Part 12

Romance Series 35254

Selepas pulang daripada hospital, Daryn singgah di Tesco untuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak. Malam nanti Iskandar akan pulang. Jadi dia ingin memasak makanan kegemaran suaminya itu. Rasanya sudah lama Iskandar tidak rasa air tangannya.

Selesai mandi dan solat, Daryn terus melangkah ke dapur. Ketika di rumah mertuanya hari tu, sempat dia bertanyakan pada ibu mertuanya makanan kegemaran Iskandar. Puan Fida kata Iskandar tidak cerewet soal makan.

Dia akan makan apa sahaja yang terhidang. Tetapi ayam masak merah adalah lauk yang paling disukai oleh Iskandar. Oleh itu Daryn meminta resepi pada mummy nya. Hari ini dia bercadang untuk masakkan suami tercintanya itu ayam masak merah.

Siap memasak ayam masak merah, Daryn melihat jam di tangannya. Ada masa lagi sejam sementara menunggu Iskandar pulang. Dia bercadang untuk membuat puding karamel pula sebagai pencuci mulut.”Ryn harap abang suka semua ni”katanya sendirian.

???

”Assalamualaikum” Iskandar melangkah masuk ke dalam rumah. Bau aroma puding karamel menusuk hidungnya. ”Sayang oh sayang” panggilnya. Daryn terkocoh-kocoh keluar daripada dapur.

”Abang dah balik?”dia terus mendapatkan suaminya itu. Sudah seminggu tidak berjumpa. Siapa sahaja yang tidak rindukan suami. Iskandar tersenyum lebar melihat Daryn. Sebaik Daryn menyalami tangannya, dia menarik isterinya itu ke dalam pelukan.

”I miss you so much sayang”luahnya.”I miss you too abang. Abang mesti lapar kan?” Iskandar mengangguk perlahan.

”Abang pergi mandi dulu, lepas tu kita makan sama-sama. Okay? Ryn ada masakkan makanan favourite abang”

“Yeke? Wow tak sabar abang nak rasa masakkan isteri tercinta abang ni”pipi Daryn dicubit perlahan. Daryn tersenyum kecil.”Dah pergi mandi”

“Tapi nak kiss dulu boleh?”usik Iskandar nakal.”Tak boleh”

“Alaa boleh lah. Sekali jer” Daryn sudah ketawa melihat suaminya itu. Mengada.”Okay lah, sekali jer”pipi Iskandar diciumnya. Iskandar senyum sampai ke telinga.”Thank you sayang”

“Dah cepat pergi mandi”Daryn menolak perlahan tubuh suaminya.”Iya sayang”langkah kaki diatur naik ke bilik.

' Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih atas kebahagiaan ini. Semoga ia kekal buat selamanya ' .

???

Sejak daripada tadi Daryn hanya memerhati suaminya yang sedang makan itu.

”Sayang kenapa tak makan? Abang dah tambah nasi 3 kali dah ni. Sayang tak makan pulak” soal Iskandar.”Ryn tengok abang pun Ryn dah kenyang” jawabnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience