Part 1

Romance Series 35254

“Aku terima nikahnya Daryn Emelda Binti Ahmad dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz kini Daryn sah menjadi isteri kepada Iskandar Shah. Perkenalan mereka selama 5 bulan telah membawa mereka ke jinjang pelamin.

”Tahniah doktor Daryn and kapten Iskandar” ucap Maya, sahabat Daryn. Daryn ketawa kecil.”Terima kasih Maya”

“Aku tak sangka pulak jodoh kau dengan pilot Ryn. Hopefully nanti kau orang berdua pandai-pandai lah bahagikan masa bersama ya”

“Dah jodoh kan. Siapa sangka. Insya Allah” jawab Daryn.

Mulanya agak sukar untuk dia menerima Iskandar kerana perkerjaan lelaki itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menerima juga Iskandar menjadi suaminya. Lagipun berkahwin dengan seorang doktor perlukan kesabaran yang tinggi kerana masa mereka amat sedikit bersama dengan keluarga.

”Sesi fotografi guys! Cepat berkumpul semuanya” laung photographer itu. Ahli keluarga Iskandar dan Daryn cepat-cepat berkumpul untuk sesi bergambar.

???

Setelah solat isyak berjemaah tadi, Daryn meminta diri untuk masuk bilik dahulu. Iskandar pula berbual dengan pakcik-pakcik saudara Daryn. Bila lagi mereka hendak berkenalan, inilah waktu yang sesuai untuk dia mengenali keluarga mertuanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 malam, Iskandar meminta diri untuk masuk tidur dahulu. Majlis pernikahan dan majlis persandingan yang di adakan serentak membuatkan dia letih. Langkah kaki di atur masuk ke dalam bilik Daryn yang kini sudah menjadi biliknya juga. Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik, Iskandar melihat Daryn yang sedang lena tidur di sofa. Dia mendekati isterinya itu.

”Sayang, sayang”bahu Daryn ditepuk perlahan.

”Hmm” jawab Daryn. Dia menggosok-gosok matanya.

”Kenapa tidur kat atas sofa?”soal Iskandar.

”Tadi Ryn ingat nak tunggu abang. Terlelap pulak”

“Lah kenapa tunggu abang? Ryn tidur jer lah dulu tadi” Daryn tersenyum kecil.

”Saja Ryn tunggu suami Ryn. Dah habis borak?”

“Dah. Macam-macam abang borak dengan dia orang tadi” jawab Iskandar. Iskandar melabuhkan punggungnya di sebelah Daryn.

”Sayang”

”Hmm?”

“Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Mungkin bukan senang kita nak bahagikan masa bersama, tapi insya Allah kita cuba ya. Allah akan permudahkan” jari jemari Daryn digenggam erat. Daryn mengangguk perlahan.

”Sama-sama. Ryn pun nak ucap terima kasih pada abang sebab sudi terima Ryn sebagai isteri abang. Jarak tu tak penting, asalkan hati kita selalu dekat” Iskandar tersenyum lebar mendengar kata-kata Daryn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience