“Doktor Daryn, ada patient dekat wad nak jumpa dengan doktor” beritahu jururawat kepada Daryn.
”Siapa ya?” soal Daryn.
”Nama dia Azri. Hari ni sepatutnya dia dah boleh discharge tapi sebelum dia discharge, dia nak jumpa doktor dulu. Saya tak tahu lah kenapa dia nak jumpa” jelas jururawat itu. Daryn mengangguk faham.
”Okay takpalah sekejap lagi saya datang jumpa dia”jawab Daryn.
”Baiklah doktor. Saya minta diri dulu ya”
“Okay” Jururawat itu terus berlalu.
”Ryn, jom lunch”ajak Maya yang baru sahaja tiba di bilik Daryn. Daryn melihat jam di tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 petang dan dia masih belum makan lagi. Ketika sarapan tadi pun dia hanya menjamah sekeping roti.
”Aku memang nak lunch Maya. Tapi aku kena pergi jumpa patient sekejap. Tadi nurse beritahu ada patient nak jumpa aku”
“Kenapa dia nak jumpa kau? Sakit ke? Lelaki ke perempuan?” soal Maya bertubi-tubi.
”Entahlah aku pun tak tahu kenapa. Dia sepatutnya dah boleh discharge hari ni, tapi dia nak jumpa aku. sekejap. Takpalah kau tunggu aku dekat kafe. Nanti aku datang” Maya mengangguk.
”Okaylah. Jangan lama-lama tau. Aku pergi dulu”
“Okay”
???
”Ada apa ya awak nak jumpa saya?”soal Daryn. Ketika itu mereka di taman.
Bekas pesakitnya itu mengajak mereka berbual seketika di taman hospital. Katanya ada benda penting yang hendak diberitahu kepada Daryn.
”Firstly saya nak ucapkan terima kasih pada doktor sebab merawat saya daripada hari pertama saya masuk hospital sampai lah saya dah sembuh”kata lelaki itu.
”Awak tak perlu ucapkan terima kasih Azri. Itu memang tanggungjawab saya sebagai seorang doktor untuk merawat awak” Azri tersenyum nipis.
”Doktor saya nak luahkan apa yang saya rasa pada doktor” Dahi Daryn berkerut.
”Apa maksud awak?”soalnya.
”Saya dah jatuh cinta dengan doktor. Perempuan macam doktor susah nak cari zaman sekarang ni. Saya betul-betul dah cintakan doktor. Doktor sudi terima cinta saya?” Terkedu Daryn mendengar luahan lelaki itu.
”Saya dah kahwin Azri. Saya isteri orang. Dan kalau saya masih belum kahwin pun, saya tak akan campur aduk urusan peribadi dan kerja. Saya rawat awak memang sebab kerja saya, tanggungjawab saya. Bukan sebab benda lain”
“Saya tahu doktor isteri orang. Tapi saya cintakan doktor”
Share this novel