Daryn dan Iskandar sama-sama mengemas pakaian mereka. Esok pagi mereka akan bertolak ke Bali. Puas Daryn menegah tapi Iskandar tetap mahu membantunya mengemas. Jarang ada lelaki yang rajin membantu mengemas pakaian.
”Sayang, I'm so excited” kata Iskandar teruja. Daryn tersenyum kecil.
”Me too abang. Mesti seronok kan”
“Yaa of course. Lagi-lagi bila sayang ada. Walaupun abang dah banyak kali pergi Bali, abang tak pernah rasa excited macam mana abang excited sekarang tau”
“Yeke ni?”
“Iyalah sayang” hidung Daryn dicuit. Mereka sama-sama ketawa. Telefon bimbit milik Daryn berbunyi menandakan ada panggilan telefon masuk.
”Sekejap ya bang” Daryn bangun mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas almari solek. Iskandar mengangguk perlahan.
???
”Hello assalamualaikum Ryn”
“Waalaikumusalam. Kenapa call aku malam-malam ni Maya?” soal Daryn hairan.
”Ryn aku minta maaf banyak-banyak sebab ganggu cuti kau. Doktor Nash baru beritahu aku yang dia nak kau tolong gantikan dia malam ni, sebab dia baru dapat panggilan telefon daripada kampung. Mak dia baru jer meninggal dunia tadi” jelas Maya.
”Innalillah wainna ilaihi rajiun. Kau sekarang ni ada kat hospital jugak ke? Maya memang tak ada doktor lain boleh gantikan doktor Nash ke?”
“Ha'ah aku ada kat hospital sekarang ni. Memang tak ada Ryn. That's why aku call kau”
“Sebenarnya macam ni, esok aku dengan Is dan plan nak pergi Bali untuk honeymoon. Tapi kalau dah tak ada pilihan lain, terpaksalah kita orang batalkan”
“Ya Allah yeke Ryn? Aku minta maaf sangat-sangat. Kesiannya kau” Maya dihurung rasa bersalah.
”It's okay lah. Nanti pandailah aku cakap dengan Is ya. Sekejap lagi aku sampai okay?”
“Okay. Take care ya” Panggilan ditamatkan. Daryn mengeluh perlahan. Terpaksalah dia membatalkan rancangannya untuk berbulan madu bersama Iskandar. Kasihan pada Iskandar, dia benar-benar teruja untuk ke Bali esok.
”Siapa call tu sayang?”soal Iskandar.
”Abang, I'm so sorry. Kita tak dapat pergi honeymoon esok”
“Kenapa tak jadi pulak sayang?” Iskandar mendekati isterinya.
”Ryn on call malam ni. Kena gantikan doktor Nash, mak dia meninggal dunia tadi” jelas Daryn. Jelas kekecewaan di wajah Iskandar.
”Abang, maafkan Ryn. Ryn nak sangat pergi honeymoon esok, tapi Ryn kena kerja”
“It's okay. Nak buat macam mana kan. Dah tak ada rezeki kita nak honeymoon esok. Terpaksalah batalkan jer”
Share this novel