Part 18

Romance Series 35254

“Sayang, jom makan. Abang suapkan ea? Abang ada masakkan bubur ayam untuk sayang”

“Saya tak nak makan. Tolong keluar. Leave me alone” akhirnya Daryn bersuara juga.

”Sayang, mana boleh macam tu. Sayang kena makan jugak. Lagi-lagi sekarang ni sayang baru jer nak sembuh. Makan sikit ya?”pujuk Iskandar.

”Awak tak faham bahasa Melayu ke? Saya cakap tak nak, tak nak lah “

“Sayang, makan lah sikit ya. Sikit pun jadi lah. Jangan biarkan perut tu kosong okay?” Iskandar masih lagi memujuk. Daryn mengeluh perlahan. Iskandar memang tidak kenal erti putus asa.

”Kalau awak tak nak keluar, biar saya yang keluar” Daryn sudah bangun daripada duduknya.

”Eh jangan. Takpa, abang keluar. Sayang rehat lah ya. Kalau sayang lapar, makan bubur ni. Kalau nak apa-apa panggil jer abang. Abang keluar dulu” Iskandar terus melangkah keluar daripada bilik.

Pintu bilik ditutup rapat dan serentak dengan itu air mata Daryn mengalir deras. Terhinjut-hinjut bahunya kerana menangis. Dia tiada niat ingin memperlakukan Iskandar seperti itu tapi dia masih belum dapat menerima kehilangan anak di dalam kandungannya.

???

Iskandar termenung sendiri di balkoni. Fikirannya melayang jauh memikirkan Daryn. Semakin lama isterinya itu membenci dirinya.Entah bagaimana lagi caranya untuk dia memujuk.

Apatah lagi menerangkan apa yang terjadi sebenarnya di antara dia dan pramugari yang bernama Lydia itu. Esok dia akan fly ke Italy pula.

Runsing dia memikirkan rumah tangganya itu. Mungkin Allah hendak mengujinya ketika ini.

???

Iskandar sudah bersiap-siap memakai uniform kerjanya. Langkah kaki diatur ke dapur. Dia harus menyiapkan sarapan untuk isterinya. Sebentar lagi Puan Fida akan datang. Dia yang akan menjaga Daryn sepanjang Iskandar tiada di rumah.

”Sayang?” Iskandar mendekati Daryn yang sedang duduk termenung di buaian luar rumah. Daryn hanya diam. Pandangannya dialihkan ke arah lain. Iskandar melabuhkan punggungnya di sebelah Daryn.

”Ryn, sekejap lagi abang kena fly pergi Italy. Nanti mummy datang. Dia akan jaga Ryn sepanjang abang tak ada” beritahu Iskandar.

”Suka lah awak kan. Dapat jumpa perempuan tu lagi” Daryn ketawa sinis.

”Sayang, sayang cakap apa ni ?”

“Berhenti panggil saya sayang. Saya tak suka. Semakin lama saya dengar awak panggil saya sayang, semakin sakit hati saya. Jangan panggil sayang kalau awak tak maksud kan nya” Iskandar mengeluh perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience