Part 8

Romance Series 35254

Daryn termenung sendiri di biliknya. Dia baru sahaja selesai merawat pesakitnya. Hari ini adalah hari ulang tahunnya tapi dia tidak dapat menyambut bersama dengan Iskandar kerana suaminya itu sudah mula bekerja.

Sudah 2 hari Iskandar fly ke Perth. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Lantas mesej itu dibuka.

From : My Husband ?

Happy birthday sayang. I'm so sorry because tak dapat nak celebrate sama-sama. Abang janji bila abang balik nanti, kita celebrate sama-sama okay ? Semoga sayang diberikan kesihatan yang baik. I love you so much. Take care Dr. Daryn. Jangan lupa makan. ??

Daryn tersenyum sendiri apabila membaca mesej daripada suaminya itu. Terubat sedikit rindunya pada Iskandar. Jam di tangan dilihat, sudah jam 3 petang. Dia harus melihat keadaan pesakit di wad. Daryn bangun dan terus keluar daripada biliknya.

???

”Ada kes teruk ke tadi?” soal Daryn pada Maya. Ketika itu mereka sedang makan di kafe hospital.

”Ha'ah. Accident suami isteri. Suami dia meninggal dekat tempat kejadian. Isteri dia pulak sekarang ni ada dekat ICU. Masih belum sedarkan diri” jelas Maya.

”Ya Allah kesiannya dia. Macam mana lah agaknya perasaan isteri dia tu nanti bila sedar kan?” Daryn meluahkan rasa simpatinya.

”Itulah. Aku dengar cerita dia orang berdua tu baru jer lagi berkahwin. Tak sampai sebulan pun. Tapi siapalah kita ni nak melawan takdir Allah. Ada hikmahnya” Daryn mengangguk setuju.

”Kita doakan jer lah yang terbaik. Aku sendiri tak boleh bayangkan kalau aku kehilangan suami aku”

“Kehilangan orang yang kita sayang ni bukan senang kita nak terima Ryn. Tapi kita kena selalu ingat, tak ada yang kekal abadi dalam dunia ni. Semuanya hanya pinjaman daripada Allah”

“Betul tu. Aku setuju sangat”

“Is fly mana pulak kali ni? Bila dia balik?” soal Maya. Mereka mula mengubah topik perbualan.

”Perth. Tak tahu lah. Lagi 3 hari kot”

“Tak dapat lah kau nak celebrate birthday sama-sama ya?”

“Itu lah. Tapi tadi Is mesej aku. Dia wish happy birthday and dia cakap lepas dia balik nanti baru celebrate sama-sama”

“Untungnya lahai dapat suami macam Is tu” Daryn hanya ketawa kecil.

???

Tepat jam 9 malam, Daryn melangkah keluar daripada hospital. Waktu kerjanya sudah tamat. Kini tiba masa untuk dia pulang ke rumah pula.

”Sayang” Iskandar yang sedang bersandar pada kereta Daryn tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience