu rumahnya.

SWUSH!

Angin deras menderu laju. Zulaikha mengucap. Tiada kereta suaminya di luar rumah. Tidak! Nampaknya Zulaikha telah tertipu.

BAM! Pintu tertutup.

Zulaikha pusing belakang.

Lembaga hitam tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang kuning. Tangannya dilambai ke arah Zulaikha. Mata putihnya terbeliak besar.

Zulaikha menggigil ketakutan. Lembaga hitam tersebut kemudiannya berlari memanjat tangga naik ke tingkat dua. Hilai tawa kedengaran kuat di dalam rumah.

Zulaikha jatuh. Dia pengsan.

(HULUR)

Sebaliknya Haris ke rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya Zulaikha pengsan.

Haris meletakkan bungkusan plastik chicken chop di atas meja dan lantas Zulaikha diangkat dan dibaringkan di atas sofa.

Haris berjalan pergi ke dapur. Sebotol air mineral dicapai. Haris kembali ke ruang tamu.

Pipi isterinya ditepuk lembut.

"Sayang, bangun sayang. What happen to you?"

Zulaikha masih kekal pengsan.

Haris capai air mineral. Buka dan kemudian dituang sedikit ke tangan kirinya yang dilekukkan. Jari telunjuk dicelup kemudian disapu ke bibir Zulaikha.

Swush!

Angin kuat bertiup secara tiba-tiba. Habis jatuh botol mineral ke karpet. Basah. Haris terkejut dan risau. Itu karpet kesayangan isyerinya.

"Aduh macam mana ni? Kain mana kain? Kain kain," Haris panik.

Haris kemudiannya capai sehelai kain buruk yang dihulur di tepi bahunya. Haris campak kain ke karpet dan kemudian kakinya memijak-mijak kain.

Dan kemudian Haris terdiam. Matanya terbeliak. Siapa yang hulur kain kepadanya sedangkan hanya mereka berdua yang tinggal di dalam rumah ini. Haris yakin ada tangan yang menghulur kain kepadanya sebentar tadi.

Ada hembus nafas di tepi lehernya. Bulu roma meremang.

Haris tarik nafas. Hembus. Perlahan-lahan, Haris toleh ke tepi.

Hehehehehe....

Seekor makhluk hitam berbulu halus tersenyum lebar berdiri tinggi di sebelah Haris dengan badannya dibongkokkan ke hadapan. Mukanya rapat ke Haris.

Haris tersentak. Wajah makhluk itu ngeri. Mata putihnya terbeliak besar. Mulutnya pula tersenyum lebar menampakkan giginya yang kekuningan. Nafasnya busuk. Tangannya perlahan-lahan melambai Haris.

Haaaaaariiiiiisssss....

Haris menjerit ketakutan. Makhluk tersebut kemudian berlari pantas ke dapur.

Kini, Haris pula yang pengsan.

Hehehehehehe....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience