Part 5

Romance Series 35254

Iskandar memberhentikan keretanya di tempat parking Hospital Besar Melaka. Dia menawarkan diri untuk menghantar Daryn ke hospital. Sepanjang perjalanan dia hanya diam sahaja. Tipu lah jika dia tidak kecewa. Tapi dia tidak boleh salahkan Daryn. Tugas doktor memang begitu. Bila-bila masa saja mereka on call.

”Abang, Ryn minta maaf sangat-sangat. Abang marahkan Ryn?” Iskandar menoleh memandang Daryn.

”It's okay sayang. Ini tanggungjawab sayang kan. Dah tak ada rezeki kita. Maybe next time. Abang tak marah pun. Bukan salah sayang” jawabnya.

”Again, sorry abang”

“Stop minta maaf okay? Bukan salah sayang. Kerja baik-baik. Petang esok abang jemput sayang” Daryn mengangguk perlahan. Dia mencium tangan suaminya.

”Jangan sedih-sedih okay. I love you. Take care” dahi Daryn dikucup lembut.

”I love you too. Abang pun take care okay. Ryn pergi dulu” Daryn terus keluar daripada perut kereta.

Berat hatinya untuk melangkah masuk ke dalam hospital. Bukannya dia tidak rela bekerja, dah itu memang tugasnya. Cuma dia kasihan melihat Iskandar. Dia tahu Iskandar kecewa. Daryn menoleh kebelakang semula. Dia melihat Iskandar sedang melambai tangan ke arahnya. Daryn tersenyum kecil.

' Maafkan Ryn abang ' katanya dalam hati.

???

Setelah selesai melihat keadaan pesakit di wad, Daryn melangkah ke biliknya semula.

”Ryn!” panggil Maya.

Daryn terus menoleh. Langkah kakinya terhenti. Maya berlari-lari anak ke arah Daryn.

”Ryn, dah habis check patient?” soal Maya.

”Dah” Daryn mengangguk perlahan.” Ryn, aku tahu kau sedih sebab terpaksa batalkan plan honeymoon kau esok”

“Nak buat macam mana Maya, dah tak ada rezeki aku. Takpalah. Redha jer” jawabnya.

”Is macam mana? Dia okay?”

“Dia cakap dia okay. Tapi aku tahu jauh di sudut hati dia, dia kecewa. Kita orang masing-masing dah excited nak pergi Bali esok, tapi tak ada rezeki pulak”

“Kesiannya kau orang. Sabar ea Ryn. Ini ujian Allah” Maya mengusap perlahan bahu Daryn.

”Takpalah Maya. Aku okay. Insya Allah nanti ada rezeki, kita orang pergi lah” Maya mengangguk tanda setuju.

”Alah honeymoon kat rumah pun boleh kan. Cepatlah nanti aku jadi makcik”usik Maya. Daryn ketawa kecil. Suka benar Maya menyakatnya.

”Eh Ryn jom minum kopi dulu”ajak Maya.

”Kau bancuhkan untuk aku?”

“Yelah aku bancuhkan. Anything for pengantin baru” Mereka sama-sama ketawa. Maya memang begitu, tiap kali Daryn dalam kesedihan dia lah yang akan menjadi penghibur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience