Daryn melangkah masuk ke perkarangan KLIA. Dia datang sendirian sahaja. Puan Rahayu menawarkan diri untuk menemaninya tapi Daryn menolak. Dia tidak mahu menyusahkan mama nya. Lagipun kesihatan mama nya tidak begitu baik. Dia melihat jam di tangan, sudah pukul 2.30 petang. Ini bermakna Iskandar sudah sampai.
Daryn duduk di kerusi yang disediakan berdekatan dengan balai ketibaan antarabangsa sementara menanti Iskandar. Dia terus mendail nombor telefon Iskandar. Sebenarnya dia belum beritahu suaminya itu lagi yang dia datang untuk menjemput lelaki itu. Sengaja ingin membuat suprise.
Sambil menanti Iskandar menjawab panggilan telefonnya, mata Daryn meliar mencari kelibat Iskandar. Tiba-tiba matanya terpaku pada seorang lelaki yang memakai uniform pilot dan seorang perempuan yang memakai uniform pramugari. Kelihatan seperti pilot itu sedang memujuk pramugari yang berada di sebelahnya.
”Macam Is, tapi tak mungkin lah..” jantung Daryn sudah berdegup laju.
Dia berjalan mendekati pasangan itu. Ya betul sangkaannya, lelaki itu memang Iskandar. Suaminya sendiri. Matanya berkaca.
”Abang!” Iskandar dan pramugari itu terus menoleh. Jelas riak terkejut di wajah mereka saat melihat Daryn.
”Sayang? Sayang buat apa kat sini?” soal Iskandar.
”Abang tanya Ryn kenapa Ryn ada kat sini? Kenapa? Ryn ganggu abang dating dengan perempuan ni ke?” sindir Daryn.
”Sayang, sayang cakap apa ni? Sayang dah salah faham” Daryn menggelengkan kepalanya. Air matanya sudah laju mengalir.
”Sampai hati abang menduakan Ryn di belakang Ryn. Setia konon, Ryn silap menilai abang rupanya. And you, seronok ke jadi perampas? Bumi ni berputar. Tak selamanya kau akan berada di atas” Daryn terus berlalu pergi. Hancur berkecai hatinya ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kononnya dia ingin membuat kejutan pada Iskandar, rupanya Iskandar juga ada kejutan padanya.
”Sayang tunggu! I can explain” Iskandar mempercepatkan langkahnya mengejar Daryn.
”Ryn please let me explain” Iskandar menarik tangan Daryn. Daryn pantas menepis.
”Apa yang saya nampak dah cukup jelas. Awak tak perlu jelaskan apa-apa lagi. Saya sakit Is, hati saya sakit” wajahnya basah dengan air mata.
”Sayang apa yang sayang nampak bukan macam yang sayang fikir. Sayang salah faham” Daryn terus berlalu keluar daripada perkarangan KLIA. Iskandar masih lagi mengejarnya. Tanpa melihat kiri kanan, dia terus melintas jalan.
”Sayang!!” jerit Iskandar. Daryn sudah pun terdampar dalam keadaan berlumuran darah di tengah jalan. Sebuah kereta viva tidak sempat menekan brek dan melanggarnya.
Share this novel