Part 13

Romance Series 35254

“Oh really? Tengok muka abang boleh terus kenyang?” soal Iskandar mengusik.

”Abang, kita tak sama macam pasangan suami isteri yang lain kan. Yelah jarang jumpa. Sebulan tu boleh kira berapa kali jer dapat jumpa, dapat spent time sama-sama” kata Daryn tiba-tiba. Iskandar tersenyum nipis.

”Sayang, itu lah istimewanya kita. Bila jarang jumpa, mesti rindu kan. So setiap hari rindu tu semakin bertambah dan kita akan lepaskan rindu tu bila tiap kali kita jumpa. Kita jugak akan hargai setiap waktu bersama yang kita ada. Kita tak akan pernah sia-sia kan waktu tu sebab kita tahu bukan senang nak dapat waktu bersama kan” tangan Daryn diusap perlahan.

”Ryn bukan apa, kadang-kadang Ryn cemburu sangat bila tengok pasangan suami isteri yang lain. Sentiasa ada waktu bersama. Bila suami balik, isteri akan sambut. Ni bila abang balik, kadang-kadang Ryn tak ada kat rumah”

“Tak perlu cemburu sayang. Allah dah tetapkan jalan cerita kita macam ni. Jangan risau, walaupun kita jarang jumpa tapi hati abang tetap untuk doktor Daryn Emelda dan hati sayang hanya untuk kapten Iskandar Shah”

“Ryn sayangkan abang sangat-sangat. Thank you for everything”

“I love you too sayang. Jangan persoalkan semua tu lagi okay ?” Daryn mengangguk kecil.

”Sorry” ucapnya.

”It's okay sayang. Tak perlu say sorry. Oh ya next week abang kena fly pergi Melbourne pulak”

“Berapa lama?”soal Daryn.”Tak tahu lagi. Tapi rasanya lama jugak. Don't worry sayang, abang tak akan terpikat dekat Minah saleh kat sana, because I have you” Daryn hanya ketawa. Dia menggelengkan kepalanya.

???

Pulang daripada hospital, Daryn terus memandu ke rumah keluarganya. Hari ini dia akan bermalam di sana. Jika dia pulang ke rumahnya pun, dia tinggal seorang kerana Iskandar sudah dua hari fly ke Melbourne.

”Ryn, boleh mama tanya sikit?” soal Puan Rahayu. Ketika itu mereka di dapur. Daryn membantu mama nya menyiapkan makanan untuk makan malam mereka.

”Apa dia ma?”

“Dah nak dekat setahun jugak kan Ryn kahwin dengan Is. Kau orang berdua tak teringin nak ada anak ke?” soalnya.

”Ma, semua orang nak anak. Tapi belum rezeki lagi”

“Itu mama tahu. Tapi kau orang berdua pun kena lah usaha. Ryn, tak nak berhenti kerja ke? Kesian mama tengok kau orang berdua kadang- kadang”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience